Tuesday, January 17, 2012

MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH BIL.1/2012 - 17 JANUARI 2012 MULAI JAM 8.00 PAGI.

KPP BTPN En Ag Martin

KS SPM EN. Samsudin Yalla Pegawai yang cool

First Time hadir Mesyuarat Pengurusan Sekolah sebagai KS SKPP Pn. Azniza Azmi
Pegawai berwibawa

KS SPA Pegawai Cemerlang

Terakhir sebagai Timbalan Pengarah Dasar/KS SPPK En. Ismail Abdullah untuk Mesyuarat Pengurusan Sekolah

Urus setia Mesyuarat Pengurusan Sekolah En. OBM Timbalan Pengarah Operasi/KS SPS


Maklumbalas minit mesyuarat yang tidak mendapat respons dari sekolah seolah-olah Pengetua atau GB tidak prihatin dengan mesyuarat Pengurusan Sekolah yang sebenarnya melalui mesyuarat ini mereka mendapat maklumat, menyalurkan isu dan masalah dan berkongsi pengalaman dan kemahiran dengan rakan2 seperjuangan yang lain.

Pembentangan atau perkongsian ilmu bukanlah sebagai mukadimah untuk menghentam pihak atasan yang kebetulan tidak berada di situ. Kalau tak silap perbuatan ini boleh juga dianggap sebagai mengumpat sebabnya individu tersebut tidak dapat membela dirinya.

Perkongsian ilmu dan maklumat yang cantik dan jujur yang disampaikan oleh Guru Cemerlang Bimbingan & Kaunseling sangat tidak membosankan. Inilah contoh yang baik dan ahli-ahli mesyuarat yang lain disamping mendapat ilmu juga terhibur.

Laporan dan makluman dari Sektor2 sangat menarik. Walaupun hanya mengambil masa 1 minggu KS SKPP yang baru berjaya mengikut dan menyesuaikan diri dengan ahli mesyuarat dan dapat pulak memberi penjelasan berdasarkan pengalaman di tempat kerja yang lama. Makluman ringkas tetapi padat telah dapat beliau sampaikan dengan jelas sehinggakan Pengetua dan GB tidak terfikir untuk mengemukakan soalan remeh temeh. Tahniah kepada Pn KS.

Q & E dari ahli mesyuarat mengambarkan ada Pengetua atau GB yang merasa tertekan kerana kekurangan AKS. Walaupun jawatan AKS itu wujud di sekolah mereka tetapi body tidak berada di sekolah mereka. Masalah AKS yang tidak hadir bertugas berbulan2 malah sudah melangkau tahun ini wajar diambil tindakan tatatertib kerana perilaku mereka menyusahkan sekolah dan jabatan.Timbul sedikit kekeliruan mengenai peruntukan Bantuan Perkapita bagi warga asing tetapi dapat diperjelaskan oleh KU kewangan yang berpengalaman.

Rumusan Pengarah tidak kurang menarik. Ringkas tetapi padat.

Mesyuarat berakhir lebih kurang jam 5 petang.

No comments:

Post a Comment