Tuesday, February 15, 2011

PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA HARI WILAYAH 1.2.2011

lorong ke bilik Pengarah dan SKPP

pandangan dari sisi - SPA

lorong ke SPS

lorong ke SPPK


ruang legar







bilik SPM

Bilik Mesyuarat Utama JPWPL

Bilik SJK dan Ps&K


Seperti tahun2 sudah Jabatan Pelajaran W.P.Labuan tidak ketinggalan menyertai pertandingan Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Wilayah pada 1.2.2011 yang lalu. Urus setia kerja menghias dan memasang jalur gemilang ialah SKPP. Syabas! (macam boleh dapat JOHAN kategori Jabatan Kerajaan). Tungguuuu...26 Februari 2011 keputusannya......

AT LAST 5S DONE - 14.1.2011

di luar bilik Unit Kewangan & Akaun

pintu masuk bilik fail

pintu bilik fail dari sebelah dalam


bilik fail - peralatan kegunaan unit kewangan & akaun termasuk water dispenser

bilik fail (salinan baucar bayaran)

dalam bilik fail

pandangan dari sebelah dalam

pandangan dari dalam ruang kerja unit kewangan & akaun

workstation unit kewangan & akaun pandangan dari pintu masuk

workstation lyadia

workstation nisha

workstation midah

workstation ashabul

workstation ina

workstation fazilah

workstation kak ti

workstation sharimah

pandangan dari dalam kaunter unit kewangan & akaun

pandangan dari luar kaunter unit kewangan & akaun

14.1.2011 adalah tarikh bagi penghakiman program 5S di setiap zon bagi sektor SKPP. Semua unit telah bersedia dengan kreativiti masing2. Tunggu punya tunggu...sampailah ke petang tak ada pun penghakiman dijalankan dan makluman untuk menangguhkannya pun belum ada yang rasmi. Tapi apa2 pun at least setiap unit telah menunjukkan kesungguhan dalam merealisasikan program ini. Saya hanya sempat mengambil gambar di zon hijau sebabnya tak berani lagi nak ambil gambar zon lain. Tunggulah kalau sudah dibenarkan.

Sunday, February 13, 2011

MINGGU AKHIR BAGI PERSEDIAAN 5S

Sudut Kak Ti dah berubah wajah dan kelihatan keseragaman.

sudut sharimah - untuk melekat nota2 penting sebagai rujukan.

ruang kerja midah, ashabul dan nisha semakin kemas dan menari. Kelihatan nobjek seperti daun2 dan papan nota itu adalah untuk melekatkan nota2 yang penting sebagai rujukan Unit Kewangan. Bentuk seperti bunga2 itu adalah makluman kepada pelanggan sama ada staf itu 'Ada', 'cuti', 'mesyuarat/kursus' atau 'keluar' dan WP1 atau WP2 itu adalah menunjukkan staf itu masuk kerja mengikut waktu anjal masing2. Objek2 itu disediakan oleh midah, sharimah, kak Ti dan fazilah.

komputer untuk pengguna kiosk

makna 5S dalam BI dan BM disediakan oleh Sharimah

carta 5S untuk Zon Hijau disediakan oleh Sharimah


5S dalam BI disediakan oleh Lyadia


tingkap cermin yang dihias dengan bunga2 berwarna hijau. Dari ruang kerja staf Unit Kewangan boleh terus melihat ruang kerja KU Kewangan yang kemas.

kelihatan sharimah dan nisha melekatkan hiasan bunga hijau di tingkap cermin

nisha memasang sudut 'Birthday' yang telah disediakan oleh Lyadia

Minggu ini adalah minggu akhir bagi persiapan 5S di Unit Kewangan. Pada 14 Februari 2011 akan diadakan penghakiman ke setiap zon. Zon yang menepati kriteria 5S dan dapat memuaskan hati hakim maka zon itu akan berjaya menggondol Piala Pusingan KS SKPP disamping hadiah2 lain yang mungkin menarik. Bagi saya hadiah itu hanyalah satu pengiktirafan atau penghargaan tetapi yang paling utama ialah kesedaran dan mind set setiap staf di Unit itu akan kekemasan dan kebersihan yang patut diamalkan di ruang kerja masing2. 5S ini juga memberi pengertian lain iaitu kerjasama dan team work.



Sunday, February 6, 2011

'LABELLING ' ?













Untuk program 5S ini banyak benda perlu di 'label' bagi memudahkan kerja-kerja dan membantu semua staf di Unit untuk mencari barang-barang yang diperlukan. Oleh kerana saya tidak tergolong di kalangan orang2 yang 'creative' maka saya ambil bahagian yang lain iaitu membuat label atau tagging mana-mana yang patut. Saya ambil inisiatif menyusun fail-fail dan peralatan di dalam bilik fail agar bilik itu nampak lebih kemas dan indah di pandang mata. bermula dari 1 Feb hinggalah 5 Feb saya menghabiskan masa melabel dan menyusun mana2 yang perlu di bilik fail itu. Walaupun mungkin tidak seindah di mata orang lain tetapi bagi saya kekemasan di bilik fail ini sudah cukup menyenangkan hati saya. Saya juga berterima kasih kepada Ina, midah dan fazila yang turut membantu memindahkan kotak2 fail dari bilik fail ke bilik lain untuk dipindah ke stor. Seusai saya menyisih dokumen2 yang tidak diperlukan lagi midah dan fazilalah yang berulang alik membuangnya ke belakang. Syabas Unit Kewangan & Akaun! semoga kekemasan ini berterusan dan akan ada peningkatan dari masa ke semasa. Bukan kerana hadiah atau ganjaran yang dijanjikan tetapi disiplin diri yang lebih utama. Biasanya apa yang terpamer itu mengambarkan keperibadian kita...wallahualam....

