Sunday, April 15, 2012

TAZKIRAH JUMAAT - 13/4/2012

Tazkirah Jumaat adalah perkongsian ilmu bersama Ustazah Farida Abdul Rahman iaitu guru pendidikan islam inovatif. Ustazah ini telah mencipta satu kaedah bagi memudahkan murid Tahun 1 mudah mengenal huruf jawi. Ia dinamakan HUBAGAM. Huruf Baris dan Gambar. Kaedah ini memang sesuai untuk murid2 Tahun 1 dan Pra Sekolah sebab kanak2 usia ni suka tengok gambar yang berwarna warni. HUBAGAM ni macam kamus bergambarlah untuk murid2 Tahun 1.

Saturday, April 7, 2012

TAZKIRAH JUMAAT - 6/4/2012

Buat pertama kalinya Tazkirah Jumaat di JPWPLabuan ni disampaikan oleh seorang Ustazah. Seronok juga.Ustazah adalah Guru Agama Cemerlang 44 yang mengajar di Sekolah Rendah. Beliau sangat seronok mengajar murid2 tahun 1 dan menolak untuk mengajar murid tingkatan 6. Alasan beliau ialah mengajar murid2 tahun satu ini seronok kerana hati mereka sangat bersih dan mudah diajar.

Ustazah cemerlang ini mencari satu kaedah bagaimana cara mudah untuk belajar Alquran iaitu istilah yang beliau guna ialah FAKADOM (Fattah, Kasrah, Dommah).
Bila saya tengok cara pengajaran ini semacam berbalik di zaman saya belajar muqaddam dulu. Cara belajar Muqaddam itu membiasakan kami mempelajari Alquran dengan mudah dan tidak mudah lupa.

Kata Ustazah berbagai alasan orang tak mau belajar Alquran di antaranya ialah:

1. tak pandai baca
2. tak faham maknanya
3. dah terlewat
4. malas membaca

Sebenarnya belajar Alquran ini sangat seronok. Pengalaman saya belajar Muqaddam dengan 2 orang kawan (semua brand sama - mualaf) ada yang lucu, ada yang sedih dan ada juga yang seronok. Yang sedih tu sebab selalu kena ngomel oleh ustazah. Biasalah lidah mualaf nih dah tegeliat2 bila nak sebut huruf2 yang susah tu. yang lucu tu baca tak ikut hukum tajwid...main belasah saja. Tapi seronoknya bila lama kelamaan bacaan kita semakin ada improvement dan boleh baca sendiri dan ustazah pun ketawa. Alhamdulillah....syukur....tak sia2 saya bersusah payah belajar masa dulu2 tu dan kini saya boleh duduk sama dengan kawan2 membaca Yasin setiap hari Jumaat di pejabat. Saya sangat2 bersyukur dan sangat berterima kasih dengan Ustazah Kalsom (Guru agama yang pertama mengajar saya membaca Muqaddam), ustaz Zaidan, Ustazah Halimah, Ustazah Hj Rohana, Allahyarham Ustaz Ibrahim dan ramai lagi guru2 agama yang mengajar di Pusat Dakwah saudara baru yang terlibat mengajar Alquran kepada saya. Semoga ilmu yang diajar itu mendapat ganjaran dari ALLAH s.w.t sewajarnya).

Tapi istilah terlewat belajar AlQuran itu tidak ada. Sama ada kita dah masuk golongan warga emas kita perlu giat lagi belajar sebab kita tak tau bila2 masa kita akan kembali ke Rahmatullah. Semoga ilmu AlQuran yang kita pelajari dan amalkan itu akan membantu kita apabila di sana nanti. Insyaallah.......

Thursday, April 5, 2012

MESYUARAT PENGURUSAN PERKHIDMATAN DAN PEMBANGUNAN (SKPP) BIL 1/2012 - 05 APRIL 2012 DI BILIK BUNGA RAYA TKT 8, UJANA KEWANGAN W.P. LABUAN.








Mesyuarat Pengurusan Perkhidmatan dan Pembangunan (SKPP Bil1/2012) bersama Pengetua, Guru Besar dan GPK1 adalah yang pertama dilaksanakan.

Agenda utama ialah membentangkan program-program perkhidmatan;

1. e Pangkat/perisytiharan harta dan status perjawatan oleh KU UNP/Perjawatan/Tatatertib.
2. Elaun dan insentif perkhidmatan pendidikan oleh KU Perkhidmatan
3. Dasar pengoperasian latihan oleh KU ULK
4. Pematuhan Peraturan Waktu Bekerja Rasmi Kerajaan oleh KS SKPP
5. Prestasi perbelanjaan sekolah oleh KU Kew & Akaun
6. Isu dan masalah berkaitan pengurusan perkhidmatan dan pembangunan

Oleh kerana mesyuarat ini adalah yang pertama kali maka suasana dan penerimaan ahli mesyuarat sangat menarik. Perkongsian ilmu yang mendapat sambutan hangat ialah isu kenaikan pangkat, pembangunan dan kewangan.

