Thursday, February 18, 2010

Pertandingan Kibar Bendera Sempena Hari Wilayah - Tempat Pertama

Replika Cek bernilai RM3,000.00

Ruang legar pejabat dihias begitu cantikdan ceria sekali.
Berbaloilah kalau dapat tempat pertama. Tahniah kepada mereka2 yang telah bertungkus lumus menghias ruang legar dan ruang tamu pejabat.Apabila nampak ruang yang cantik begini kita2 ni pun ambillah kesempatan untuk bergambar kenang2an sebagai ingatan di masa akan datang.


(Mek2 dari unit Kewangan) Lina, Nisha,Nora, Midah, Sharimah dan Lyadia.



Wednesday, February 17, 2010

Kursus Asas Pengauditan Anjuran Jabatan Akauntan Negara Cawangan Labuan - 18-19 Feb 2010

Azlina, Lyadia, Afizah, Ashabul, Nisa, Nora, Sharimah, Hamidah n me

Hari ini semua staf Unit Kewangan mengikuti Kursus Asas Pengauditan anjuran Jabatan Akauntan Negara, Labuan, kecuali Pn. Marcella Ketua Unit kami cuti sakit.

Dua orang penceramah dari Jabatan Audit Negara KK. Kursus berfokus kepada cara-cara pengauditan dan bagaimana mencari penemuan dan kaitan2 dengan perundangan. Walaupun jawatan kita bukanlah sebagai juru audit tetapi dengan tidak secara langsung kita semua adalah juru audit (di pejabat ataupun di rumah). Apabila bercakap pasal wang dan perbelanjaan dan pertanyaan2 macamana wang itu dibelanjakan, maka itu sudah menjurus kepada kerja2 audit. Jadinya, jangan hairan kalau pra pesanan di hantar ke Unit Kewangan, setelah disemak kemungkinan ada juga yang kena kuiri. Itulah sebahagian kerja2 audit. Kalau dulu2 penjawat2 awam gentar bila sebut audit nak datang, sepatutnya tak perlu risau dan stress. kalau kerja2 kita up to date dan tidak ada unsur2 penyelewengan, maka sambut saja kedatangan audit dengan hati yang tenang dan ceria. Tapi yang sedihnya tu, kerja kita mungkin tip top dan bersih tetapi kaitan daripada kerja2 orang lain menyebabkan kita juga terlibat sama kerana tangungjawab kita di Unit Kewangan itu adalah mengurus pembayaran. Tapi tak apalah, asalkan kita buat kerja dengan ikhlas dan niat kita betul Isyaallah, Tuhan yang di atas akan sentiasa melindungi kita semua.

Tuesday, February 9, 2010

Kursus Asas Pengurusan Kewangan - 09/02/2010





Pada 09/02/2010 Unit Latihan Jabatan Pelajaran Labuan mengadakan kursus Pengurusan Asas Kewangan di Bilik Mesyuarat Pusat Ko Ganggarak. Penceramah kursus ialah Ketua Unit Kewangan & Akaun Pn. Marcella Malagkas. Kumpulan sasar ialah semua anggota sokongan meliputi staf lama dan baru. Bagi staf yang lama ianya sebagai 'refresh' dan bagi staf baru ianya sebagai ilmu baru yang patut mereka ketahui. Selain itu kursus ini juga bertujuan memenuhi syarat pekeliling wajib bagi semua AKS mendapat kursus sekurang2nya 7 hari setahun. Alternatif bagi yang tidak menyertai kursus ialah dengan membaca 7 buah buku berbentuk ilmiah dan ianya mestilah disahkan oleh KS dan KU Latihan. Selepas membaca buku2 yang berkaitan hendaklah ia membentangkan hasil kupasan daripada cerita2 tersebut.

Saturday, February 6, 2010

Gotong Royong Mengemas Stor - 06/02/2010

selepas - dah kemas

finishing

sebelum

Nampaknya kerja gotong royong masih lagi diteruskan. Semakin banyak pula fail-fail dan dokumen-dokumen kewangan yang perlu dihantar ke stor pusat di bukit Kalam. Bilik rekod yang ada di Unit Kewangan tidak dapat lagi menampung jumlah dokumen bagi tahun2 sebelumnya. Kalau tak silap dalam memo yang diedarkan jumlah staf yang dijemput hadir lebih kurang 40 orang tapi macam tak sampai 20 orang pun yang datang. Dalam memo tu kata wajib hadir......tapi....tak apalah kut2 masing2 ada komitmen sendiri2. Di bahagian Unit Kewangan macam dah ok tapi tak taulah kalau2 ada lagi dokumen2 yang diangkat dari pejabat di UK.


Thursday, February 4, 2010

Mesyuarat SKPP Bil 2/2010


04/02/2010

Mesyuarat dipengerusikan oleh KS SKPP En. Mohd Salekhan Bin Othman. Agenda mesyuarat lebih kepada pengurusan fail, perakam waktu, stor, BRP, pelupusan kerusi meja sekolah yang telah usang, laporan penyelenggaraan sekolah, pra audit perakaunan sekolah, latihan AKS dan pelbagai isu-isu berkaitan perkhidmatan, kewangan, pembangunan, pengurusan aset dan stor, khidmat pengurusan dan latihan.

Di kesempatan ini juga SKPP mengambil peluang untuk meraikan KPT En Rosli B Mohd Sani dari Unit Latihan yang bertukar ke SK Pekan I mulai 01/02/2010.


Wednesday, February 3, 2010

Mesyuarat JPKA Bil 1/2010




03/02/2010

Mesyuarat JPKA Bil 1/2010 dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran En. Mohammad Zaki Bin Mohd Yusof. Perutusan pengerusi ialah berkaitan penerimaan waran peruntukan Tahun 2010, langkah-langkah penjimatan, pemantauan ke sekolah-sekolah, pekeliling-pekeliling perkhidmatan yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan lain-lain isu-isu kewangan semasa.


Tuesday, February 2, 2010

Mesyuarat Prestasi Perbelanjaan Januari 2010 Bersama Sekolah.




02/02/2010
Mesyuarat Prestasi Perbelanjaan Bersama Sekolah pada 02/02/2010 diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pelajaran W.P.Labuan. Turut terlibat secara langsung ialah KPT, PT yang menguruskan kewangan & akaun di sekolah dan semua staf di Unit Kewangan.
Dipengerusikan oleh KS SKPP En. Mohd Salekhan Bin Othman. Pencatat minit bulan ini ialah Cik Afizah. Perkara utama yang diutarakan ialah langkah-langkah penjimatan, melaksanakan perbelanjaan bagi peruntukan yang telah diturunkan, wajib hadir mesyuarat, hantar laporan perbelanjaan lebih awal ke Unit Kewangan & Akaun dan penjelasan2 berhemah tentang masalah-masalah yang dikemukakan oleh KPT dan PT yang hadir.