Thursday, February 3, 2011

5S lagi.........

sudut Kak Ti yang sudah siap di 'tagging'

kata2 hikmah dan pokok oleh Nisha dan Lyadia

daun diilhamkan oleh midah, dipotong dan dicorakkan oleh en.zeno, di'glitter' oleh Lyadia

bukan senang nak lekat benda ni ooi.....

bila staf lelaki tak ada....

pegang elok2....aku tak cukup tinggi lah......


Proses merealisasikan 5S masih diteruskan. Walaupun En. Zeno dan Cik Sharimah bercuti tapi staf yang tinggal tetap meneruskan aktiviti mencantikkan ruang kerja di Unit Kewangan seperti kata2 hikmah yang sudah terpampang di dinding ' don't put off until tomorrow what we can do today'.

HAPPY CHINESE NEW YEAR - 2011


Wishing all my friends a very happy chinese new year 2011 and may the year of the "gold Rabbit' brings prosperous, peace and happiness through out the year. Anyway, anyhow chinese new year always remind me the sweetest times that I had spent together with my dearest mum, dad, brothers and sisters.

Tuesday, February 1, 2011

Aktiviti Menyisih, menyapu, menyusun dan menyeragamkan ruang kerja masih diteruskan

Bermula pada 22 Januari 2011 aktiviti menyisih, menyapu, menyusun dan menyeragamkan ruang kerja di Unit Kewangan & Akaun dilakukan.

Oleh kerana kemuncak penghakiman program 5S akan diadakan pada 14 Februari 2011 (sempena Velantine's day) maka semua unit di SKPP masing2 sibuk menyisih, menyapu, menyusun dan menyeragamkan (dokumen dan ruang kerja) agar memenuhi kriteria 5S seperti yang dikehendaki oleh KS SKPP. Staf di Unit Kewangan & Akaun yang diketuai oleh En. Zeno juga sibuk merancang untuk merealisasikan program 5S dipraktik di Unit Kewangan & Akaun. Sehingga hari ini (1 Februari 2011) lebih kurang 60% kerja2 menyisih dan menyusun telah dilakukan. Tinggal nak menghias dinding2 dengan carta staf, sudut nota, kata2 hikmah, menghias dinding cermin dan yang utama iaitu menggantung sehelai daun berwarna hijau keemasan untuk mercu tanda 'ZON HIJAU'. Kerja2 untuk tagging di semua ruang kerja termasuk bilik dokumentasi hampir selesai 90%. Kalau dihitung dokumen yang telah disisih bermula dari 22 Januari yang lalu, lebih kurang muatan untuk 1 lori kecil. Betapa selama ini kita telah menyimpan dokumen2 yang tidak lagi diperlukan menyebabkan ruang kerja menjadi sempit. Setelah semua ruang disisih dan disusun rapi maka beberapa stapler, gunting, punch, clip, staples telah dijumpai yang mana kita ingat benda2 ini telah hilang. At the end of the day, hati kita rasa lapang, peralatan kerja mudah dicari, meja sentiasa kemas dan rapi (sebab telah di'tagging' atau dikurung) jadinya mood kerja pun sentiasa segar. Apabila 5S ini dilaksanakan barulah kita nampak kebaikan dan keindahan 5S itu sebenarnya. Kalau dulu pernah juga kita tanya program 5S ini, tetapi jawapan yang kita terima ialah SUSAH dan kita tak akan MAMPU buat. Tapi bila 5S sudah dilaksanakan, saya tak nampak pun ianya susah atau tak mampu buat, malah saya rasa seronok melaksanakan program ini. Mungkin lebih sesuai kalau kita tambah lagi 1S iaitu 6S - Sisih, Sapu, Susun, Seragam, Sentiasa amal dan Senyum. (sebabnya apabila 5S telah kita laksanakan maka hati kita senang, tiada STRESS dan bibir kita akan sentiasa dihiasi dengan SENYUMAN). Itulah kebaikan program 5S ini. Terima kasih dan tahniah untuk KS SKPP yang telah mensarankan program ini dilaksanakan di SKPP. Semoga program yang baik ini akan menjadi ikutan oleh sektor2 yang lain dan seterusnya menjadikan JPWPLabuan di antara jabatan yang tercantik di Labuan. Jabatan Pelajaran Labuan...boleh!

Pelaksanaan 5S:

22 Januari 2011 - aktiviti bermula (menyisih dokumen sendiri)
23 Januari 2011 - menyisih, membersih dan menyusun rapi (dokumen & ruang kerja)
24 - 28 Januari 2011 - tagging dan membuat hiasan
29 Januari 2011 - tagging dan membuat hiasan
30 Januari 2011 -menyisih dokumen di bilik dokumentasi, tagging di ruang kerja
01 Februari 2011 - menyisih, menyapu dan menyusun di bilik dokumentasi, tagging