Wednesday, June 1, 2011

IT's MY DAY - 1ST JUNE 2011






Terima kasih banyak pada sharimah, lyadia, nisha dan ina. Rupanya kamu sudah merancang dari pagi lagi....patutlah asyik tanya ...nak keluar makan ke....nak makan dengan liau ke....lapar ke.....kelakar betul....sebenarnya saya sendiri minta2lah budak2 ni lupa hari jadi saya hari ini....sebabnya saya tak mau menyusahkan mereka.......En. zeno, midah dan fazilah pulak cuti2 kaamatan....ashabul masih cuti bersalin.....maka tinggallah kami berenam saja....mujurlah cikgu sahbudin langkah kanan....masuk ke bilik kami dan dapatlah dia makan sepotong pizza....

Anyway.....thank you to you all girls.....N mirul....kerana meraikan besday kakak .......
untuk sharimah: bah....jan di kasi lama......pasangan yg sepadan...hensem lg tu.....
untuk lyadia: bah....baguslah muda2 ada baby......
untuk Ina: kakak doakan ina jumpa jodoh yang baik.....sebaik ina......
untuk nisha: bah.....jan kelangkabut buat persiapan....ada masa lagi tu.....
untuk mirul: bah....baik2 pi induksi tu....jan lupa balik labuan......

Sunday, May 29, 2011

KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN.....30-31 MEI 2011.


Selamat menyambut pesta kaamatan untuk semua kaum kadazan dusun yang meraikannya. Oleh kerana saya juga berketurunan kadazan maka saya juga merasa kemeriahan kaamatan itu sendiri dan tidak lupa mengucapkan 'kotobian tadau tagazo do kaamatan montok id tobpinai ngaavi id nombo nopo......rumamai tokou rumamai....but please be aware ....don't drink and drive'.....

Wednesday, May 25, 2011

Meraikan Ulang Tahun Kelahiran Puan Pengarah yang ke 48 - 25 Mei 2011






Ingatan tulus ikhlas dari pegawai dan kakitangan Jabatan Pelajaran W.P.Labuan dengan menghadiahkan kek Hari Jadi untuk Pn Mistirine Radin sempena Ulang Tahun Kelahiran pada 25/5/2011 genapnya usia beliau 48 tahun. 'Happy Birthday' Puan, semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan dipermudahkan segala urusan.....ceria2 selalu........

Majlis Penutupan Audit MS ISO 9001:2008 - 25 Mei 2011

Kenangan bersama Auditor MS ISO 9001:2008

Penyerahan Laporan AUdit MS ISO oleh Ketua Juru Audit Dalam
En. Razif Ibrahim kepada Pn Pengarah

Cenderahati kenangan untuk Auditor En.Hamid Dollah dari JPN Kelantan

Cenderahati kenangan untuk Auditor En Razif Ibrahim dari JPN Perak

Cenderahati kenangan untuk Auditor Pn Masleza Abd Wahab dari BPSH, KPM

Ucapan penghargaan kepada Auditor dan Auditee oleh Pengarah

Pembentangan Laporan AUdit oleh Ketua Juru Audit Dalam MS ISO 90001:2008
2 OFI

Tuesday, May 24, 2011

PENGAUDITAN MS ISO 90001:2008 JPN LABUAN - 24-25 MEI 2011.




Peace!!!! hanya ada 2 OFI - 1. Nilai Prestasi Pembekal tidak dibuat 2. Penyelenggaraan Kenderaan tidak menyediakan KEW.PA .



Pengauditan MS ISO 90001:2008 oleh Audit Dalam Kementerian yang diketuai oleh Pn. Mazliza Pengurus Kualiti BPSH KPM. Ketua Juru Audit ialah En. Razif Pengurus Kualiti JPN Perak. Seorang lagi Juru Audit ialah En. Hamid dari JPN Kelantan. Pengauditan MS ISO pada kali adalah dalam suasana santai dan harmoni. Cara pengauditan adalah jauh berbeza dengan tahun lalu. Auditors mengaudit dokumen sangat profesional dan berhemah. Tujuan pengauditan yang mereka sebut2 ialah membantu dan memperbaiki sistem dan inilah apa yang kami dapat. Mereka sangat membantu dan menjelaskan satu persatu akan maksud proses auditan dan keperluan sebenar proses tersebut. Inilah Auditor yang kita perlu dalam membantu kerja2 kita dalam merealisasikan MS ISO di jabatan.

