Monday, June 11, 2012

PERHIMPUNAN BULANAN JUN 2012

yang meraikan Hari Jadi untuk bulan JUN




antara penerima yang layak

juga penerima yg layak SAM peg UPB

penerima surat naik pangkat yg pertama cpc pegawai unit data

Amanat dari Pengarah Pelajaran MR

pembacaan ikrar penjawat awam AJ

bacaan doa bagi memberkati majlis MFAH

juruacara majlis AGR

KU NP mengatur susun acara penerima surat naik pangkat calon2 yang layak


Bulan Jun perhimpunan diadakan di SMK Labuan.

Friday, June 1, 2012

Terima kasih Staf Unit Kewangan atas ingatan kalian......

Gubahan choc delight yang digubah sharimah.....cantik menarik debummmmmm....


Terima kasih banyak2 staf UKA......

oleh kerana saya tak ada anak perempuan maka mereka ini macam anak2 buah (saudara) yang comel dan nakal2........

Kursus Penulisan Surat Rasmi, Memo, Minit Mesyuarat Dan Laporan Berkualiti

mengharapkan kesilapan dalam menyediakan surat rasmi, memo, minit mesyuat dan laporan dapat diminimumkan.

biasalah peserta wanitalah yang meramaikan majlis

Penceramah dari DBP KL En. Mohd Noor Jabar

Setelah mendapat pendedahan mengenai kursus di atas......nampaknya bertambah baiklah hasil kerja pegawai dan AKP. Terima kasih kepada en. MohdNoor atas perkongsian ilmu.

Sunday, May 20, 2012

WELCOME REJAB


Esok malam kita semua kena bersedia menyambut bulan Rejab dan jangan lupa doa bulan rejab yang bunyinya lebih kurang begini

"Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah (hidupkan) kami ke bulan Ramadhan".

Berpuasa 1 hari di bulan Rejab.....mendapat keredhaan ALLAH S.W.T

31/5/2012 (10 Rejab) - Alhamdulillah.....syukur....baru dapat puasa 1 hari di bulan Rejab..

Kata ustazah.....banyakkan selawat ke atas Nabi pada bulan Rejab (dan malaikat akan berselawat untuk kita)
banyakkan membaca Surah Al Kahfi di bulan Rejab (mengelakkan dari fitnah dajjal)

5S diteruskan lagi setelah terhenti seketika


dengan kreativiti lin dan nor kotak fail tutup ini disusun dengan rapi.... siap bernombor lagi tu

pening kepala nak kemaskan kotak2 fail tutup di tempat yang sempit macam ini

si ros pun sibuk menyisih


Nor dan Lin sibuk dengan kerja2 mengemas dan menyusun

Walau macamanapun tanggungjawab perlu dilaksanakan. Tugas2 begini dibuat pada hari Sabtu.
Syabas lin, nor dan ros......kalian adalah anggota pelaksana yang rajin dan bertanggungjawab.

Tuesday, May 1, 2012

UKUR BAJU UNTUK PAKAIAN SERAGAM - 25 APRIL 2012

Pakaian Seragam untuk PAP, PRA, Pemandu dan Pekerja Makmal. Hari ini mereka semua dipanggil untuk membuat ukuran. Lelaki dapat baju & seluar manakala perempuan pulak baju dan skirt panjang. Design dan warna pakaian seragam dipilih oleh KS SKPP Pn. Azniza. Baju bentuk korporat dan warna kuning emas tapi lembut. Seluar & skirt berwarna hitam. Pekerja Makmal pulak ditambah dengan sepasang Labcoat. Memang cantiklah pakain mereka nanti.

Urusan kasut telah pun selesai dan masing-masing gembira kerana dah dapat kasut baru.

Pakaian lewat sikit urusannya kerana kontrak pusat dah tamat dan satu masalah pulak mencari kedai jahit yang ada lesen dengan kementerian kewangan kerana itulah syarat yang diberi oleh PMS. Saya mencari kedai jahit di Labuan dan Sabah melalui internet, menghubungi mereka melalui telefon, emel dan akhirnya Kedai Jahit & Butik Sri Kandi bersetuju menerima tempahan kami. Syukur Alhamdulillah......setelah melalui banyak fasa...dari menghubungi pembekal, memanggil pembekal untuk berbincang tentang design, berjumpa lagi dengan pembekal berbincang tentang harga dan akhirnya aktiviti ukur mengukur pulak dilaksanakan.







Syukur....ini adalah di antara tugas2 yang telah diamanahkan kepada saya dan dapat dilaksanakan mengikut kemampuan.......

Saturday, April 28, 2012

KURSUS PEMBANTU AM PEJABAT TAHUN 2012 - 25 APRIL 2012


Pn. Rainah dengan tajuk Senarai tugas Pap dan tanggungjawab.........


Pengarah dengan tajuk Intergriti........



kyusuk membaca soalan......mudah saja pun.....yang berkaitan dengan PAP juga.......


Tn Hj Mohd Hamka dengan slot Team Building/Membina Pasukan......



dah dengan ceramah.....hilangkan stress dengan main2.........



UKP telah diamanahkan oleh KU ULK untuk menyelaras Kursus Pemantapan PAP. Kursus perlu dibuat sebelum Mei 2012. Banyak kekangan yang saya hadapi tapi akhirnya dapat juga tarikh yang sesuai untuk melaksanakan kursus ini iaitu sebelum Mei 2012. Seramai 47 orang PAP dan PRA dipanggil untuk mengikuti kursus ini. 7 orang gagal untuk hadir disebabkan perkara2 yang tidak dapat mereka elakkan.

Terima kasih kepada Pengarah, KS SPsk dan KU UNP kerana sudi menjadi penceramah dengan tajuk2 yang menarik dan sesuai dengan kumpulan ini. Nampaknya kursus ini mendapat sambutan dari peserta dan mereka memohon lagi kursus2 yang berkaitan dengan tugas mereka seperti kursus menjawab telefon, pengurusan fail, pengurusan stress. Insyaallah saya akan maklumkan kepada KU ULK mengenai permintaan mereka. Kalau untuk menyelaras kursus saya ok saja tapi kalau untuk jadi penceramah awal2 lagi saya angkat tangan.....surrender.......tiada bakat.....he he he