Saturday, March 24, 2012

KURSUS PENGURUSAN REKOD DI HOTEL CRYSTAL CROWN PJ SELANGOR - 20 HINGGA 22 MAC 2012

Kursus PRJ dan PTRJ untuk pensijilan. Bersama Pn Rohana sebagai PRJ menghadiri kursus pengurusan rekod.

Kini saya dapat menambah sedikit lagi ilmu berkaitan penulisan surat rasmi kerajaan dan cara2 pelupusan fail. Pengurusan fail juga sebagai refresh dengan kursus yang telah UKP anjurkan dengan menjemput penceramah dari ARKIB cawangan Sabah. Syukur Alhamdulillah.....bersesuaian dengan tugas pengurusan fail di JPWPL saya berpeluang menimba ilmu dari penceramah2 yang berpengalaman dan berkemahiran. Insyaallah...semoga selepas ini dapatlah saya menjalankan tugas dengan licin dan lebih berkesan tanpa meminta2 bantuan dari orang2 yang susah sangat nak membantu....asyik nanti2 yang tak bertitik.

Bersedia menyambut ketibaan pemantau untuk Star Rating dijangka sekitar bulan September atau Oktober ini. Insyaallah.....

Sunday, March 18, 2012

TAHNIAH LYDIA DAH DAPAT BABY - 18 MAC 2012

Comel dan gebu macam maknya......Tahniah Lydia dan suami. Welcome to the mother's world.

PT SK ST ANNE FARIDAH ABDULLAH KEMBALI KE RAHMATULLAH - 18/3/2012 (7.10 PAGI)

Guru Besar Cik SHim, Mantan Pengarah Tn Hj, Zaki, Pn. Norrinie GPKI dan Pn. Faridah PT SK St Anne - gambar diambil pada Tahun 2009 semasa Bengkel Bajet 2010/2011.


Salam Takziah untuk keluarga Pn. Faridah atas kembalinya beliau ke Rahmatullah pagi tadi di Hospital Nukleas Labuan. Beliau menderita cancer dan akhirnya kegagalan buah pinggang sehingga memerlukan mesin hemodialysis. Seorang PT yang baik dan sangat bertanggungjawab dengan kerja2 yang diamanahkan. Beliau disayangi Guru Besar, rakan sejawat, guru2 dan semua rakan2 PT di Labuan disamping anak kesayangan keluarga dan juga isteri kesayangan suami. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan tenang di sana bersama orang2 yang beriman. Al Fatihah........

Friday, March 16, 2012

BORING.......


Kita kerja macam nak rak.....tanpa berfikiran negatif dan bersyukur ada bos yang prihatin....tapi budak2 yang belum pun banyak pengalaman yang dilalui....sibuk mengutuk dan meluahkan rasa tidak puas hati apabila ditegur atau diperbetulkan kerja2 yang tak sempurna.....heran sungguh2.....

Kalau macam nih lah sikap dan perangai.....sampai bila2 pun tidak akan berkembang.....

Muhasabah diri sendiri.....tentu banyak lagi yang kurang......sebab itu kita kena tegur. Bagi saya teguran bos kita itu adalah tanda beliau prihatin dan ambil tahu staf bawahannya. Bos tegur pun berasas dan mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa. Kalau tak betul....patutlah kena tegur....jangan nanti apabila pihak lain yang tegur dan tak boleh dibaiki lagi baru lah badan semua naik seram sejuk macam nak demam.......

Bagi pandangan peribadi saya.....orang2 macam nih kena letak di tempat yang sepatutnya.....barulah dia tahu langit itu tinggi kah rendah.....kalau setakat staf bawahan nih....kita kena sedar diri dan akur dengan rezeki yang telah ALLAH beri pada kita.....jangan duduk tak puas hati jak....ada majlis baca Yaasin dan tazkirah....tak nak join....sekurang2nya seminggu sekali kita bersihkan minda yang negatif supaya jadi positif selalu.....barulah hati kita bersih......

otai2 juga yang sedar diri dan hormat pada bos walaupun bos kita seusia anak/adik/anak saudara kita sendiri.......mungkin budak2 muda zaman sekarang ni sedar2 saja dah ada komputer depan mata......semuanya serba canggih.....tapi jangan lupa.....semua orang akan melalui proses yang sama.....otai .....jangan pulak mereka jadi otai yang asyik mengutuk orang saja.....sampai pencen pun asyik tak puas hati......

Friday, March 9, 2012

SEPETANG BERSAMA DOKTOR ANDA - 9/3/2012


Semua yang hadir mengambil kesempatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan.


Sepetang bersama Dr Adam Firdaus bin Dahlan. Beliau menceritakan sympton sesuatu penyakit. Penyakit yang top on the list ialah: Heart disease, diabetes, cancer, mental health and so forth......

Penjagaan kesihatan yang sempurna antara lain;

1. berjalan kaki selama 30 minit sehari (ten thousand step)
2. lebihkan makan sayuran, buah2an dan bijiran.
3. pengambilan garam 1/4 teaspoon sahaja
4. stop smoking (bagi yang merokok)

Elakkan makan durian dan minum cocacola jika anda penghidap hypertension.



MPT 8/2012 - 9/3/2012

Ringkas tapi padat pengisian mesyuarat hari ini. Maklum balas terjawab dengan penuh yakin.

Wednesday, March 7, 2012

JAMUAN PERPISAHAN/PERSARAAN HJH MARIAH HJ MD KHATIM KPT SK PEKAN 2 - 7/3/2012.



memotong kek "SELAMAT BERSARA"

ikhlas dari Unit Kewangan & Akaun

cenderakenangan dari rakan KPT dan PT

ucapan pernghargaan dari rakan seperjuangan

ucapan terakhir sebelum bersara


Selamat Bersara Hajah. Itulah yang terluah dari kawan2. Akhirnya dah tiba masa hjh bersara iaitu pada 13/3/2012 pada usia 56 tahun. Tidak berminat menyambung persaraan sehingga 60 tahun. Bersyukur kerana masih sihat dan sempat menikmati usia persaraan. Semoga hjh terus diberi kesihatan. Selamat Bersara Hjh dan semua kenangan manis atau pahit (kalau ada) kita simpan untuk kita muhasabah diri dan jadikan sebagai pengajaran dalam kita meniti kehidupan.