Wednesday, February 16, 2011

BENGKEL PENYEDIAAN BAJET (ABM) BAGI TAHUN 2012-2013 DI DEWAN SEMARAK SMK MUTIARA W.P.LABUAN.- 16 HINGGA 18 FEBRUARI 2011.

SM St Anthony

SMK T.P. Bedaun

SK Patau-Patau

SMK Lajau

SK Kerupang

SK Bebuloh

SK Membedai

SMK Labuan

SK Layang-Layangan

urus setia




SK Sungai Lada

SK Pekan 2

SK Tanjung Aru

SJK CHung Hwa

SK Sungai Bedaun

SK Bukit Kalam

SK Lubok Temiang

SK Pantai

Bengkel penyediaan bajet bagi tahun 2012-2013 diadakan di Dewan Semarak SMK Mutiara pada 16 hingga 18 Februari 2011. Kumpulan Pendidikan Pra Sekolah dan Rendah yang dihadiri oleh Guru Besar, KPT dan PT, kumpulan Pendidikan Menengah dihadiri oleh Pengetua, KPT dan PT, Pembangunan yang dihadiri oleh Guru Pembangunan, Pengurusan Aset yang dihadiri oleh guru aset dan Bantuan yang dihadiri oleh guru HEM. Taklimat pengenalan bajet disampaikan oleh KU Kewangan En. Zeno Magan. En. Omar Baki pula menghuraikan dengan terperinci tentang penyediaan bajet dan seterusnya memantau setiap aktiviti yang sedang disediakan oleh peserta bengkel.

Syabas kepada semua Pengetua, Guru Besar, Guru Pembangunan, Guru aset, guru HEM, KPT dan PT yang hadir kerana semua anda telah berusaha menyediakan bajet untuk sekolah masing-masing dengan penuh tanggungjawab. Insyaallah dengan kerjasama ini maka akan mudahlah pihak jabatan mengumpul data dan input untuk dibukukan untuk menjadi satu rekod bajet yang lengkap untuk dihantar ke Bahagian Kewangan, KPM.

Ribuan terima kasih kepada Pengetua, Guru PKI (Cg Jamatin), KPT, PT dan PAP yang turut membantu kami urus setia menyusun kerusi meja selain meminjamkan Dewan Semarak dengan ikhlas kepada jabatan bagi penyediaan bajet tahun 2012-2013.


No comments:

Post a Comment