Tahniah kepada para pembentang dan tahniah kepada pengarah yang sentiasa berjaya menjawab soalan2 panas.

Mesyuarat SKPP bersama sekolah akan diadakan 3 kali setahun.

Wednesday, March 28, 2012

PERBINCANGAN DENGAN SYARIKAT PEMBEKAL PAKAIAN SERAGAM - 28 MAC 2012

Jam 11.00 saya terpaksa beredar dari Stor untuk ke Ofis pula sebab dah berjanji dengan KS untuk berjumpa dengan pihak Syarikat pembekal Pakaian Seragam.

Sesampai di Ofis Pembekal telah pun tiba. Perbincangan KS dengan pembekal mengenai pakaian seragam untuk pekerja makmal, pemandu, pap dan pra santai dan berjalan dengan licin. Insyaallah dalam tempoh 1-2 bulan dari sekarang pakaian seragam yang smart dan menepati citarasa semua akan dapat direalisasikan. Saya pasti semua mereka akan suka dan berbangga dengan pakaian mereka.

Alhamdulillah....sehingga Mac ini pembelian kasut telah pun selesai. Pekerja lelaki berbangga dengan sepasang kasut kulit mereka yang sepatutnya berharga 179.00 tetapi minta diskaun untuk dapat 150.00. Pekerja perempuan pulak dapat 2 pasang sebab harganya lebih murah. Syukur kerana semua berjalan dengan licin dan mereka semua mendapat kasut free (ditanggung oleh kerajaan).

BENGKEL HANDS ON PELUPUSAN FAIL - 28 MAC 2012 DI STOR JPWPL/RUMAH GURU B.KALAM

fail2 peribadi juga telah tersusun rapi - ni kali lah......

lebih kurang 65 kotak fail am telah disenaraikan

berbincang cara terbaik untuk membuat penyenaraian fail am

baucar2 kewangan dan bahan bercetak kewangan perlu dilupus

where to start?

Bahan bercetak yang perlu dilupus


Cadangan KS untuk menyegerakan pengurusan pelupusan fail yang berusia 2006 dan ke bawah maka tindakan Unit Khidmat Pengurusan ialah menetapkan hari yang sesuai. Oleh kerana pelupusan fail perlu dibuat dalam tempoh April ini maka saya memaklumkan kpd KS why not buat pada 28 Mac 2012 hari Rabu. Oleh kerana pelupusan fail ini adalah yang pertama kali dibuat secara teratur setelah sekian lama selepas tertubuhnya jabatan maka KS mencadangkan agar ianya dinamakan Bengkel hands on pelupusan fail means praktikal yang melibatkan PPT, KPT, PT dan PAP. Ok juga tu. Pada 15/2/2012 AKS di jabatan sudah pun menyertai kursus pengurusan fail dan rekod dan pada 20-22 Mac pulak saya dan Pn.Rohana telah menghadiri bangkel pengurusan rekod. Jadi dengan ilmu yang ada itu bolehlah membantu jabatan untuk memulakan pelupusan fail kesekian kalinya.

Sepatutnya pelupusan fail telah dilakukan mulai Tahun 2006 iaitu 5 tahun selepas JPWPLabuan diisytiharkan sebagai Jabatan dan diteruskan pada setiap tahun. Kekangan tenaga dan kekurangan ilmu ditambah pula dengan sikap kuran prihatin mengenai pengurusan rekod ini kemungkinan besar menjadi punca lambakan fail2 yang perlu dilupus terbiar begitu saja. ALhamdulillah....hari ini akhirnya menjadi kenyataan apabila kami ramai2 turun membuat penyenaraian fail2 yang akan dilupus. Terima kasih semua yang sama2 menjayakan bengkel hands on ini. Peluang yang terbaik untuk anda semua mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari dalam kursus yang lalu.

Terima kasih dan syabas!
en.arif, pn.rainah, laidin, rahmat, elsie, jun, nor, ros, zannah, ben, siti, jumi, jcalso, hj osman, midah, ina, mazlin, achu, asmah.

Selepas ini tugas saya ialah menaip senarai fail2 yang perlu dilupus untuk dihantar ke Arkib.

Akan ada lagi fasa 2. Masih banyak lagi fail dan bahan bercetak tidak sempat disenaraikan untuk satu hari ini. Insyaallah....dalam tempoh April akan selesailah kerja2 menyenaraikan fail2 yang berusia 2006 ke bawah.