Monday, April 19, 2010

TAKLIMAT PERSEDIAAN AUDIT SEKOLAH - 19 APRIL 2010 di Bilik Mesyuarat Pusat Ko Ganggarak.

KPT dan PT akur dengan teguran audit terhadap sekolah masing2 dan mereka semua mengatakan bahawa semua teguran telah diperbetulkan.

Kelihatan KPT dan PT berbincang sesama sendiri - mungkin strategi mereka kali ini ialah untuk mendapat Sijil Tanpa Teguran Sangat Baik. Syabas!!!!teruskan usaha anda. Tanpa anda semua....percayalah....pengurusan kewangan dan akaun sekolah pasti tunggang langgang.

KS sedang khusyuk mendengar penjelasan dari seorang PT yang tidak berpuas hati dengan teguran audit sekolah terhadap akaun sekolahnya.

Hari ini taklimat bagi persediaan pengauditan akaun sekolah oleh wakil audit sekolah KPM daripada Beaufort, Sabah yang akan bermula pada 03 Mei 2010. Ketua Sektor SKPP En. Mohd Salekhan Othman menyampaikan taklimat kepada Pengetua, Guru Besar, KPT dan PT yang terlibat secara langsung dengan pengurusan kewangan dan akaun sekolah masing2. KS menyampaikan hasrat hati Tuan Pengarah agar pengurusan akaun sekolah akan bertambah baik dari sebelumnya dengan meletakkan KPI iaitu sekolah2 yang telah mendapat sijil tanpa teguran baik kepada sangat baik dan sijil tanpa teguran memuaskan kepada baik dan sangat baik. Apabila ditinjau balik dapatan2 yang ditemui oleh para juru audit terhadap akaun sekolah di Labuan ini, sepatutnya lebih banyak lagi sekolah yang layak mendapat sijil tanpa teguran baik. Mungkin sedikit kelalaian dan kurang membuat semakan terhadap akaun sekolah masing2 maka kesilapan yang sepatutnya boleh diperbetulkan terlepas pandang. Untuk itu strategi KS kali ini ialah mensyorkan pasukan pemantau yang sedia ada, turun membantu menyemak dokumen2 penting yang diperlukan dalam pengauditan tersebut agar semua sekolah2 bersiap sedia dan tidak terleka sehingga hari pengauditan nanti. Pemantauan secara 'drastic' bermula pada 21 April 2010 dengan agihan 5 buah sekolah bagi setiap kumpulan. Semoga hasrat Tuan Pengarah akan tercapai dan meningkatkan lagi kecemerlangan pengurusan kewangan dan akaun di sekolah2. Labuan boleh.......

Thursday, April 15, 2010

MESYUARAT JPKA BIL 2/2010 JPWPLABUAN - 16 APRIL 2010






Mesyuarat JPKA Bil. 2/2010 telah diadakan pada 16 April 2010 bermula jam 9.00 pagi di bilik Mesyuarat JP WPLabuan dengan dipengerusikan oleh Tuan pengarah, En. Mohd Zaki b. Mohd Yusof. Mesyuarat lebih membincangkan kepada isu2 semasa dan langkah2 penjimatan selaras dengan kekurangan peruntukan yang disalurkan oleh bahagian Kewangan, KPM. Setelah disemak waran peruntukan yang diturunkan atau diluluskan ke jabatan, ialah peruntukan untuk tambang percuma dimana jika peruntukan ini tidak disalurkan mungkin akan menjadi isu negara kerana surat pekeliling berkaitan hak penjawat awam untuk mendapat tambang percuma balik ke wilayah asal setiap tahun telah pun dikeluarkan. Tuan Pengarah meminta Unit Kewangan menyediakan satu rekod mengenal pasti guru-guru dan staf sokongan yang memohon tiket tambang percuma untuk mengetahui perbelanjaan sebenar diperlukan pada masa-masa akan datang.

Pemantauan Akaun Sekolah Tahun 2010 SMK Pantai - 15 APRIL 2010

Kami dijamu makan mee goreng dan teh panas, sambil ditemani
oleh Pn Habibah PT SMK Pantai.
Terima kasih kerana sudi menjamu kami.

