Semasa saya bertugas di UKA, FM untuk tugas2 di UKA memang telah siap dan lengkap, tetapi mungkin hanya perlu sedikit pemurnian. Apabila saya dipindah ke UKP, saya kena buat semula FM yang baru berdasarkan senarai tugas saya di UKP. Tidak ada FM di UKP menyambut kehadiran saya di situ, jadinya terpaksa dengan rela saya mengatur semula FM mengikut senarai tugas yang diberikan kepada saya. Fahamlah saya betapa pentingnya FM itu diwujudkan seiring dengan jawatan yang wujud untuk memudahkan semua penjawat awam menjalankan tugas harian. Mungkin selepas ini JPWPL akan muncul sebagai salah satu organisasi yang mantap dan mematuhi pekeliling2 yang sedang berkuatkuasa.
Tahniah kepada Pengarah dan krew2nya yang sangat prihatin dan mempunyai sifat tanggungjawab yang sangat tinggi.
No comments:
Post a Comment