Friday, May 20, 2011

BENGKEL DAN MESYUARAT DATA EMOLUMEN SEBENAR TAHUN 2011-2012 BERSAMA BAHAGIAN KEWANGAN/BPSM, KPM DI DYNASTY HOTEL , KL PADA 18-20 MEI 2011


Pembentang terakhir dari JPN Sabah

Pembentang pertama dari JPN Labuan



JPN Sarawak

JPN Kelantan, JPN Sabah dan JPN Trengganu

Pada 18-20 Mei 2011 bertolaklah kami (en. zeno, sharimah, azila dan saya )ke KL., menghadiri bengkel dan mesyuarat data emolumen sebenar tahun 2011-2012 di Hotel Dynasty KL anjuran Bahagian Kewangan, KPM dan dijemput bersama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. Emolumen bagi Tahun 2011 dan 2012 dikehendaki oleh Bahagian Kewangan, KPM untuk dihitung dengan tepat mengikut waran perjawatan yang dikeluarkan oleh BPSM, KPM. Semua JPN Negeri telah mengemaskini emolumen mengikut waran perjawatan yang diterima. Anehnya...perjawatan yang diterima oleh JPN Labuan ialah 1477 tetapi mengikut rekod BPSM ialah 1480. Apabila saya menghubungi pegawai data jabatan Cg Cheng, beliau memaklumkan bahawa beliau baru menerima sub waran perjawatan yang terkini iaitu untuk Rendah sahaja jumlah perjawatan ialah 708 berbanding yang kami ada ialah 671. Dan apabila beberapa buah JPN lagi membuat pembentangan jumlah perjawatan di JPN masing2 juga jauh berbeza dengan rekod BPSM, KPM. Nampaknya BPSM tidak membawa rekod yang terkini ke majlis bengkel & mesyuarat pada hari ini. Semua negeri diminta mengemaskini emolumen mengikut perjawatan sebenar dan perlu dihantar ke Bahagian Kewangan KPM pada atau sebelum 25 Mei 2011.

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU - 16 MEI 2011

Di antara cikgu yang masih saya ingat;

SK Bandau, Membakut:
1. Cikgu Wahid B. Aman
2. Cikgu Yusof B. Ghani
3. Cikgu Kasmin
4. Cikgu Ahmad B. Busu

SMK Membakut:
1. Cikgu Tay Chee Luk
2. Cikgu Wong Kong Yee
3. Cikgu Annie Wong
4. Cikgu Hasnah
5. Cikgu Siti Hawa
6. Cikgu Sakdan
7. Cikgu Hamid

Stella Maris, KK:
1. Sister Mary Joana
2. Sister Mary Aquinas

St Francis Convent, KK:
1. Mrs Mosiun
2. Mrs Lee
3. Cikgu Hasnah

Pusat Dakwah Saudara Baru:
1. Ustaz Abas
2. Ustaz Ibrahim Jamak (Allayarham)
3. Ustazah Halimah
4. Ustaz Firdaus Abdullah
5. Ustaz Junid
6. Ustazah Nor Ayu
7. Ustaz Farhan Abdullah
8. Ustaz Jaffarullah
9. Ustaz Minggu B. Matnoh

Guru Mengaji Alquran:
1. Ustazah Kalsom Rashid
2. Ustaz Zaidan
3. Ustazah Hjh Rohana Kahar
4. Ustaz Ibrahim Jamak (Allayarham)

JASA CIKGU2 SEMUA TETAP SAYA KENANG SAMPAI BILA2....DAN SEPATUNYA RAMAI LAGI TETAPI MAKLUM SAJALAH.....DAYA INGATAN SEMAKIN KURANG......



Seawal jam 6.00 pagi selepas subuh si liau sudah bersiap untuk berangkat ke airport untuk menghadiri Majlis Hari Guru peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kuching sarawak. Jam 7.00 pagi kami sudah berangkat ke airport walaupun penerbangan pada jam 8.25 pagi. Sempat lagi kami minum pagi di Old Town White Coffee. Penerbangan dari Labuan ke Miri menaiki MAS WING dan transit di Miri selama lebih kurang 4 jam barulah terbang ke Kuching menaiki Air Asia. Lebih kurang jam 2.30 petang mereka sudah sampai di Kuching.

Di kesempatan ini saya mengucapkan' Selamat Hari Guru' kepada suami tersayang cg Hj Mohamad Hamka Hj Hamzah, Adik Ipar cg Dewi Melati Hj Hamzah, anak2 saudara iaitu;
1. Cg Wong Lai Fah
2. Cg Kay Lolitha Kenneth Wong
3. Cg Davis Danny
4. Cg Rita Danny
5. Cg Jonathan Loo
6. cg Siti Muhaini Hj Tumiran

Diharap akan ada lagi bakal cikgu dalam keluarga kami termasuklah anak sendiri Insyaallah....
Kerjaya guru adalah paling mulia.....tanpa guru siapa lah kita......