Saya dah masak kacang bendi yang diberikan oleh cikgu Moh....fresh dan manis.....hmhmhm
Terima kasih cikgu Moh.

Pokok limau kesturi yang ditanam oleh Tuan Pengarah - dah berbuah

ayam ternakan sekolah...semakin membesar...ada dua buah reban semuanya

cili bulat dah mula kering untuk dijadikan benih.

Ada juga cili api berwarna purple....first time tengok.


kumpulan 3 sedang berbincang dan mengingatkan kembali pengalaman dan kemahiran masing2 dalam mengurus kewangan dan akaun di pejabat mau pun di sekolah.


Hari ini tibalah pulak giliran kumpulan 3 yang terdiri dari Pn.Maimunah, Hjh Mariah, Pn. Angelin dan saya sendiri menjalankan pemantauan ke sekolah. Sekolah pertama yang kami kena pantau ialah SMK Pantai. Seawal jam 8.10 pagi lagi kami sudah bertolak ke sekolah tersebut. Sampai kami di sekolah itu, KPT dan PT yang terlibat menguruskan kewangan dan akaun sekolah tersebut sudah bersedia menunggu kami. Mereka memberi kerjasama yang baik. Semua dokumen kecuali cek, slip bank, surat kuasa memungut wang kepada KPT dan PT tidak dapat ditunjukkan kerana berada dalam peti besi di bilik Pengetua. Pengetua pada masa itu sedang menghadiri mesyuarat di JPWPLabuan. Walau bagaimana pun kami meneruskan pemeriksaan ke atas semua dokumen dan sempat juga melawat stor di mana mereka menyimpan stok peralatan pejabat.Pada keseluruhannya, pengurusan kewangan dan akaun adalah teratur kecuali terdapat perbezaan amaun di antara buku tunai dan buku rekod akaun subsidiari untuk Akaun Kerajaan. Dapatan telah pun kami maklumkan kepada KPT dan kami mengharapkan mereka dapat menyemak semula akaun sekolah mereka seterusnya mengemaskini mana-mana akaun yang belum lengkap dan tidak seimbang. Laporan lengkap berkaitan pemantauan ini, saya selaku ketua kumpulan 3 akan berusaha menyiapkan secepat mungkin dan menyerahkannya kepada Ketua Unit kami. Alhamdulillah...selesai sudah pemantauan kami ke sekolah yang besar dan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pn. Maimunah, Hjh Mariah dan Pn. Angeline di atas kerjasama dan tanpa kalian tidak mungkin saya dapat melaksanakan tugas ini dengan selesa dan baik sekali. Terima kasih juga kepada KPT En Azahari, PT Pn Habibah, PT Pn Masni Badok dan PAP Pn Norhayati atas kerjasama yang ikhlas anda dan melicinkan urusan kerja2 pemeriksaan dokumen sekolah. Destinasi seterusnya iaitu bulan depan ialah di SM St Anne.

Selesai kerja2 rasmi kami mengambil peluang meninjau Bumi Hijau dan ternakan ayam SMK Pantai. Cikgu Moh sempat pula memetik kacang bendi untuk diberikan kepada kami. Sampai di rumah saya terus masak kacang bendi tersebut dan ternyata ianya sangat manis dan fresh. Terima kasih banyak2 cikgu Moh.....semoga cikgu bahagia atas kemurahan hati cikgu.

Wednesday, April 14, 2010

PERIKSA JENIS DARAH UNTUK KEPERLUAN HRMIS - 13 APRIL 2010



Setelah diperiksa jenis darah aku ialah A Positif


Selepas Perhimpunan Bulanan semua staf diarah untuk membuat pemeriksaan jenis darah di bilik mesyuarat SPA. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk melengkapkan butiran dalam HRMIS (Human Resource Management Information System) khas untuk penjawat awam.

