Wednesday, April 14, 2010

PERIKSA JENIS DARAH UNTUK KEPERLUAN HRMIS - 13 APRIL 2010



Setelah diperiksa jenis darah aku ialah A Positif


Selepas Perhimpunan Bulanan semua staf diarah untuk membuat pemeriksaan jenis darah di bilik mesyuarat SPA. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk melengkapkan butiran dalam HRMIS (Human Resource Management Information System) khas untuk penjawat awam.

Monday, April 12, 2010

PERHIMPUNAN BULANAN - 12 APRIL 2010

staf of the month Januari - Mac 2010

Hari ini JPWPLabuan mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan untuk bulan April 2010. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa, pembacaan ikrar penjawat awam, ucapan alu-aluan Tuan Pengarah, penyampaian surat kenaikan pangkat kepada guru2, penyampaian sijil untuk 'Staf Of The Month' dan penyampaian kad Hari Lahir warga jabatan. Staf of the month adalah untuk bulan Januari, Februari dan Mac 2010. Cik Sharimah Mohd Kamari salah seorang staf dari Unit Kewangan telah mendapat anugerah Staf of the month. Tahniah cik....semoga akan sentiasa cemerlang dalam kerjaya anda. Seorang lagi staf di Unit Kewangan Nora Abdullah menyambut hari lahir pada 08/04/2010. Nora bertanggungjawab menyemak dan menyediakan TNT dan OT untuk staf jabatan dan sekolah2 di WPLabuan. Happy Birthday Nora....many happy returns.


Friday, April 9, 2010

Perbincangan Pemantauan Pengurusan Akaun Sekolah - 09 April 2010

Pn. Marcella, kak ti, Pn.Pn. Maimunah dan Hjh Mariah.

En. Rosli, Cik Sharimah dan Pn. Marcella

dr kiri: Cik Kamariah, Pn. Romeidah, Pn. Mariati, Pn. Kasuma,
Pn. Norkasmah, Pn. Angeline dan Cik Nurullizah.

dr kiri: Pn. Maimunah, Hjh Mariah, Pn. Dayang, Cik Ruziah,
Pn.baby Hanita, Cik Kamariah dan Pn. Romeidah

Hari ini jam 2.30 petang Unit Kewangan telah mengadakan majlis perbincangan bersama pasukan pemantau Pengurusan Akaun Sekolah. Majlis perbincangan dipengerusikan oleh Pn Marcella Malagkas. Perbincangan ini bertujuan bagi memaklumkan kepada semua ahli pemantau mengenai instrumen pemantauan dan penjelasan bagi pelaporan selepas pemantauan dibuat. Proses pemantauan ini adalah mengikut proses yang dikehendaki oleh Audit MS ISO agar ianya selaras dengan Jabatan Pelajaran di negeri-negeri lain.Pemantauan akan bermula pada 13 April 2010.

Pasukan 1;
Pn. Marcella Malagkas - Ketua
Pn. Norkasmah Abdul Malek
Pn. Kasuma Sapar
Pn. Romeidah Ibrahim

Pasukan 2;
Cik Sharimah Ibrahim - Ketua
Pn. Dayang Mohamad
Cik Kamariah Suip
Pn. Mariati Ag. Damit

Pasukan 3;
Hjh Maziati Abdullah - Ketua
Hjh Mariah Hj Md Khatim
Pn. Maimunah Hj Ag Kanak
Cik Angeline Jacob

Pasukan 4;
En. Rosli Mohd Sani
Pn. Baby Hanita Hj Kuandik
Cik Ruziah Abit
Cik Nurrulizah Tinggal

Pemantauan akan berakhir pada bulan September 2010.


