Tuesday, September 28, 2010

berKunjung ke rumah Pengarah bersama KS dan Sharimah - malam 28 Oktober 2010

Malam tadi hujan lebat sungguh. Seluruh perumahan Lazenda Villa 6 black out lebih kurang 5 minit. Semasa di pejabat saya dan Sharimah bercadang untuk berkunjung ke rumah Pengarah. KS pula nak join, jadi dalam hujan lebat tu kami bertiga teruskan juga ke rumah Pengarah sebab dah maklumkan kepada Pengarah (kesihan pula beliau tertunggu2). Kami sengaja berkunjung ke rumah pengarah sebab beliau akan berangkat balik ke Semenanjung dan seterusnya akan menunaikan Fardhu Haji. Pelbagai barang Pengarah berikan kepada kami sebab beliau tidak bercadang untuk membawa barang2 itu balik ke Semenanjung. KS dapat lampu tidur, Sharimah dapat carpet, bunga bakul dan 3 pasu orkid. Saya pula dapat sebuah buku novel (Tiada lagi mimpi), 4 pasu orkid, cekur dan pasu2 kosong. Anak pengarah Aleen sempat lagi membungkus kuih2 raya untuk KS dan Sharimah. Betapa pemurah dan baik hati Pengarah, isteri dan anaknya. Terima kasih banyak2 tuan, puan dan Aleen.

No comments:

Post a Comment