Tuesday, October 18, 2011

KONVENSYEN KPT DI HOTEL TANJUNG VISTA ,KUALA TRENGGANU - 11 HINGGA 14 OKTOBER2011.


lawatan ke Masjid Terapung di Kuala Ibai

lawatan ke Masjid Crystal

SUB BPSM, KPM - Pn. Khatijah Binti Kassim

ucapan wakil pesara


Pada11 - 14 Oktober 2011 bersama Hjh Mariah ke Trengganu menghadiri konvensyen KPT. Oleh kerana kekangan peruntukan maka KPM hanya memberi peluang kepada 2 orang sahaja untuk Labuan.

HAPPY BIRTHDAY AZLINA -07OKTOBER 2011




Bulan Oktober ini Lyadia dan Ina masing2 menyambut ulang kelahiran. Rakan2 di Unit Kewangan tetap setia sama2 meraikan hari gembira mereka. Happy Birthday Ina.........semoga terus menuju ke jalan yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat..........

KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN - 05 OKTOBER 2011

KumpulanEn.Zeno

Kumpulan Bendry

Kumpulan Rainah

Kumpulan Phyllis

Kumpulan Umaimah

Kursus Komunikasi Berkesan anjuran Unit Latihan. 2 orang Penceramah yang di datang khas dari IAB.Berkesan atau tidak sesuatu komunikasi itu terpulang kepada individu masing masing.

Saturday, October 1, 2011

HAPPY BIRTHDAY LYADIA - 1/10/2011

Happy Birthday Lyadia dan semoga bahagia selalu disamping keluarga yang tersayang....

(tak ada dalam gambar sharimah (out station, Ashabul pi Bank dan Zeno ada meeting di sebelah)


wah....kebetulan sekali....baju lyadia sama dengan warna kek yang ditempah sharimah......
(kredit untuk sharimah....walaupun pi out station tapi sempat pula pi tempah kek dan bunga untuk lyadia....itulah yang dinamakan kawan sejati......

Cuba tengok si ina....selamba aje.......




Lyadia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 22 pada 1 Oktober 2011 tapi kawan2 telah meraikannya lebih awal iaitu pada 30 September sebabnya 1 Oktober itu adalah hari Sabtu. Apa2 pun Tahniah untuk Lyadia kerana dalam usia semuda ini bakal menimang cahaya mata pertama.


Thursday, September 22, 2011

RUMAH TERBUKA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN - 19 SEPTEMBER 2011s



Si Ampal (Abu Bakar Elah) sedang menghiburkan pengunjung Rumah Terbuka

Sambutan Hari Raya Terbuka Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah dirasmikan oleh Dato' Raja Nong Chik Bin Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan. Pelbagai juadah disediakan. Orang ramai telah mula datang sekitar jam 9.00 pagi. Jam 11.00 pagi staf Unit Kewangan mula bergerak menuju ke Labuan Walk untuk sama2 memeriahkan lagi Majlis Rumah Terbuka Labuan sambil ingin menikmati hidangan yang disediakan. Apabila sampai kami mula mencari2 di mana makanan yang sesuai untuk tekak. Kami ke gerai satay, tetap alangkah ramainya orang sedang berbaris menunggu giliran untuk mendapatkan satay. Beberapa minit menunggu dapatlah makan secucuk satay ayam. Kami ke gerai sebelah lagi dengan harapan dapat menikmati mee goreng yang disediakan oleh tukang masak dari Grand Dorsett......tetapi terpaksa menunggu beberapa minit lagi untuk dapat menikmati mee goreng. Beginilah rupanya rumah terbuka untuk peringkat negeri.....makan free untuk semua rakyat.....bukannya mudah untuk mendapatkan makanan.....ingatkan sudah terhidang macam konsep rumah terbuka yang kita amalkan. Apabila melihat telatah orang ramai yang berkunjung.......mereka masing-masing siap membawa container untuk 'menapau makanan' hingga penuh beberapa bag plastik.....tidak hairanlah kalau makanan yang banyak tak cukup untuk semua orang.......Mungkin mereka membawa makanan itu untuk keluarga di rumah......hai hai hai rupanya inilah dia yang dinamakan Rumah Terbuka.......Akan datang mungkin kita akan berkunjung lagi tetapi kena datang awal.......

Monday, September 19, 2011

HARI RAYA INTERGRASI 1 MALAYSIA JABATAN PELAJARAN WPLABUAN - 18 SEPTEMBER 2011



Kad Raya paling kreatif dimenangi oleh Pusat Kokurikulum bagi kategori Unit

Kad Raya paling kreatif dimenangi oleh Sektor Pengurusan Akademik bagi kategori sektor.






pelbagai juadah terhidang

Senator Datuk Hj Yunus dan Cikgu Mohd Yunus Kadir (SPS)

Senator Datuk Hj Yunus bin Hj Kurus dan isteri Datin Hjh Dayang Pungut Abd Jalil
tetamu kehormat pada Hari Raya Intergrasi JPWPLabuan.

tetamu VIP

mendadih
gotong royong memotong daging

kolupis yang siap dibungkus untuk direbus


Kemeriahan menyambut Hari Raya Intergrasi bagi Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan L:abuan mula dirasai sejak warga pendidik mula bergotong royong menyiapkan juadah dan menyediakan tempat. Setiap sekolah dan staf jabatan telah diberikan tugas masing-masing dalam menjayakan persediaan Hari Raya ini. Pegawai2 di jabatan telah mengetuai dalam acara masak memasak iaitu En. Omar Baki KS SPS menjadi chef memasak daging pindang, Hj Salamat Ku Hem chef bagi daging dan ayam masak rendang, nasi kebuli oleh Pn Maimoon KS SPA, guru2 dan kakitangan sekolah dan jabatan turut membantu dalam penyediaan juadah2 yang lain serta persiapan meja dan kerusi. Nampaknya tahun ini majlis Hari Raya mendapat sambutan dan kunjungan tetamu mulai 10.00 pagi hingga tamat lebih kurang jam 2 petang tidak henti2. Semoga tahun depan majlis Hari Raya terbuka jabatan akan lebih meriah lagi dan diharap guru2 dan kakitangan sekolah serta jabatan tidak ada yang terkecuali dan sama2 turun menyemarakkan lagi majlis ini. Kita jemput makan free bah......

Thursday, September 15, 2011

HAPPY MALAYSIA DAY (SELAMAT HARI MALAYSIA) - 16 SEPTEMBER 1963-2011 (48 TAHUN)








DIUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA UNTUK SEMUA RAKAN2 YANG MENGIKUTI BLOG SAYA DAN SEMOGA KEAMANAN YANG KITA RASAI DAN LALUI SEKARANG AKAN TERUS BERKEKALAN......AMIN.......