Wednesday, March 3, 2010

Mesyuarat Pelaporan Prestasi Perbelanjaan Bersama Sekolah - 03/03/2010



Hari ini mesyuarat bagi pelaporan prestasi perbelanjaan sehingga berakhir Februari 2010 di adakan di SK Pekan 2. Pencatat minit pada hari ini ialah Cik Ashabul Maimanah dan dipengerusikan oleh Pn Marcella Malagkas Ketua Unit Kewangan dan Akaun.

Friday, February 26, 2010

SALAM MAULIDURRASUL - 26/02/2010

Tahun ini Jabatan Pelajaran tak join perarakan Maulidurrasul. Tahun lalu saya dan si liau ikut serta. Anyway, Salam Maulidurrasul untuk semua kawan2 dan warga JPWPLabuan. Perbanyakkanlah selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan semoga mendapat syafaat.

Wednesday, February 24, 2010

Penutupan Bengkel Pra Audit (PATSKOM) - 25 Februari 2010


Hari ini selesailah bengkel Pra Audit PATSKOM. Beberapa sekolah telah berhasil menyiapkan penyata akaun sekolah (Akaun Kerajaan dan Akaun SUWA) Tahun 2009. Ada juga sekolah yang masih sangkut dan belum dapat menyiapkan penyata akaun masing2. Walau macamanapun penyata akaun tersebut mesti atau wajib disiapkan dan dihantar ke Bhg Audit, Beaufort selewat2nya pertengahan bulan Mac 2010. Setakat ini sekolah-sekolah yang sudah menghantar kepada Urus Setia:
1) SK Pekan 2 - Hjh Mariah Hj Md Khatim
2) SMK Pantai - Azahari Abdul Rahman
3) SM St Anne - Mariati Ag. Damit
4) SMK Taman Perumahan Bedaun - Angeline Jacob
5) SK Bukit Kalam - Kamariah Suip
6) SK Bebuloh - Mariam Manap
7) SK Pantai - Kasmah Abdul Malek

Oleh kerana Pengarah dan semua pegawai terlibat dengan majlis pengumuman keputusan STPM di SMK Labuan, maka bengkel pra audit akaun sekolah di tutup secara ringkas oleh Pn. Marcella Malagkas, Ketua Unit Kewangan & Akaun, Jabatan Pelajaran Labuan. Semoga pengurusan kewangan sekolah bertambah baik dan kekal sifar berteguran sampai bila2. Syabas dan tahniah kepada semua Pengetua, Guru Besar, Guru-Guru Kanan, KPT dan PT yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kewangan sekolah masing2.

Tuesday, February 23, 2010

Bengkel Pra Audit Penutupan Akaun Sekolah Tahun 2009 - 23 Hingga 25 Februari 2010





Unit Kewangan, Jabatan Pelajaran Labuan mengadakan Bengkel Pra Audit Penutupan Akaun Sekolah Bagi Tahun 2009 bermula hari ini 23 hingga 25 Februari 2010, bertempat di Bilik Komputer BTPN Labuan dari jam 8.30 pagi - 5.00 petang. Peserta bengkel ini terdiri dari KPT dan PT yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kewangan dan akaun bagi Akaun Kerajaan dan Akaun Suwa Sekolah. 90% peserta bengkel ini merupakan KPT dan PT yang memang sudah mahir dan cekap menggunakan perisian PATSKOM (Penyata Akaun Tahunan Sekolah Berkomputer). Tahun ini perisian PATSKOM merupakan versi baru iaitu versi 3.0. Tujuan bengkel ini diadakan ialah bagi mengelakkan sekolah mendapat Sijil Audit Berteguran. Penyata Akaun Tahun 2008 merupakan rekod pertama dalam sejarah sekolah2 di Labuan dimana kesemua sekolah mendapat Sijil Tanpa Teguran (4 Sekolah Menengah Sijil Tanpa Teguran BAIK dan 20 buah sekolah lagi mendapat Sijil Tanpa Teguran MEMUASKAN). Tercapailah hasrat Pengarah kita agar semua sekolah mendapat Sijil Tanpa Teguran. Pencapaian ini terlaksana ialah kerana:

1. Komitmen KPT dan PT meningkat.
2. Pengawasan berterusan dari pentadbir (Pengetua dan Guru Besar).
3. Bentuk atau cara pengauditan yang telah diubahsuai mengikut keadaan semasa.
4. Pemantauan dan kerjasama dari pihak Jabatan Pelajaran berterusan.
5. Mesyuarat prestasi perbelanjaan bersama sekolah setiap bulan berkesan.

