Saturday, May 15, 2010

HAPPY TEACHER'S DAY - 16 MEI 2010







Di kesempatan ini saya mengucapkan ' SELAMAT HARI GURU ' kepada semua staf di JPWPLabuan yang bergelar guru:

Pengarah:
Cikgu Mohammad Zaki

SPS:
Cikgu Omar Baki
Cikgu Hasnah
Cikgu Sahnuddin
Cikgu Sufri
Cikgu Cheng
Cikgu Yunos Kadir
Cikgu Hj Yunos Yusof

SPPK:
Cikgu Ismail
Cikgu Hj Salamat
Cikgu Subari
Cikgu Rosminah
Cikgu Asbola
Cikgu Asmawi
Cikgu Yunus Jaafar
Cikgu Hj Jahar
Cikgu Juliana
Cikgu Norain
Cikgu Aminuddin
Cikgu Matnor

SPA:
Cikgu Maimoon
Cikgu Zaharah
Cikgu Nizam
Cikgu Nuzie
Cikgu Imbran
Ust Mat Hanipah
Ustz Farihi

SKPP:
Cikgu Awang Adi
Cikgu Sahbuddin

SPM:
Cikgu Christopher

SJK:
Cikgu Khaziyati

SPsK:
Cikgu Hj Hamka

Pusat Ko:
Cikgu Julaily
Cikgu Samsul
Cikgu Kitli
Cikgu Zakaria
Cikgu Nordin
Cikgu Madun
Cikgu Tamin
Cikgu Shahrul

UPP:
Cikgu Sawal
Cikgu Ibrahim
Cikgu Salim
Cikgu Narimin

BTPN:
Cikgu Ag Marten
Cikgu Norsiah
Cikgu Nazri
Cikgu Zulkifli

Thursday, May 13, 2010

Pengauditan Akaun Sekolah Tahun 2009 oleh Bahagian Audit Sabah pada 10 - 14 Mei 2010.

Ucapan penutupan oleh Pn Marcella Malagkas Ketua Unit Kewangan & AKaun JPWPLabuan.

Cenderahati kenangan untuk Ketua Juru Audit Beaufort, Pn. Munah Kassim

Juru Audit Beaufort Cik Jati

Juru Audit Kota Kinabalu Cik Nurul Ain


Cik Nurul Ain membuat exit audit kepada Guru Besar SK Lubokg Temiang En. Matlong



Ketua Juru Audit daripada Beaufort - Pn. Munah Binti Kassim

SK Sungai Lada

SJKC Chung Hwa

SJKC Chi Wen

SK Membedai

SK St Anne

SM St Anne

SK Lubok Temiang

SK Pantai

SMK Mutiara

SK Tanjung Aru

SMK Labuan

SM St Anthony

Pengauditan Akaun Sekolah Tahun 2009 bermula pada 10 Mei 2010 dan berakhir pada 14 Mei 2010.

Wednesday, May 12, 2010

PERHIMPUNAN BULANAN - 12 MEI 2010

Tak pernah diduga saya terpilih menerima 'staf of the month' untuk bulan April 2010. Anyway, terima kasih kepada KS SKPP dan Pengarah kerana menghargai sumbangan saya yang tidak seberapa.

Asyik mendengar amanat Pengarah

Hari ini perhimpunan bulanan diadakan untuk bulan April dan Mei 2010. Pengetua dan Guru Besar dijemput sama memeriahkan perhimpunan bulanan jabatan.Kebetulan ianya jatuh pada Hari Rabu, maka ramailah Pengetua dan Guru Besar masing-masing mengenakan baju kokurikulum. Bagi yang lelaki mereka mengenakan uniform kadet dan wanita pula mengenakan uniform Puteri Islam.Bila tengok mereka duduk berkumpul, macam tentera pulak.

Monday, May 10, 2010

PEMANTAUAN KE SK LAYANG-LAYANGAN, SK KERUPANG,SK PATAU-PATAU DAN SK RANCHA-RANCHA - 10 MEI 2010.