Thursday, April 8, 2010

Majlis Perpisahan Cikgu Jumat Hj Latip - 08 April 2010



Kenangan bersma cikgu Jumat dan Pengarah

sempat ambil gambar bersama cikgu Jumat

Pagi tadi bermula jam 9.30 pagi, JPWPLabuan telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk Cikgu Jumat Hj Latip Penyelia Unit Beruniform JPWPLabuan dengan dihadiri oleh semua KS, KU, Penyeliadan staf sokongan JPWPLabuan. Cikgu Jumat telah dinaikkan pangkat ke DGA34 sebagai Guru Besar di SK Pantai yang menggantikan Cikgu Ludin Ramli yang akan bersara pada 10 April 2010 dan akan mengakhiri tugas beliau pada 9 April 2010 iaitu esok. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mat Hanipah. Tuan Pengarah En. Mohd Zaki menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada cikgu Jumat atas jasa2 beliau kepada JPWPLabuan sejak Oktober 2001 hinggalah sekarang. Aktiviti yang ketara kita lihat yang dilakukan oleh cikgu Jumat ialah beliau sangat mengambil gambar di setiap aktiviti jabatan. Dimana ada majlis kecil atau besar cikgu Jumat akan sentiasa dilihat bersama kamera jabatan dan akan merakamkan setiap aktiviti yang sedang berjalan walaupun ketika Hari Jumaat di mana semua staf sibuk membaca Yaasin, beliau akan meluangkan masa untuk merakamkan gambar2 mereka.

Tuesday, April 6, 2010

Pemantauan Pengurusan Kewangan Ke SK Pantai - 06 April 2010

In the middle of difficulty lies opportunity

Pn. Alimah (CC), me, Pn. Marcella, Cik Sharimah n Pn. Kasmah

Petang tadi jam 2.30 pm Pn. Marcella, Cik Sharimah dan saya sendiri ke SK Pantai membuat pemantauan ke atas pengurusan Kewangan Sekolah. Oleh kerana Guru Besar En. Ludin Ramli akan bersara pada 09 April 2010 dan Guru Besar baru En. Jumat Hj Latip akan mengambil tempat pada 10 April 2010 maka KS SKPP mensarankan Unit Kewangan turun untuk membuat pemantauan berkaitan pengurusan kewangan di sekolah itu. Pemantauan berjalan dengan baik dan Ketua Unit akan melaporkan hasil pemantauan tersebut kepada KS.

Saturday, April 3, 2010

Mesyuarat SKPP Bil 3/21010 - 02 April 2010


Staf Unit Kewangan (Ketua Unit not in picture)

Mesyuarat SKPP Bil 3/2010 telah diadakan di BilikMesyuarat JPWPLabuan pada 02 April 2010 dengan ahli mesyuarat terdiri dari semua staf dari Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan.Mesyuarat dipengerusikan oleh KS SKPP Mohd Salekhan Bin Othman. Oleh kerana terdapat beberapa aduan berkaitan isu2 kewangan maka Tuan Pengarah En. Mohd Zaki mengambil peluang untuk berjumpa dan menyampaikan kata2 nasihat dan motivasi kepada ahli mesyuarat amnya dan khususnya untuk staf di Unit Kewangan. Sebagai penjawat awam yang dedikasi, anggaplah aduan atau kritikan yang diajukan khas untuk Unit Kewangan itu sebagai tindakan keprihatinan mereka dan secara positif kita dengan rendah hati menerima teguran itu sebagai teguran membina dan Insyaallah kami di Unit Kewangan akan mengambil sepenuh perhatian dan membaiki kelemahan yang ada. KPI Unit Kewangan selepas ini ialah 'TIDAK AKAN MEMBERI RUANG DAN PELUANG ORANG LUAR MENCARI KELEMAHAN ATAU KESILAPAN, SEBALIKNYA MEMBERI RUANG KEPADA MEREKA UNTUK MEMBERI PENGHARGAAN WALAUPUN HANYA DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH'.

Adalah tidak adil jika kami staf di Unit Kewangan hanya mendengar dan menerima bulat2 kritikan atau aduan, apatah lagi ia hanya berupa SMS sahaja. Kami di Unit Kewangan juga menghadapi beberapa kekangan yang tidak boleh kami elakkan. 90% urusan di Unit Kewangan ialah menggunakan sistem 'on line' seperti:

1. Penyediaan Pesanan Tempatan (LPO) ( sistem e perolehan).
2. Pembayaran (e SPKB)
3. Kutipan Wang (e Terimaan)
4. Permohonan tiket kapal terbang (e SPKB)
5. Pinjaman Komputer dan Kenderaan (e Pinjaman)
6. Lebihan Bayaran Gaji (e LBGE)
7. Laporan Prestasi Perbelanjaan (e bajet)
8. Permohonan PCG (e Bantuan)

