Friday, June 24, 2011

KURSUS ABT DAN LBGE DI BEVERLY HOTEL KK - 22 HINGGA 25 JUN 2011

jam 2.30 ptg sudah sampai di airport KK untuk balik ke Labuan

sebelum ke airport singgah dulu beli brooch di lobi hotel......

kenangan dengan peserta dari IPG Tawau



Penceramah berwibawa Pn. Mahani dari Bhg Audit Dalam, Pn Siti Sapoor dari Bhg Kewangan dan Pn Sahidah dari Bahagian Akaun - KPM

'Mertua vs menantu'




Saya dan sharimah bertolak ke KK pada 22 Jun 2011 jam 12.05 tgh untuk menyertai kursus ABT dan LBGE anjuran Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jam 4.30 petang sesi pendaftaran dan minum petang. Jam 7.30 mlm kami turun untuk dinner. Kursus bermula jam 8.00 mlm. Kursus dimulakan dengan tajuk pengenalan Akaun Belum Terima oleh Pn. Shahidah Basri dari Bahagian Akaun, KPM. Pada 23 Jun kursus diteruskan lagi oleh Pn Shahidah dengan tajuk Akaun Belum Terima dan borang2 yang digunakan. Selepas rehat minum jam 10.30 pagi kursus diteruskan oleh Pn. Ngadimah Hilwah bt Sajudin dengan tajuk Pendahuluan Diri. Disebelah petang Pn. Mahani pula mengambil tempat dengan tajuk Kawalan Terimaan. Pada 24 Jun 2011 bermula jam 7.30 pagi Pn Siti Sapor memberi taklimat tentang Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun-Elaun. Jam 9.00 pagi sesi soal jawab oleh peserta kursus. Tepat jam 10.00 pagi majlis penutup dan bersurai.

No comments:

Post a Comment