Monday, July 25, 2011

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU.....ROS AMIRUL......




Ros Amirul akan bertukar ke Bahagian Kolej Matrikulasi, KPM di Putrajaya. Walaupun lebih kurang 3 bulan sahaja bersama Amirul tetapi staf di Unit Kewangan tetap prihatin dan mengadakan majlis kecil2an meraikan perpisahan ini. Amirul bertukar ke Shah Alam kerana berhasrat untuk sambung belajar secara out campus dan peluang belajar di luar Labuan adalah amat luas. Semoga Amirul berjaya dalam hasrat dan impiannya selama ini.

Friday, July 22, 2011

BENGKEL PENYEDIAAN DAN PENGIRAAN EMOLUMEN SEBENAR TAHUN 2011-2012







En. Zeno dan Pn. Rainah selaku penceramah

Penceramah dan dibantu oleh Fasilatator

peserta sedang kyusuk mengemaskini kerja masing2

en. Zeno sedang menyemak pembentangan
dari en. Irwan SK Tanjung Aru dan Datu Rizuan dari SJK Chung Hwa

Pada 19 hingga 22 Julai 2011 Unit Kewangan telah menganjurkan Bengkel bagi Penyediaan dan Pengiraan Emolumen sebenar Tahun 2011-2012. Bengkel diadakan secara pakej di Tang Dynasty Hotel KK. Unit Kewangan mengharapkan dengan mengadakan bengkel selama 4 hari 3 malam dan jauh dari tempat bertugas, maka semua KPT atau PT dapat mengemaskini emolumen guru2 dan kakitangan sekolah masing2 dengan 'cun' dan zero kesilapan. Harapan tetap tinggal harapan, kerana di akhir bengkel tersebut masih ada lagi kesilapan2 yang terpaksa diperbetulkan, dikira semula, disemak lagi....walaupun bilangan guru dan kakitangan di sekolah2 mereka ini tidak pun mencapai ribuan orang. Paling sedikit 23 orang dan paling ramai 145 orang. Tapi itulah budaya kerja mereka.......mungkin kalau betul2 nak perfect.....tempoh bengkel dipanjangkan lagi kepada 2 minggu. Walaupun sudah ditaklimatkan berulang2 kali oleh Pn Rainah.....masih ada lagi mereka2 ini berminat meminta penjelasan 'face to face'.....seolah2 message tak sampai.

Saturday, July 16, 2011

MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA PENGEMBALIAN STATUS JPWPL - 16 JULAI 2011

cuba kamurang tengok....sapa yang paling handsome sini?

tukang serve meja 1....meja VVIP

tukang sambut tamu

tuai padi antara masak....esok jangan layu-layuan.....
intai kami antara nampak......esok jangan rindu-rinduan....
persembahan dari kilauan emas ....cikgu Ruhaiah dan cikgu Nordin

pengacara berbakat .....cikgu Sharifah dan cikgu Yahya

mantan Pengarah JPWPL....Tn Hj. Mohd Zaki bin Mohd Yusof


a very happy loving couple ever.......LIKE........

A star was born....... from SJKC CHung Hwa

Talented young girls in Action Song from SK Rancha-Rancha

sebelum.....MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA PENGEMBALIAN STATUS JPWPL - 16 JULAI 2011




tersusun rapi


tabla

gong

Pagi 16 Julai 2011 AJK Jamuan perlu hadir ke Dewan bagi membantu menyusun piring dan gelas di atas meja. Sementara menunggu pinggan gelas sampai ke dewan masing2 ambil kesempatan untuk merakamkan keindahan pentas yang dihias cantik oleh AJK Pentas iaitu dari Unit Pembangunan. Hiasan ala2 kampung di tepi sawah....ada 2 pondok untuk berehat.....

Friday, July 15, 2011

Rehearsal Majlis Permuafakatan - 15 Julai 2011


persembahan rekorder

Kanak2 Pra Sekolah


Petang tadi rehearsal penuh untuk Majlis Permuafakatan esok. Pelbagai persembahan pelajar dari Pra Sekolah hinggalah Sekolah Menengah dan ada jua bekas2 pelajar yang menyumbangkan lagu. Nyanyian duet oleh cikgu Ruhaiah dari SK Kerupang dan cikgu Nordin dari Sk Lubok Temiang turut menghiburkan. Majlis esoknya akan lebih ceria, berwarna warni dan tidak kurang juga suasana akan mengundang rasa terharu dan bila2 masa saja menitis air mata.