Monday, April 12, 2010

PERHIMPUNAN BULANAN - 12 APRIL 2010

staf of the month Januari - Mac 2010

Hari ini JPWPLabuan mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan untuk bulan April 2010. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa, pembacaan ikrar penjawat awam, ucapan alu-aluan Tuan Pengarah, penyampaian surat kenaikan pangkat kepada guru2, penyampaian sijil untuk 'Staf Of The Month' dan penyampaian kad Hari Lahir warga jabatan. Staf of the month adalah untuk bulan Januari, Februari dan Mac 2010. Cik Sharimah Mohd Kamari salah seorang staf dari Unit Kewangan telah mendapat anugerah Staf of the month. Tahniah cik....semoga akan sentiasa cemerlang dalam kerjaya anda. Seorang lagi staf di Unit Kewangan Nora Abdullah menyambut hari lahir pada 08/04/2010. Nora bertanggungjawab menyemak dan menyediakan TNT dan OT untuk staf jabatan dan sekolah2 di WPLabuan. Happy Birthday Nora....many happy returns.


Friday, April 9, 2010

Perbincangan Pemantauan Pengurusan Akaun Sekolah - 09 April 2010

Pn. Marcella, kak ti, Pn.Pn. Maimunah dan Hjh Mariah.

En. Rosli, Cik Sharimah dan Pn. Marcella

dr kiri: Cik Kamariah, Pn. Romeidah, Pn. Mariati, Pn. Kasuma,
Pn. Norkasmah, Pn. Angeline dan Cik Nurullizah.

dr kiri: Pn. Maimunah, Hjh Mariah, Pn. Dayang, Cik Ruziah,
Pn.baby Hanita, Cik Kamariah dan Pn. Romeidah

Hari ini jam 2.30 petang Unit Kewangan telah mengadakan majlis perbincangan bersama pasukan pemantau Pengurusan Akaun Sekolah. Majlis perbincangan dipengerusikan oleh Pn Marcella Malagkas. Perbincangan ini bertujuan bagi memaklumkan kepada semua ahli pemantau mengenai instrumen pemantauan dan penjelasan bagi pelaporan selepas pemantauan dibuat. Proses pemantauan ini adalah mengikut proses yang dikehendaki oleh Audit MS ISO agar ianya selaras dengan Jabatan Pelajaran di negeri-negeri lain.Pemantauan akan bermula pada 13 April 2010.

Pasukan 1;
Pn. Marcella Malagkas - Ketua
Pn. Norkasmah Abdul Malek
Pn. Kasuma Sapar
Pn. Romeidah Ibrahim

Pasukan 2;
Cik Sharimah Ibrahim - Ketua
Pn. Dayang Mohamad
Cik Kamariah Suip
Pn. Mariati Ag. Damit

Pasukan 3;
Hjh Maziati Abdullah - Ketua
Hjh Mariah Hj Md Khatim
Pn. Maimunah Hj Ag Kanak
Cik Angeline Jacob

Pasukan 4;
En. Rosli Mohd Sani
Pn. Baby Hanita Hj Kuandik
Cik Ruziah Abit
Cik Nurrulizah Tinggal

Pemantauan akan berakhir pada bulan September 2010.


Thursday, April 8, 2010

Majlis Perpisahan Cikgu Jumat Hj Latip - 08 April 2010



Kenangan bersma cikgu Jumat dan Pengarah

sempat ambil gambar bersama cikgu Jumat

Pagi tadi bermula jam 9.30 pagi, JPWPLabuan telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk Cikgu Jumat Hj Latip Penyelia Unit Beruniform JPWPLabuan dengan dihadiri oleh semua KS, KU, Penyeliadan staf sokongan JPWPLabuan. Cikgu Jumat telah dinaikkan pangkat ke DGA34 sebagai Guru Besar di SK Pantai yang menggantikan Cikgu Ludin Ramli yang akan bersara pada 10 April 2010 dan akan mengakhiri tugas beliau pada 9 April 2010 iaitu esok. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mat Hanipah. Tuan Pengarah En. Mohd Zaki menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada cikgu Jumat atas jasa2 beliau kepada JPWPLabuan sejak Oktober 2001 hinggalah sekarang. Aktiviti yang ketara kita lihat yang dilakukan oleh cikgu Jumat ialah beliau sangat mengambil gambar di setiap aktiviti jabatan. Dimana ada majlis kecil atau besar cikgu Jumat akan sentiasa dilihat bersama kamera jabatan dan akan merakamkan setiap aktiviti yang sedang berjalan walaupun ketika Hari Jumaat di mana semua staf sibuk membaca Yaasin, beliau akan meluangkan masa untuk merakamkan gambar2 mereka.