Tuesday, July 12, 2011

TAKLIMAT e BANTUAN DI BHG KEWANGAN KPM - 4 JULAI 2011

Pada 4 Julai 2011 saya bersama Cik Sharimah menghadiri taklimat e Bantuan di Bhg Kewangan KPM. Taklimat tentang pelarasan PCG sehingga 1 Julai 2011. Permohonan bagi tambahan peruntukan sehingga 15 Julai 2011 manakala jika terdapat lebihan peruntukan hendaklah dikembalikan kepada KPM sehingga 31 Julai 2011.

Pada 11 Julai 2011 semua KPT/PT diberi taklimat tentang pelarasan ini. Selain diberi taklimat kami juga menunjuk ajar pengiraan pelarasan yang betul. Kami harap dengan maklumat yang telah diberikan sekolah2 bertindak cepat agar peruntukan tidak terlebih belanja dan kekurangan dapat dipohon segera demi kepentingan murid2 di sekolah.

Thursday, June 30, 2011

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2010

AJK APC 2010

Penerima APC Tahun 2010 - Tahniah Semua.......

Timbalan Operasi dan Timbalan Dasar

sebahagian jemputan yang hadir

Ucapan Penghargaan Pengarah

Ucapan dari KS SKPP merangkap Pengelola Majlis APC

Doa sebelum Majlis bermula oleh Ustaz Mohd Farihi

Wednesday, June 29, 2011

AJK Jamuan Majlis APC Jabatan

suasana sebelum Majlis APC

termenung sendirian......sabar....akan tiba juga masanya...........

VVIP?

teringin nak pakai gaun pengantin ke?

Masyaallah....panjangnya skirting nih......

inilah sebahagian tugas AJK Jamuan


Tahun ini Unit Kewangan masih lagi diberi kepercayaan mengurus jamuan makan untuk Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) jabatan.

Tahniahlah kepada siapa2 yang terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk tahun 2010. Bila melihat senarai staf yang mendapat APC Tahun 2010 ini ramai orang2 baru. Tapi sedikit terkilan sebabnya ada lagi staf yang dah lama bertugas di SKPP dan individu yang tidak kurang penting juga sekitar Tahun 2005-2010 membantu jabatan dalam urusan2 yang penting juga tapi belum lagi tersenarai menerima APC ini. Inilah yang dinamakan rezeki.....mungkin Allah belum lagi mengerakkan hati bos2 atas untuk menganugerahkan insan2 yang telah banyak berjasa kepada jabatan. Mungkin juga anugerah yang beliau dapat dalam bentuk lain iaitu pahala kesabaran dan kepasrahan kepada Allah.

Saya pun merasa juga diberi APC ini oleh KS en. Jakaria Kechok. Beliau menghargai kerja2 saya dalam menyediakan bajet jabatan dan mengurus pembayaran di Unit Kewangan yang mana pada masa itu tak wujud pun orang2 W nih. Tapi saya sangat berpuas hati sebab pada Tahun 2004 itu saya berseorangan menyediakan bajet untuk Pentadbiran Negeri & Pusat Ko. Saya juga bertanggungjawab mengurus pembayaran TNT, OT, LPO dan macam2 bayaran lagi sebelum di hantar kepada bos. Pada masa itu memang staf di Unit Kewangan membuat kerja 6 dalam 1. Maksudnya 1 orang akan memegang sehingga 6 tugas utama yang sepatutnya dibuat oleh 6 orang. Tapi itu cerita2 dulu....kalau dapat APC pun orang tidak akan pertikai....

Apa2 pun itulah APC untuk kakitangan kerajaan.


Monday, June 27, 2011

MORNING PRAYER......(DOA PAGI?)........

Perjumpaan pertama dengan En. Sahbudin yang menjalankan tugas KS SKPP. Antara lain yang nak diperkenalkan oleh beliau ialah bercakap dalam BI setiap hari Rabu. En. Shahrizan pulak memaklumkan kepada semua staf SKPP kalau nak jumpa dia pada hari Rabu mesti guna BI, kalau cakap malay.....sorry tak layan....katanya.

Well....en. Shah....we will try our best to communicate in BI every wednesday, who knows....next year or 2 to 3 years to come....we manage to speak english even better. I would like to write english in my blog too....english on my own way.......as long as I understand to what I wrote. Actually I went to English Medium and completed my Malaysian Cert. (formerly known as MCE)....but as time goes by and BI is not my mother's tounge either....friends and sorroundings...mostly speak berunai, malay, kadazan....and as a sabahan I like using sabahan language...such as ok bah...yalah bah.....saya inda tau bah.....suka2 saja bah.....mo abis sudah nih.....jumpa lagi kita.......

