Monday, January 2, 2012

MESYUARAT AJK KESELAMATAN JABATAN BIL 1/2011

Dalam carta AJK Keselamatan tugas saya adalah - ' kunci pejabat'.

Saya perlu menyediakan Buku Rekod Kunci Pejabat dan Buku Rekod Pergerakan Kunci Pejabat. Selepas ni semua kunci yang dipegang akan direkod. Tapi ini bukanlah bermakna saya yang akan membuka pintu pejabat tiap-tiap pagi. Adalah orang2 yang terpilih ditugaskan untuk membuka pintu pejabat.

Saya difahamkan anak kunci mesti ada 3. 1 disimpan di bilik Pegawai Keselamatan Jabatan, 1 disimpan oleh Pengarah dan 1 lagi untuk individu yang ditugaskan membuka pintu. Maknanya walaupun ditugas menjaga kunci pejabat saya sendiri pun tidak ada kunci pejabat, tapi merekodkannya sahaja. Itulah hakikatnya.

MESYUARAT 5S - 30 DISEMBER 2011 (9.00 PAGI)

Penyelaras 5S bertukar tangan atas kehendak organisasi. Saya terima walaupun jauh di sudut hati saya tertanya2 sendiri....mampukah saya jadi penyelaras 5S di jabatan ini ke arah Persijilan dengan kerenah yang macam2. Saya tidak berpengalaman mengarah orang tapi saya banyak pengalaman kerja di bawah orang. Saya lebih suka ada ketua untuk tempat saya merujuk. Tapi apakan daya....saya tiada kuasa untuk menolak. Mungkin saya jenis yang obedient.

Ada rakan2 yang simpati dan ada rakan2 yang suka kerana mereka boleh bekerjasama dengan saya. Ada rakan2 yang sedia bekerjasama tapi ada juga yang menakut2kan saya seperti.....kalau ada pelawat untuk penandaarasan 5S penyelaraslah yang akan membentang kepada mereka. Mujurlah saya ada ide sedikit....kenapa pulak saya.......itu tugas KS....tugas saya menyelaras dan menyediakan bahan. Saya hanya CC saja bah........Bukanlah saya takut tak tentu hal sebab kita takut kepada ALLAH saja bah....tapi tak SESUAI lah kalau kita pula....apa peranan ketua kita.......malas tah ku ingau........saya faham....bukan senang untuk membuat orang senang kepada kita......tapi taklah susah untuk orang membuat kita susah......susah2 saja.

MESYUARAT TERAKHIR MPT 2011 - 29 DISEMBER 2011

Sunday, December 25, 2011

BENGKEL SKT TAHUN 2012 ANJURAN SJK/SPM/SPsK - 19 HINGGA 21 DISEMBER 2011.

Bengkel terakhir untuk Tahun 2012 buat saya. Terima kasih Cik Khaziayati kerana sudi menyenaraikan nama saya untuk mengikuti bengkel ini. Oleh kerana senarai tugas di UKP berlainan dengan di UKA maka kenalah saya menyediakan SKT yang lain dan terperinci untuk Tahun 2012. Alhamdulillah....hasil bimbingan KS SJK maka fahamlah saya cara menyediakan SKT yang betul. Kalay tak silap seakan-akan sama macam menyediakan bajet. Ada masa, kuantiti, kualiti, kos dan lain-lain. Bengkel selama 3 hari 2 malam diadakan di Novotel 1Borneo KK semua peserta berjaya menyiapkan SKT masing-masing dengan gembira.

Pada 21 Disember sebelum Check out dengan diketuai oleh Pengarah Pn. Mistrine kami sempat membuat lawatan 5S ke SPA, JPSabah dan JNJK Sabah. Tahniah kepada staf SPA, JPSabah yang dapat merealisasikan 5S dengan cantik dan mematuhi peraturan bukan mentadikakan nya.Bolehlah dijadikan contoh untuk menambahbaik lagi 5S di JPWPlabuan.

Lawatan singkat ke JNJK Sabah juga banyak membantu dan mencetuskan idea untuk kami menambahbaik 5S di jabatan kita. Semoga 5S kita selepas ini akan lebih mantap dan berjaya dipersijilkan...Insyaallah...

