Friday, January 12, 2018

Tahun 2018

Tahun 2018 sebagai persediaan menyambut hari persaraan.....hahahahahaha

suka duka dilalui sepanjang tahun 2017 dengan reda dan bersangka baik...fikir positif.....

Seawal 2 Januari 2018 Unit kami memulakan mesyuarat bil 1 tahun 2018. Sedikit rombakan akibat pertukaran PT di antara Sektor....rasanya baru beberapa bulan bertugas di Unit ini dah ditukar pula ke Sektor lain...mungkin ada permohonan dan dipertimbangkan...kebetulan ada PT yang berminat pula masuk ke Unit kami ini maka itulah yang disebut ...pucuk dicita ulam yang datang.....sebagai otai di Unit ini terus mengharapkan yang terbaik untuk Unit ini dalam membantu dan menjaga kebajikan guru dan kakitangan di Jabatan dan Sekolah.

Friday, April 28, 2017

LAWATAN ROMBONGAN KEPTAS JPN SABAH - 27-28 APRIL 2017

Lawatan Kesatuan Pembantu Tadbir Sabah dari JPN Sabah melawat rakan seperjuangan di Wilayah Persekutuan Labuan.

RAKAN STRATEGIK SPP - 250417

terdiri dari KPT dan PT yang diamanahkan mengurus hal2 perkhidmatan iaitu pelantikan pengesahan jawatan pelanjutan tempoh percubaan dan pemberian taraf berpencen.
ok lah banyak ilmu diperolehi. dah ada peningkatan dalam mengurus hal2 perkhidmatan ini kerana semua diproses melalui eProper secara on line. Mudah dan cepat tapi perlu perkhidmatan internet yang kondusif. Anyway....memang baik dan sangat membantu kepada generasi baru yang celik IT.. Untuk kami yang otai2 ini...well not bad anyway boleh juga duduk dan berdiri sama dengan generasi muda tapi sedikit perlahan dan kadang2 lebih baik lagi sebab otai2 ini rajin tekun dan bertanggungjawab.

Saturday, April 8, 2017

RETREAT SKPP - 060417

dimulakan dengan senamrobik selama setengah jam....keluarlah juga peluh...yang tak pandai menari pun kena goyang goyang juga ikut rentak muzik hahahahaha....

Aktiviti Riadah:

1. masuk dalam terowong dengan merangkak (boleh buat)

2. langkah ikut tayar (masih boleh buat)

3. panjat halangan dengan bantuan rakan dan turun dengan melantunkan badan (boleh buat masih bertenaga)

4. berjalan melalui titi dengan mengimbangkan badan agar tidak jatuh sehingga ke penghujung (Alhamdulillah....berjaya ke penghujung walaupun kaki terketar ketar)

5. panjat halangan menggunakan rantai besi dan turun semula di sebelah (saya tak mampu buat)

6. panjat macam monyet dari satu besi ke besi yang lain (tak mampu buat juga)

7. melalui titi yang merupakan sebatang besi dan bergayut pada sebatang besi juga (tak mampu buat)

8. naik tangga dan terjun (Alhamdulillah berjaya buat hahahaha)

9. memasukkan badan dalam tayar untuk kesebelah (cuba buat tapi tak lepas)

10. merangkak ala ala komando (Alhamdulillah berjaya hahahahah)

11. mengisi air dalam tabung yang bocor sehingga bola terapung ke atas (team building)

12. bulatan gergasi untuk setiap kumpulan di dalamnya (team building - berjaya jadi johan hahahaha)

13. mencari kunci dan membina perkataan (team building - berjaya jadi johan hahahaha)


sebelah petang aktiviti berkayak pulak - ini tak mampu aku sertai kerana menggunakan kekuatan tangan.

at the end of the day......semua peserta seronok dan enjoy bah kan......



Saturday, April 1, 2017

KERENAH DAN RESPONS

Kerenah atau sikap tak boleh diubah kecuali diri sendiri yang mau berubah.
Respons dari kerenah tadi maka ramailah yang memuji diri sendiri seolah olah " i am the best " tapi jangan lupa masing masing ada kelebihannya sendiri dan masing2 juga ada kekurangan dan kelemahan sendiri.
Pelbagai watak yang kita temui dalam kelompok ini dan termasuk diriku tak terkecuali banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki dan untuk itu aku tak ragu2 untuk bermuhasabah diri sendiri agar kehadiranku disukai dan ketiadaanku dicari.

Saturday, March 11, 2017

PENEMUAN AUDIT EKSA SATU KEJUTAN

6 Mac hari yang ditunggu2 sebab Auditor EKSA akan menunjukkan kemahiran mereka menilai EKSA untuk JPWPL. Masing2 zon dengan bangga menunjukkan kesediaan zon masing2 dengan pengauditan ini. Saya telah bertungkus lumus membersihkan surau lelaki dan perempuan kerana ruang2 itu di bawah jagaan saya lah kunun....dinding dibersihkan dilap dengan kain basah...kapet di vacuum....sejadah tersidai rapi dan kain telekung tersimpan rapi dalam almari...Alquran kemas tersusun....siap ada pewangi lagi....wah ini kali lah.....jadual solat yang terkini....siap ada hadis nabi lagi...Disamping work station sendiri yang kemas tersusun.... bersih dari habuk saya juga mengambil peranan membersih dan mengemas bilik BPK bersama Unit Perkhidmatan...kerja2 kikis mengikis sapu menyapu susun menyusun...ya Allah tau2 tangan dah naik kebas...kena urut dengan minyak panas pula....
EKSA maksudnya satu jabatan kena semua bersih kemas teratur ...so kami dari zon dataran beramai2 membantu zon botanikal membersih mengemas dan menyusun bilik Mesyuarat Botanikal sebagai menunjukkan setia kawan yang saling membantu...cubit paha kanan maka paha kiri pun terasa sakit...kalau zon botanikal tu dapat bintang itu maknanya bantuan tenaga dari zon dataran juga lah.
Setelah Auditor datang berkunjung ke zon dataran...bermula di kaunter utama....satu persatu ruang yang di audit mendapat BINTANG EKSA....termasuklah surau lelaki dan perempuan..bilik BPK dan ruang kerja semua staf........wah....satu kejutan untuk zon dataran....
8Mac keputusan Audit EKSA....kami ramai2 duduk bersama mendengar keputusan dengan penuh harapan....seperti yang diharapkan markah EKSA kali ini mencapai 96 peratus dan layak untuk di audit oleh pihak MAMPU.
kini EKSA diteruskan lagi dengan mengamalkan membawa kain basah untuk membersihkan ruang2 kerja masing2 dan bilik2 dokumen agar bebas dari HABUK.......
tak sabar menunggu auditor MAMPU pada bulan April yang tak lama lagi........
hahahahahaha..........