Untuk itu pihak jabatan berharap pencapaian akan lebih baik lagi untuk Tahun 2009 iaitu semua Sekolah Menengah dan Rendah boleh mendapat Sijil Tanpa Teguran BAIK atau TERBAIK. Tahniah kepada semua KPT dan PT yang telah bertungkus lumus meningkatkan nama sekolah masing2 dan seterusnya mengharumkan nama Jabatan Pelajaran Labuan di mata KPM. Tak kiralah apa cara anda buat untuk mencapai kecemerlangan, janji semua yang dilakukan itu mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.

Ingatlah pesan Ketua Audit Negara - BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL. (maknanya, betulkan apa yang kita biasa buat (tetapi menyalahi peraturan) dan biasakanlah melakukan perkara yang betul dan tidak menyalahi peraturan).

Monday, February 22, 2010

'Exit Conference' Naziran JAN - 22/02/2010

Pasukan Naziran JAN - Izwan, Dgku Liha dan Ruben (Ketua)


Jabatan Akauntan Negara (JAN) cawangan Labuan telah membuat naziran ke Jabatan Pelajaran Labuan selama 3 hari iaitu pada 8, 9 dan 10 Februari 2010. 20% daripada dokumen2 kewangan yang tercabut untuk tujuan naziran. Di antaranya waran peruntukan, baucar jurnal, baucar bayaran untuk bekalan, kerja dan perkhidmatan, baucar bagi tuntutan perjalanan, elaun lebih masa, gaji dan pelbagai bayaran elaun, waran penerbangan udara, penyata pemungut, panjar wang runcit dan pelbagi rekod2 kewangan berkaitan.
Setelah naziran dijalankan selama 3 hari itu, pelbagai penemuan yang biasa telah dijumpai. Apa-apa pun kesilapan2 kecil tersebut akan diperbaiki dari masa ke semasa. Pada keseluruhannya naziran ke atas dokumen kewangan JPNLabuan didapati baik dan boleh dibanggakan. Syabas! dan tahnniah kepada semua staf Unit Kewangan & Akaun.

Thursday, February 18, 2010

Pertandingan Kibar Bendera Sempena Hari Wilayah - Tempat Pertama

Replika Cek bernilai RM3,000.00

Ruang legar pejabat dihias begitu cantikdan ceria sekali.
Berbaloilah kalau dapat tempat pertama. Tahniah kepada mereka2 yang telah bertungkus lumus menghias ruang legar dan ruang tamu pejabat.Apabila nampak ruang yang cantik begini kita2 ni pun ambillah kesempatan untuk bergambar kenang2an sebagai ingatan di masa akan datang.


(Mek2 dari unit Kewangan) Lina, Nisha,Nora, Midah, Sharimah dan Lyadia.



Wednesday, February 17, 2010

Kursus Asas Pengauditan Anjuran Jabatan Akauntan Negara Cawangan Labuan - 18-19 Feb 2010

Azlina, Lyadia, Afizah, Ashabul, Nisa, Nora, Sharimah, Hamidah n me

Hari ini semua staf Unit Kewangan mengikuti Kursus Asas Pengauditan anjuran Jabatan Akauntan Negara, Labuan, kecuali Pn. Marcella Ketua Unit kami cuti sakit.

Dua orang penceramah dari Jabatan Audit Negara KK. Kursus berfokus kepada cara-cara pengauditan dan bagaimana mencari penemuan dan kaitan2 dengan perundangan. Walaupun jawatan kita bukanlah sebagai juru audit tetapi dengan tidak secara langsung kita semua adalah juru audit (di pejabat ataupun di rumah). Apabila bercakap pasal wang dan perbelanjaan dan pertanyaan2 macamana wang itu dibelanjakan, maka itu sudah menjurus kepada kerja2 audit. Jadinya, jangan hairan kalau pra pesanan di hantar ke Unit Kewangan, setelah disemak kemungkinan ada juga yang kena kuiri. Itulah sebahagian kerja2 audit. Kalau dulu2 penjawat2 awam gentar bila sebut audit nak datang, sepatutnya tak perlu risau dan stress. kalau kerja2 kita up to date dan tidak ada unsur2 penyelewengan, maka sambut saja kedatangan audit dengan hati yang tenang dan ceria. Tapi yang sedihnya tu, kerja kita mungkin tip top dan bersih tetapi kaitan daripada kerja2 orang lain menyebabkan kita juga terlibat sama kerana tangungjawab kita di Unit Kewangan itu adalah mengurus pembayaran. Tapi tak apalah, asalkan kita buat kerja dengan ikhlas dan niat kita betul Isyaallah, Tuhan yang di atas akan sentiasa melindungi kita semua.