Pantau lagi......

Hari ini 27 Jun 2011 kumpulan kami memantau pula ke SK Bukit Kalam. Ingatkan oklah sekolah ni, sebab bila tengok KPT dan PT yang menguruskan kewangan bolehlah tahan, tapi terkeluar juga leteren kami sebab Akaun 2010 masih tak lengkap dan kemaskini.....hai macam tak risau mereka2 ni....Audit dah nak datang pada 4 Julai 2011.....heran2.....kalau kurang2 orang boleh stress kronik dibuatnya.

28 Julai 2011 nak pi mantau SK Bebuloh dan pemantauan susulan ke SK Kerupang. Lepas tu nak relax sekejap dan buat laporan pulak. Apa nak buatlah kita nak bantu mereka2....kita nak kejutkan mereka agar tidak terlena....tapi macam tak sedar2 juga.....peliklah jumpa orang2 macam nih.....

MALAS TAH KU INGAU...........

Friday, June 24, 2011

KURSUS ABT DAN LBGE DI BEVERLY HOTEL KK - 22 HINGGA 25 JUN 2011

jam 2.30 ptg sudah sampai di airport KK untuk balik ke Labuan

sebelum ke airport singgah dulu beli brooch di lobi hotel......

kenangan dengan peserta dari IPG Tawau



Penceramah berwibawa Pn. Mahani dari Bhg Audit Dalam, Pn Siti Sapoor dari Bhg Kewangan dan Pn Sahidah dari Bahagian Akaun - KPM

'Mertua vs menantu'




Saya dan sharimah bertolak ke KK pada 22 Jun 2011 jam 12.05 tgh untuk menyertai kursus ABT dan LBGE anjuran Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jam 4.30 petang sesi pendaftaran dan minum petang. Jam 7.30 mlm kami turun untuk dinner. Kursus bermula jam 8.00 mlm. Kursus dimulakan dengan tajuk pengenalan Akaun Belum Terima oleh Pn. Shahidah Basri dari Bahagian Akaun, KPM. Pada 23 Jun kursus diteruskan lagi oleh Pn Shahidah dengan tajuk Akaun Belum Terima dan borang2 yang digunakan. Selepas rehat minum jam 10.30 pagi kursus diteruskan oleh Pn. Ngadimah Hilwah bt Sajudin dengan tajuk Pendahuluan Diri. Disebelah petang Pn. Mahani pula mengambil tempat dengan tajuk Kawalan Terimaan. Pada 24 Jun 2011 bermula jam 7.30 pagi Pn Siti Sapor memberi taklimat tentang Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun-Elaun. Jam 9.00 pagi sesi soal jawab oleh peserta kursus. Tepat jam 10.00 pagi majlis penutup dan bersurai.

Tuesday, June 21, 2011

Kursus Excell anjuran SPM di BTPN pada 21 Jun 2011.

Ucapan penghargaan kepada Penceramah dan peserta yang hadir oleh En. Faizal Karim PPT Unit Latihan dan Kompetensi JPWPLabuan.


Penceramah Kursus En. Alex sedia berkongsi ilmu dengan peserta


Selepas perjumpaan dengan Puan Pengarah peserta Kursus Excell bergegas ke BTPN untuk menyertai kursus yang tidak kurang pentingnya ini. Seronok belajar excell, walaupun kami di Unit Kewangan lebih banyak menggunakan excell tapi nampaknya banyak benda baru yang dapat saya pelajari terutama sekali bab2 vlookup. Penyampaian cikgu Alex tentang penggunaan Vlookup ini cukup jelas dan mudah difahami. Seronok mengikuti kursus excell ini. Kalau ada untuk kursus pertengahan saya harap SPM akan menyenaraikan nama saya lagi sebagai peserta. Walaupun saya sudah tergolong sebagai pekerja yang veteren tetapi syukur, saya masih boleh bersaing dengan orang2 muda dari segi kecekapan menangkap apa yang diajar. Saya harap saya mampu mengingat selama mungkin apa yang telah saya pelajari. Saya akan membuat latihan sendiri dan cuba mempraktikkan aplikasi ini dalam menyediakan bajet.

Tahniah kepada SPM dan terima kasih kepada cikgu Alex. Semoga ilmu yang dikongsi akan mendapat ganjaran sewajarnya.