Wednesday, March 7, 2012

MELAWAT RAKAN YANG SAKIT DI HOSPITAL - 7/3/2012

Selepas selesai Majlis Perhimpunan Bulanan saya dan rakan2 di UKA melawat rakan di Hospital iaitu Pn. Faridah Abdullah PT di SK St Anne. Beliau menghidap masalah buah pinggang yang tidak lagi boleh digunakan secara normal. Kini beliau menjalani heomodylisis.

Selepas melawat Pn. Faridah kami beralih pula ke bilik sebelah iaitu yang menempatkan cg Awang Kalong GB SK Bebuloh. Beliau menghidap diabetes.

Bersyukurlah apabila kita diberi kesihatan dan hargailah ia. Ditimpa sesuatu penyakit itu juga adalah salah satu penghapusan dosa. ALLAH s.w.t sayang kepada kita lantas kita diuji. Allah tidak uji jika di luar kesanggupan kita.

Majlis Perhimpunan Bulanan - 7/3/2012

Majlis Perhimpunan Bulanan seperti biasa;

- Mandat dari Pengarah (antaranya ialah makluman mengenai Labuan jadi tuan rumah Kejohanan Ping Pong MSSM).
- Ucapan terima kasih Pengarah tentang program2 sekolah dan jabatan yang dijalankan sepanjang Feb hingga hari ini.
-Ucapan Selamat Bersara kepada yang akan bersara.
-Ucapan tahniah kepada yang naik pangkat.
-Ucapan tahniah kepada yang terpilih staf of the month.
-Ucapan Selamat Hari Lahir kepada yang lahir pada bulan Februari dan Mac.

- Penyampaian;
- Surat naik pangkat.
- Cenderamata kepada yang bersara.
- Penghargaan kepada sekolah yang mencapai 100% e hadir.
- Jurnal pendidikan kepada semua sekolah, btpn, pusat ko dan UPP.
- Sijil penghargaan kepada staf of the month.
- Kad Hari Lahir.

Acara menyanyi beramai2 dan memotong kek.

Jamuan ringan Nasi Ayam.

Urus setia
SJK/SPsK/SPM dan

Urus setia bersama - UKP


MPT 7/2012 - 5/3/2012

Saya kena jadi urus setia hari ni. Urus setia tetap kena pi out station. KS pula MC. Well....sabar2....cool down....buat apa yang patut. Ingat betul2 apa yang harus kena buat. Silap sikit tak apa bukan semua orang perfect....kena pujuk diri sendiri.

'sebelum memulakan mesyuarat kita pada hari ini, terlebih dahulu kita bentangkan minit dan maklum balas.....siapa yang nak bentang.....Hajjah silakan....'

Alhamdulillah.....berjaya juga saya lalui semuanya dengan licin dan santai. Terima kasih Pn. Pengarah yang sporting dan ahli mesyuarat yang understanding.

Friday, March 2, 2012

MESYUARAT LATIHAN PERSONEL - 2/3/2012

First time join mesyuarat ini. Unit Khidmat Pengurusan diamanahkan untuk menyelaras dan menganjurkan kursus PAP. Tanpa banyak soal saya terus buat check list;

1. Tempah tarikh yang sesuai
2. Tempat kursus nak dijalankan
3. Kenal pasti peserta (jangan ada yang tertinggal nanti ada yang merajuk pulak)
4. Bincang slot yang sesuai.
5. Sediakan surat panggilan kursus.
6. Tempah makan minum sepanjang tempoh kursus.
7. Cari penceramah yang sesuai dengan slot.
8. Sediakan peralatan.

Itulah dia senarai semak.....lebih kuranglah.....tak rumit sangat sebab buat di Labuan sahaja.

Kursus Pemantapan Pentadbiran & Perkhidmatan saya kena kendalikan 2 jam untuk tajuk Pengurusan Pejabat. Kursus ini dijangkan diadakan pada 18/4/2012. Kena fikir2 juga....kena cari Panduan dari internet atau pekeliling2 yang masih aktif. Cadang nak papar slide lebih kurang 1 jam dan bagi bengkel lebih kurang 1 jam.....ok kut nih.....harap2 peserta tak mengantuk sebab macam slot ini di sebelah petang.....nak suruh mereka nyanyi chicken dance tak sesuai pula (dalam hati). Apa2 sajalah......jangan mudah panik.....tarik nafas dan hembus perlahan2.

LAWATAN ROMBONGAN JPN KEDAH DARUL AMAN - 1/3/2012

TAKLIMAT MS ISO 9001:2008 - 1/3/2012

Tuesday, February 28, 2012

MAJLIS BERSAMA PENGARAH - 28 FEBRUARI 2012

Seramai lebih kurang 73 orang pegawai dan kakitangan hadir dalam Majlis Bersama Pengarah pagi tadi. Yang selain itu, ada yang 'out station', cuti sakit, cuti rehat dan beberapa pegawai SPA kena pergi juga memantau hari ini untuk KSSR.

Slot yang disampaikan oleh Pengarah ialah berintergriti kah kita. Tajuk yang cantik dan sesuai dengan majlis ini dengan kumpulan sasar dari pelbagai gred.