Hari ini Mesyuarat JPKA bersama sekolah dengan disertai oleh Pengetua dan Guru Besar. Atas permintaan Timbalan Pengarah Bhg Operasi iaitu En. Omar Baki Matusin agar Pengetua dan Guru Besar perlu dilibatkan dalam mesyuarat ini supaya pentadbir sekolah maklum prestasi perbelanjaan sekolah dan keperluan peruntukan tambahan. Oleh kerana mesyuarat ini diadakan setiap bulan bersama KPT dan PT Sekolah sahaja maka adalah lebih praktikal jika mesyuarat ini diadakan bersama Pengetua dan Guru Besar 4 kali setahun memandangkan kesibukan mereka dengan urusan rasmi di sekolah dan mesyuarat2 jabatan bersama Pengarah dan KS.
Mesyuarat sepatutnya dipengerusikan oleh KS SKPP En. Mohd Salekhan Othman (untuk terakhir kali mungkin) sebelum beliau bertukar ke INTAN kerana dinaikkan pangkat ke M48, tetapi oleh kerana keperluan yang lebih penting di tempat lain iaitu sebagai penemuduga untuk jawatan PPLD maka mesyuarat diteruskan oleh Ketua Unit Kewangan En. Zeno Magan yang tidak kurang hebatnya dalam mengendalikan mesyuarat seperti ini. Tahniah kepada En. Zeno kerana berjaya mempengerusikan mesyuarat ini dan dengan santai menjawab soalan2 power dari Pengetua dan Guru Besar. Inilah contoh terbaik seorang penjawat awam....cool and steady.....
Sedikit kesalahfahaman antara sekolah dengan pihak SPPK berkaitan pengagihan peruntukan Pakaian Seragam tanpa memaklumkan kepada sekolah. Kekeliruan ini dijelaskan oleh Pn. Rosmariati dari SPPK yang mengurus bantuan tersebut tetapi pihak sekolah masih tidak berpuashati. Suasana riuh rendah sekejap kerana tidak puas hati cara pengurusan bantuan Pakaian Seragam oleh Bhg Bantuan di SPPK. Pada pandangan peribadi saya, sama ada di pihak sekolah atau di pihak Bhg Bantuan SPPK masing2 ada kelemahan sendiri. Di Bhg Bantuan SPPK lewat menurunkan Cek Bantuan Pakaian Seragam tersebut iaitu pada hujung November 2010 di mana sekolah telah pun bercuti. Di pihak sekolah pulak tidak ada inisiatif untuk menguruskan peruntukan tersebut (iaitu menghantar data murid yg memerlukan bantuan pakaian seragam ke SPPK). Oleh kerana masing2 nak menang maka akhirnya En. Mohd Jamatin dari SMK Mutiara mencadangkan agar En. Zeno menghubungi Audit Sekolah sama ada peruntukan tahun 2010 boleh digunakan untuk tahun 2011 dan memaklumkan kepada sekolah kemudian. Mesyuarat berakhir jam 12.00 tengah hari.
No comments:
Post a Comment