Pada 30 Disember ini akan ada mesyuarat termasuk 5S dan episod seterusnya ialah pelancaran baru 5S jabatan dimana zon dipecahkan mungkin kepada 6 bahagian sahaja.

Friday, December 16, 2011

PEMILIHAN SKIM SBPA DAN USIA PERSARAAN 60 TAHUN - 16 DISEMBER 2011

Hari ini pegawai dan kakitangan JPWPLabuan membuat pilihan dan menandatangani opsyen Skim SBPA dan usia persaraan 60 tahun. Yang dah faham tu hanya menyemak ejaan nama yang betul, nombor kad pengenalan, tangga gaji lama dan baru dan bulan kenaikan gaji lepas tu sign tanpa banyak soal. Bagi yang kurang jelas sebelum menurunkan tandatangan banyaklah soalan2 yang dikemukakan kepada urus setia terutama sekali usia persaraan 60 tahun. Soalannya mudah saja...kalau saya tt 60 tahun....dan rasa tak sihat...nak pencen pulak umur 56 atau 58 tahun macamana?...kalau jawapan saya mudah sahaja....Kalau kita tt 60 tahun dan rasa inda sihat ....inda payah risau2....bila kerajaan bersarakan kita pada usia sebelum 60 tahun, ganjaran akan dibayar sehingga umur 60 tahun itu.....ok kan? jadi ceritanya...pada yang bermasalah kesihatan....you better sign dan pilih 60 tahun ....kebajikan kita tetap terjaga. Tapi kalau masih sihat dan dah boring nak kerja.....teringin nak berehat mohon saja untuk pencen awal dan bagi lantikan sebelum April 1991 ganjaran dan pencen mereka akan dibayar pada usia persaraan pilihan itu tapi bagi lantikan selepas April 1991 ganjaran dan gaji pencen akan dibayar pada usia umur 55 tahun (jika kita memohon pencen pada usia kurang daripada 55 tahun itu). Mudah saja kan....tapi kalau mereka tanya ....kenapa kenaikan gaji tak sampai pun 7% - 13 % seperti yang diceritakan dalam bajet tempoh hari? tak dapatlah saya nak menjawabnya....sebab sifir gaji dah disediakan oleh JPA ........mereka tanya lagi....macamana cerita pergerakan gaji tahunan berdasarkan prestasi...dan jika prestasi cemerlang pergerakan gaji sehingga 15% tu macamana?...pun tak dapatlah saya nak menjawabnya....tak taulah tu cikgu....

Walau bagaimanapun....pegawai dan staf yang ada di jabatan semua sudah menurunkan tt memilih skim SBPA dan ramai yang memilih pencen 60 tahun termasuklah saya sendiri.....tapi target sebenar saya akan memilih untuk bersara pada usia 58 tahun (pilihan sebelum ini)...tapi kerana gembira dengan tawaran kerajaan....tak salah kan kalau kita tick 60 tahun.

Thursday, December 15, 2011

KERJA LEBIH MASA UNTUK PENYEDIAAN OPSYEN SBPA - 13 HINGGA 30 DISEMBER 2011.

Penyediaan SBPA untuk semua guru-guru di sekolah dan kakaitangan JPWPLabuan.

LAWATAN PPD TUARAN KE JPWP LABUAN - 15 HINGGA 16 DISEMBER 2011

Dalam kesibukan jabatan mengurus hal SBPA dan penutupan akaun, sempat juga menyambut tetamu yang sudi datang melawat ke JPN Labuan. Seramai 41 orang pegawai dan AKS dari PPD Tuaran diketuai oleh En. Roslan Abdul Salim meluangkan masa ke JPN untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam melaksanakan urusan fail, 5S dan MS ISO.

Tetamu disajikan dengan taklimat Pengurusan Fail dan 5S oleh En. Arief Gunawan, MS ISO oleh Tn. Hj Mohd Hamka dan eHadir oleh En. Samsudin Yalla. Majlis diakhiri dengan pertukaran cenderamata kenangan.

Disebelah petang rombongan dibawa oleh En. Faizal ke Pusat Ko perlawanan persahabatan Paint Ball.

Pada 16 Disember 2011 rombongan akan melawat Pengurusan Kewangan SK Pekan 2 dan SMK T.P.Bedaun.

Terima kasih rombongan PPD Tuaran yang sudi melawat jabatan kami. Janganlah serik...... datanglah lagi.