Thursday, March 31, 2011

Lawatan 5S ke JUPEM W.P.Labuan - 31 Mac 2011


ruang bacaan


penyimpanan dokumen untuk menjimatkan ruang





rak fail dalam kabinet
di kaunter

fail2 rujukan

laci alat tulis

bilik riadah

lorong sebelah luar

lorong sebelah luar

lorong sebelah luar



rak borang di stor



Bilik Fail tanpa sampah

Taklimat ringkas oleh Pengarah JUPEM W.P.Labuan

Pengarah JUPEM Labuan

seronok mendengar sambil menonton video berkaitan 5S


Mutiara Kata: 'Menghairankan sekali, orang mencuci mukanya berkali-kali sehari NAMUN tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun'

ruang kerja

suiz2 lampu

Kabinet untuk penyimpan Harta Modal

Peralatan di Stor tersusun rapi dan di tag

Borang2 berkaitan Aset ALih di frame sebagai rujukan

di bilik Pengarah

di Bilik Mesyuarat JUPEM

ruang tamu

pintu utama


Petang tadi JP WPLabuan, diketuai oleh En. Arief Gunawan membuat lawatan penandaarasan 5S ke Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM). Pengarah JUPEM telah memberi taklimat ringkas dan menayangkan video bagaimana terlaksananya 5S di JUPEM W.P.Labuan dan telah mendapat persijilan daripada National Productivity Centre (NPC). Kekuatan 5S di JUPEM ini kerana penglibatan secara langsung dan berterusan oleh pihak pengurusan iaitu Pengarahnya sendiri dan sokongan kakitangan melaksanakan 5S di jabatan mereka. Pelaksanaan 5S di JUPEM Labuan ini mengambil masa lebih kurang 8 bulan untuk mendapat persijilan iaitu bermula bulan Mac 2007 dan persijilan pada bulan November 2007. Pelaksanaan 5S di jabatan ini mengikut pekeliling yang sedang berkuatkuasa dari masa ke semasa. Kunci pejabat JUPEM disimpan di Balai Polis setiap hari dengan membuat penggiliran kakitangan yang mengambil kunci pada waktu pagi dan seterusnya membuka pintu pejabat dan juga menutup pejabat selepas waktu pejabat dan menghantar kunci ke Balai Polis. Setiap hari lebih kurang 10 minit sebelum memulakan kerja2 rutin semua pegawai dan kakitangan akan memastikan ruang2 kerja masing2 atau zon2 yang diselia dibersihkan dari habuk2 dan tersusun rapi. Diwaktu petang pulak, 10 minit sebelum balik semua pegawai dan kakitangan akan memastikan ruang2 kerja mereka tersusun rapi dan menyimpan peralatan dan fail2 kerja di tempat2 yang telah disediakan dengan kemas dan teratur. Ruang riadah juga disediakan di pejabat ini bagi kakitangan untuk melepas tension dan menghilangkan mengantuk pada waktu kerja (take five dan bukan take fire). Dalam bilik riadah ini diletakkan mesin stress test dan tempat untuk bermain dart.

No comments:

Post a Comment