Pemantauan ulangan kali keempat ke SK Rancha-Rancha

Masih banyak lagi dokumen yang masih belum dilengkapkan

PT SK Kerupang tidak berada di sekolah ketika kami datang ke sekolah untuk membantu menyemak akaun sekolah Tahun 2009 sebagai persediaan Audit.

Tiada dokumen untuk disemak. Kami hanya menandatangan buku pelawat sebagai bukti kami dah sampai ke SK Kerupang.

Hari terakhir kami membuat pemantauan Akaun Sekolah Tahun 2009. Bolehlah dikatakan rasa keletihan juga sebab kena berulang alik ke sekolah yang sama. Tapi hasrat hati ingin membantu kawan-kawan di sekolah dan ingin melihat semua sekolah mendapat Sijil Tanpa Teguran. Ketika pemantauan terakhir:

SK Layangan -Layangan - hanya guru HEM berada di pejabat. GB balik ke kampung kerana mak sakit. GPK1 menghadiri mesyuarat di Jabatan. Pembantu Tadbir ke hospital sebab ada temu janji dengan doktor.

SK Kerupang - Pembantu Tadbir tidak berada di sekolah.

SK Patau-Patau - Pembantu Tadbir sibuk menyiapkan dan mengemaskini dokumen kewangan bagi persediaan untuk pengauditan pada 12 Mei 2010. Syabas dan tahniah kepada PT Zanahriah, semoga anda berjaya.

SK Sungai Lada - Pembantu Tadbir ke klinik. Kami disambut oleh Pembantu Am Pejabat.

SK Rancha-Rancha - Pembantu Tadbir dan mantan Guru Besar sedang menyaip dan mengemaskini dokumen kewangan. Syabas...

Pada keseluruhan pemantauan......terima kasih kepada PT SK Patau-Patau kerana dengan ikhlas menerima kedatangan kami. Kami dari Unit Kewangan hanya ingin membantu sekolah. Kami berpuashati kerana dengan masa yang singkat kami sempat membuat pemantauan ke semua sekolah kecuali SM Sains dan SM Teknik. Di smping, sempat juga kami pergi berulang-ulang kali ke sekolah yang kami kenal pasti perlu dibantu.

Friday, May 7, 2010

Pemantauan Akaun Sekolah 2009 ULANGAN - 07 Mei 2010

Memantau ke SK Layang-Layangan


Ini belum TT ringkas - Ashabul

Memantau ke SK Rancha-Rancha

Pastikan semua dokumen2 ini siap dikemaskini pada harimIsnin ye ..kami akan datang lagi pada hari Isnin pagi - PAK Sharimah

Insyaallah saya akan kemaskini semua - Romeidah


Hari ini sekali lagi kami meluangkan masa membuat pemantauan ulangan pertama ke SK Sungai Lada dan SK Layang-Layangan dan pemantauan ulangan kedua ke SK Rancha-Rancha dan SK Tanjung Aru. Pemantauan yang kerap nampaknya boleh juga mengerakkan PT untuk mengemaskini dokumen2 yang belum siap dikemaskini yang sepatutnya telah siap pada Tahun 2009 lagi. Walau bagaimanapun Unit Kewangan akan membuat pemantauan lagi pada hari Isnin sebelum pengauditan untuk sekolah2 tersebut dijalankan. Kami bertanggungjawab membantu mereka kerana hasrat jabatan ialah untuk mendapat lebih banyak sekolah yang akan dapat Sijil Tanpa Teguran Baik dan Sangat Baik.

Thursday, May 6, 2010

PEMANTAUAN ULANGAN PERTAMA AKAUN SEKOLAH TAHUN 2009 KE SK RANCHA-RANCHA, SK PATAU-PATAU DAN SK TANJUNG ARU - 06 MEI 20910

Pastikan....semua dokumen ini disiapkan dan esok kami datang lagi - PAK Sharimah
Ok Cik ... - Iwan

staf Unit Kewangan yang mesra audit

PT SK Tanjung Aru nampaknya sudah bersedia...Tahniah

KS dan Ketua Unit yang prihatin

PT SK Patau2 sanggup berkorban masa di hujung minggu untuk menyiapkan semua dokumen yang dikehendaki pihak audit.