Sedia faham, kalau menggunakan sistem 'on line' ini, bermakna kami bergantung sepenuhnya kepada 'line internet'. Oleh kerana pengguna internet terlalu ramai dimana meliputi semua jabatan kerajaan yang ada di Labuan, kadang2 kami juga mengalami gangguan 'line internet' yang tidak stabil dan ini memaksa kami berulang alik ke Jabatan Akauntan Negara Cawangan Labuan untuk 'menumpang' bilik Latihan komputer mereka jika tidak digunakan hanya kerana tanggungjawab kami untuk menyelesaikan kerja-kerja terutama sekali pengeluaran LPO, tiket dan urusan pembayaran. Tapi apa yang kami buat ini, tidak pula kami uar2kan. Apa yang penting bagi kami, ialah dapat menyelesaikan kerja2 kami dan seterus mengembirakan semua orang. Hanya kes2 terpencil, itu pun kelewatan mengeluarkan LPO hanya dalam tempoh 1 bulan sahaja. Ini berlaku kerana pembekal tidak peka dengan penggunaan e perolehan secara 'on line'.

Anyway, terima kasih kepada Tuan Pengarah atas nasihat yang berupa motivasi kepada kami dan Insyaallah kata2 Tuan Pengarah seperti 'terimalah kritikan dengan rendah hati' dan 'tiada hari esok untuk hari ini' akan kami ingat sampai bila2 selagi hayat dikandung badan.

Thursday, April 1, 2010

Mesyuarat Prestasi Perbelanjaan Bersama Sekolah 3/2010 - 01/04/2010 Bilik Mesyuarat JPWPLabuan.

'Tiada Hari Esok Untuk Hari Ini'

KS SKPP mengemukakan soalan terhadap isu2 kewangan yang timbul kepada semua ahli mesyuarat dan mengharapkan jawapan yang jujur agar tidak ada lagi rungutan dan 'complain' di belakang atau rasa tidak puas hati dikalangan KPT atau PT terhadap Unit Kewangan khususnya dan JPWPLabuan amnya.

kelihatan ahli mesyuarat memberi respons kepada isu2 yang ditimbulkan.

Tuan Pengarah menyampaikan amanat kepada semua ahli mesyuarat.

Hari ini mesyuarat prestasi perbelanjaan bersama sekolah bil 3/2010 di bilik mesyuarat JPWPLabuan. Agenda seperti biasa membincangkan perkara2 berbangkit dan pembentangan prestasi perbelanjaan sekolah sehingga 31 Mac 2010. Peratus perbelanjaan di antara 15 hingga 24%. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Unit Kewangan & Akaun Pn. Marcella Malagkas. Penulis minit ialah Cik Azlina Abd Aziz.

Oleh kerana ada beberapa isu kewanganyang timbul maka Tuan Pengarah En. Mohd Zaki telah meluangkan masa menyampaikan amanat yang bernas kepada semua ahli mesyuarat.

Lapan Tonggak Perdana:
4 tiang kepimpinan negara;
- 1 Malaysia
- Transformasi Kerajaan
- Modul Ekonomi Bank
- Rancangan Malaysia ke 10
4 Nilai:
- Kreativiti dan inovasi
- Kerja Jangan Bertangguh
- Value for money (berbaloi2)
- Intergriti

Sebagai penjawat awam perlu ada;
- Kesihatan Mental (rajin, tekun, bertanggungjawab)
- Kesihatan hati (Amanah dan jujur)

Saya rasa tak payahlah saya menghuraikan lagi makna tonggak perdana yang dikatakan oleh Tuan Pengarah, memadai saya mencatat isi2 penting untuk sama2 kita hayati atau ayat lebih mudah LU FIKIRLAH SENDIRI (pinjam expression Nabil).

KS SKPP En Mohd Salekhan juga mengambil peluang mengemukakan beberapa soalan2 terhadap isu2 kewangan terutama sekali berkaitan pelaporan prestasi perbelanjaan.