Tuesday, July 12, 2011

5S berterusan.....sebab akan diaudit pada 25-29 Julai 2011

cik sharimah masih bersemangat memperindahkan unit kewangan....syabas dan tahniah.....




Setelah selesai Audit MS ISO, berhadapan pula dengan Naziran dari JAN. Minggu lalu baru selesai Audit Akaun Sekolah dan akan ada lagi audit iaitu Audit untuk 5S. Auditor adalah dikalangan Ketua Sektor yang akan dimulai pada 25 hingga 29 Julai 2011. Semakin sibuk bersedia untuk audit 5S tapi nampaknya zon hijau semakin lesu macam tak bermaya....sekadar menyertai dan langsung tidak ada semangat untuk bersaing dengan zon2 lain. Mungkin sebab zon2 lain lebih aktif dan lebih cantik maka semangat unit kewangan semakin tak bersinar. Tidak hairan kalau zon hijau mendapat tempat yang tercorot.

Exit Conference bersama Bahagian Audit Sekolah, KPM - 8 Julai 2011



Cik Sharimah sedang mengajukan soalan kepada TSUB berkaitan penyenggaraan Akaun Sekolah

SUB Bhg Audit Sekolah - en. Rezuoi Abdullah

Timbalan SUB En Aziz Che Daud sedang membentangkan dapatan audit.




Ucapan alu-aluan dari Timbalan Pengarah (Operasi) en. Omar Baki Matusin


Pada 8 Julai 2011 jam 8.30 pagi 'exit conference' bersama Bahagian Audit Sekolah (BAS), KPM telah diadakan diBilik Bunga Raya, Tingkat 8, Ujana Kewangan. Semua Pengetua, Guru Besar, KPT, PT, Unit Pra Sekolah, Rendah dan Menengah dijemput hadir untuk sama2 mendengar dapatan audit atau penemuan2 selama 4 hari bersama 26 sekolah termasuk Sains dan Teknik.

Exit Conference dipengerusikan oleh SUB BAS iaitu Encik Rezuoi Abdullah. Antara ucapan beliau ialah mengenai pengurusan kewangan yang seharusnya diutamakan kerana kecemerlangan sesebuah sekolah dan seseorang pengetua atau guru besar itu jika pengurusan kewangan dan akaun diselanggara dengan baik. Ada sekolah yang sangat baik dari segi prestasi P&P tetapi mendapat audit berteguran menyebabkan sekolah gagal dalam pencalonan new deal. Apabila dirujuk kepada bahagian Latihan, difahamkan semua Pengetua dan Guru Besar telah pun diberi latihan dan kursus pengurusan kewangan sama ada dalaman atau di IAB.

Timbalan SUB pula En. Aziz Che Daud membentangkan penemuan audit sepanjang pengauditan dijalankan pada 4-7 Julai 2011. Penemuan2 seperti tahun2 lalu dan nampaknya kesilapan berulang. Terdapat sekolah yang gagal mmenunjukkan dokumen sokongan dan tidak dapat di audit sepenuhnya. Sekolah yang berkenaan diminta untuk menyerahkan dokumen yang berkaitan selewat2nya 2 minggu kerana Sijil Audit akan dikeluarkan selewat2nya 2 minggu dari tarikh exit conference.

Beberapa orang pengetua, guru besar, KPT, PT yang mengemukakan soalan2 berkaitan pengurusan akaun sekolah dan ada juga mereka menyatakan rasa terkilan mengapa terdapat perbezaan pengauditan di antara auditor dari Beaufort, Kota Kinabalu dan KPM sendiri. Kadang2 Pengetua, Guru Besar dan KPT/PT rasa terganggu dan serba salah kerana apabila ditegur oleh audit beaufort tapi tidak pula ditegur oleh audit KK. Auditor dari KPM pulak membawa cadangan baru kepada akaun sekolah yang telah berlalu dan ini memeningkan kepala yang menyediakan akaun. Oleh kerana kekeliruan ini maka mereka mencadangkan agar auditor hendaklah dari tempat yang sama selama tiga tahun berturut2.