Setelah laporan pemantauan dibuat untuk semua sekolah2 maka KS SKPP En Mohd Salekhan mencadangkan pemantauan ulangan ke sekolah2 yang belum bersedia sepenuhnya dengan pengauditan Akaun Sekolah Tahun 2009 ini. Top on the list ialah SK Rancha2, SK Patau2, SK Tanjung Aru, SK Kerupang dan SK Sungai Lada. Hari ini KS, Pn. Marcella, Ashabul dan Kak Ti ke SK Rancha2, SK Patau dan SK Tanjung Aru. Nampaknya PT SK Rancha2 belum bersedia dan masih banyak lagi dokumen2 kewangan tidak dikemaskini. Walaupun kerja2 ini remeh temeh saja tapi PT masih terleka dan menganggap masa pengauditan masih jauh lagi. SK Patau2 pula lebih bertenaga dan banyak juga dokumen2 yang diperlukan audit telah siap dikemaskini. Sedikit lalai dan kurang sistematik maka masih banyak dokumen2 yang perlu dikemaskini dengan rapi. PT dan PAP SK Tanjung Aru mengemaskini semua dokumen kewangan bersama-sama. Tahniah. Banyak dokumen2 telah selesai dikemaskini dan beberapa dokumen lagi perlu dikemas dengan rapi dan beberapa dokumen belum ditandatangan oleh Guru Besar. Walau bagaimana pun pengurusan kewangan SK Tanjung Aru dan SK Patau2 tidak mustahil akan mendapat Sijil Tanpa Teguran BAIK jika usaha mereka ini berterusan. Bagi SK Rancha2 pula, sekiranya PT mempunyai sedikit kesedaran dan mengubah sikap yang lalai kepada tekun dan rajin, Insyaallah sekurang2nya masih boleh mendapat Sijil Tanpa Teguran MEMUASKAN tetapi kalau berjaya mendapat Sijil Teguran BAIK, ini merupakan satu bonus kepada kumpulan pemantau yang terdiri dari Jabatan dan Sekolah.

Wednesday, May 5, 2010

PEMANTAUAN AKAUN SEKOLAH TAHUN 2009 SMK LAJAU - 05 MEI 2010 JAM 4.50 - 6.30 PETANG





Lebih kurang jam 4.50 petang kami meneruskan pemantauan kami ke SMK Lajau. Jika kami tangguh2 lagi perjalanan kami ini, rasanya tidak tercapailah misi kami untuk menghabiskan pemantauan ke semua sekolah hari ini. Walau pun masa balik pejabat sudah tiba, PT dan Pengetua tetap setia menunggu kedatangan kami dan bersedia dengan dokumen2 kewangan untuk disemak. Banyaklah juga dapatan2 yang kami temui setelah membuat penyemakan dan telah memaklumkan kepada PT dan Pengetua agar semua dokumen2 dikemaskini secara terperinci jika ingin meningkatkan kecemerlangan terdahulu. Sekolah ini pernah mendapat Johan dalam anugerah pengurusan kewangan dan mendapat Sijil Tanpa Teguran Baik bagi Akaun Sekolah Tahun 2009. Semangat Pengetua dan hasrat untuk meningkatkan prestasi baik kepada sangat baik amat kami kagumi walaupun ternyata sekolah ini sangat kekurangan staf. Hanya seorang PT yang bertungkus lumus mengemaskini semua dokumen kewangan sekolah. Insyaallah, jika sanggup berusaha lebih tanpa mengira masa kami rasa sekolah ini juga mampu untuk mendapat Sijil Tanpa Teguran Sangat Baik.