Wednesday, February 17, 2010

Kursus Asas Pengauditan Anjuran Jabatan Akauntan Negara Cawangan Labuan - 18-19 Feb 2010

Azlina, Lyadia, Afizah, Ashabul, Nisa, Nora, Sharimah, Hamidah n me

Hari ini semua staf Unit Kewangan mengikuti Kursus Asas Pengauditan anjuran Jabatan Akauntan Negara, Labuan, kecuali Pn. Marcella Ketua Unit kami cuti sakit.

Dua orang penceramah dari Jabatan Audit Negara KK. Kursus berfokus kepada cara-cara pengauditan dan bagaimana mencari penemuan dan kaitan2 dengan perundangan. Walaupun jawatan kita bukanlah sebagai juru audit tetapi dengan tidak secara langsung kita semua adalah juru audit (di pejabat ataupun di rumah). Apabila bercakap pasal wang dan perbelanjaan dan pertanyaan2 macamana wang itu dibelanjakan, maka itu sudah menjurus kepada kerja2 audit. Jadinya, jangan hairan kalau pra pesanan di hantar ke Unit Kewangan, setelah disemak kemungkinan ada juga yang kena kuiri. Itulah sebahagian kerja2 audit. Kalau dulu2 penjawat2 awam gentar bila sebut audit nak datang, sepatutnya tak perlu risau dan stress. kalau kerja2 kita up to date dan tidak ada unsur2 penyelewengan, maka sambut saja kedatangan audit dengan hati yang tenang dan ceria. Tapi yang sedihnya tu, kerja kita mungkin tip top dan bersih tetapi kaitan daripada kerja2 orang lain menyebabkan kita juga terlibat sama kerana tangungjawab kita di Unit Kewangan itu adalah mengurus pembayaran. Tapi tak apalah, asalkan kita buat kerja dengan ikhlas dan niat kita betul Isyaallah, Tuhan yang di atas akan sentiasa melindungi kita semua.

No comments:

Post a Comment