Friday, October 28, 2011

Strategi........

Pengurusan Fail - nampaknya kena kerja keras hingga hujung tahun ini kalau nak tengok pengurusan fail cantik dan teratur. Penukaran sistem fail IAB kepada sistem ARKIB telah berjaya dilaksanakan mulai 7 Oktober 2011.....meskipun masih dalam proses pelaksanaan bagi sektor lain. Strategi pertama - kena buat pemantauan ke sektor dan unit. Lepas tu kena buat task force di kalangan staf UKP untuk mengemaskini kertas minit untuk fail peribadi pulak sebelum ditukar kepada sistem ARKIB.

27 Oktober 2011 kaunter fail telah dibuat, hanya 2 orang staf UKP (Nor dan Mazlin) berada di bilik fail dan pintu sentiasa berkunci. Jika fail diperlukan hanya perlu meminta daripada luar kaunter dan fail akan disediakan. Satu peningkatan yang baik bagi keselamatan fail.

28 Oktober 2011 bermula kemas mengemas bilik fail dan proses sisih bermula lagi. Sedikit pengubahsuaian dilakukan iaitu rak berkunci dibuat untuk menyimpan BRP. Kabinet fail yang digunakan untuk menyimpan BRP akan dinyah keluar dari bilik fail agar bilik itu lebih luas dan selesa. Dengan berkampungnya 2 orang staf di bilik itu maka diharap fail perkara dan fail peribadi akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Pemantauan berterusan dilakukan untuk fail-fail yang berada di sektor dan unit lain. Insyaallah...pengurusan fail akan lebih baik selepas ini.

Thursday, October 27, 2011

BERTUGAS SEPENUHNYA DI UNIT KHIDMAT PENGURUSAN - 26 OKTOBER 2011

24 Oktober saya masih berada di Unit Kew & Akaun....buat kerja2 kewangan dan buat juga kerja2 khidmat pengurusan.

25 Oktober en. zeno kembali bertugas setelah bercuti ke HongKong dengan famili. Petangnya saya pun mula meninjau-ninjau tempat yang telah disediakan untuk saya. Oleh kerana kawan2 dah tanya ' bila nak pindah?' .....dah banyak kali saya dengar....maka petang itu setelah majoriti orang ofis semua dah balik....saya pun mohon bantuan dari jejaka ofis yang masih belum balik untuk membantu memindahkan meja dan komputer saya ke UKP. Komputer saya juga siap dipasang oleh en. Rahmat.....terima kasih mat....bantuan itu tidak akan pernah saya lupakan. Tak lupa juga saya ucapkan terima kasih yang membantu mengangkat meja saya....en. rambli, joe, erwin dan juga yang tumpang menyibuk en. din bebeh.....Terima kasih semua.....

26 Oktober 2011 saya mula duduk di UKP dengan meninggalkan seribu satu kenangan di UKA.

Bermulalah episod baru.........

Tuesday, October 18, 2011

DARI UNIT KEWANGAN & AKAUN KE UNIT KHIDMAT PENGURUSAN MULAI 17 OKTOBER 2011

Terkejut......tapi sekejap......
Arahan......tidak ada dalam prinsip hidup untuk menolak jika tidak menyusahkan.....
Sedih......sebab mungkin terlalu selesa dengan kerja2 sekarang.....setelah berkecimpung lebih kurang 14 tahun....sedar tak sedar.......3.9.97 hingga 16.10.2011......siapa sangka.....ini semua ketentuan Allah.....saya terima dengan hati terbuka dan berlapang dada......tanpa prasangka......

Harapan.......saya mendapat bantuan, kerjasama dan sokongan di tempat baru..........

Walau bagaimana pun masih terlibat dengan kerja2 kewangan.....yang digariskan oleh Puan, iaitu Memperaku 1, pasukan pemantau pengurusan kewangan & akaun sekolah dan AJK JPKA.

Kerja2 baru.......Pengurusan Fail, MPK/FM, Star Rating, Kenderaan, tempahan makanan......dan ada juga di sebut aduan pelanggan........arahan dari semasa ke semasa.......

Mampu kah saya nih?....... Insyaallah.....cuba......kalau tak cuba mana tau setakat mana kemampuan kita?......

Saya dah mula mendengar sindiran sinis.....tapi tak apa......saya kerja kerana ALLAH....mencari rezeki.....semoga saya mendapat kekuatan menghadapi kerenah2 manusia........Insyaallah.....

Saya terima surat 18 Oktober dan hari ini 19 Oktober.....kena join mesyurat pengurusan......walaupun masih membantu kerja2 di kewangan kerana minggu ni en zeno cuti2 keHong Kong dan sharimah ke PD mesyuarat......Apa nak buat.....cubalah dulu......

KONVENSYEN KPT DI HOTEL TANJUNG VISTA ,KUALA TRENGGANU - 11 HINGGA 14 OKTOBER2011.


lawatan ke Masjid Terapung di Kuala Ibai

lawatan ke Masjid Crystal

SUB BPSM, KPM - Pn. Khatijah Binti Kassim

ucapan wakil pesara


Pada11 - 14 Oktober 2011 bersama Hjh Mariah ke Trengganu menghadiri konvensyen KPT. Oleh kerana kekangan peruntukan maka KPM hanya memberi peluang kepada 2 orang sahaja untuk Labuan.

HAPPY BIRTHDAY AZLINA -07OKTOBER 2011




Bulan Oktober ini Lyadia dan Ina masing2 menyambut ulang kelahiran. Rakan2 di Unit Kewangan tetap setia sama2 meraikan hari gembira mereka. Happy Birthday Ina.........semoga terus menuju ke jalan yang membawa kebahagiaan dunia dan akhirat..........

KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN - 05 OKTOBER 2011

KumpulanEn.Zeno

Kumpulan Bendry

Kumpulan Rainah

Kumpulan Phyllis

Kumpulan Umaimah

Kursus Komunikasi Berkesan anjuran Unit Latihan. 2 orang Penceramah yang di datang khas dari IAB.Berkesan atau tidak sesuatu komunikasi itu terpulang kepada individu masing masing.

Saturday, October 1, 2011

HAPPY BIRTHDAY LYADIA - 1/10/2011

Happy Birthday Lyadia dan semoga bahagia selalu disamping keluarga yang tersayang....

(tak ada dalam gambar sharimah (out station, Ashabul pi Bank dan Zeno ada meeting di sebelah)


wah....kebetulan sekali....baju lyadia sama dengan warna kek yang ditempah sharimah......
(kredit untuk sharimah....walaupun pi out station tapi sempat pula pi tempah kek dan bunga untuk lyadia....itulah yang dinamakan kawan sejati......

Cuba tengok si ina....selamba aje.......




Lyadia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 22 pada 1 Oktober 2011 tapi kawan2 telah meraikannya lebih awal iaitu pada 30 September sebabnya 1 Oktober itu adalah hari Sabtu. Apa2 pun Tahniah untuk Lyadia kerana dalam usia semuda ini bakal menimang cahaya mata pertama.