Saturday, August 6, 2011

SUDUT 5S

Sudut Zon Ilmu - SKPP

Sudut Informative - SKPP

Zon Hijau - Unit Kewangan & Akaun

Zon Senyum - SKPP

Zon 15 - SKPP

Zon Anggur - SKPP

Zon Bunga Raya - SPM

Zon Rama-Rama - SKPP

Semua Sektor dan Unit masing-masing sibuk dengan projek 5S. SPS masih dalam proses sisih. SPPK ,SJK dan SPsK pula dalam proses susun. SPA dalam proses seragam. SKPP dan bilik Pengarah/PA dalam proses sentiasa amal. Audit dalam 5 S akan bermula pada 10 Ogos 2011. Setiap sektor dan zon2 yang luas akan diaudit oleh KS manakala zon2 kecil akan di audit oleh Ketua zon. Selamat menyambut Audit 5S.

Monday, August 1, 2011

SALAM RAMADHAN TAHUN 2011 UNTUK SEMUA SAUDARA2 SEISLAM DI MANA SAJA LOKASI ANDA BERADA.......1 OGOS 2011 (1 RAMADHAN 1432)



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Marilah sama2 kita merebut berkah dan rahmat ALLAH yang melimpah di bulan yang mulia ini.........

GOTONG ROYONG MENGEMAS FAIL DI STOR KEWANGAN - 30 JULAI 2011

kita bakar saja mana yang tak guna.......

abadikan kenangan dalam gambar......bukti kita datang he he he

si cengkih wangi sedang memeluk tiang.........

sisih mengikut tahun

susun jangan tak susun.....semangat gotong royong staf kewangan........


bah .....angkat sikit2 ikut kemampuan tenaga tu aah......

MASJLIS PENTAULIAHAN AHLI AKRAB - 29 JULAI 2011

Ahli-ahli AKRAB yang telah menerima SIJIL Pentauliahan dari Jabatan Perkhidmatan Awam yang disampaikan oleh SUB PsK KPM Tn Haji Masbah Bin Dato Hj Md Taha

Dr Mohan penyelaras AKRAB





Tuesday, July 26, 2011

Pemantauan Akaun Sekolah 2010 ...... selepas Audit........


kenapa jadi begini?.....setelah semua sekolah siap di audit dan sedang menunggu SIJIL daripada BAS, KPM tetapi sekolah ini masih lagi memerlukan pemantauan susulan demi susulan.....Ini kerana semasa pengauditan oleh BAS KPM hari tu, sekolah gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan oleh Audit dan sehingga diberi tempoh masa 2 minggu dari tarikh exit conference pun masih lagi tidak dapat menghantar dokumen yang diminta oleh pihak Audit....dan sehinggalah pihak Audit menghubungi Unit Kewangan JPWPLabuan dan petang ini kena turun lagi untuk melihat Akaun Sekolah Tahun 2010 sekolah ini....tapi sedihnya....dokumen masih tidak lengkap dan Buku Tunai tidak teratur dan PATSKOM kena buat semula.....mujurlah ada Pn Angeline bekas Audit KK, dapatlah membantu kami.........

Alasan dan alasan lagi yang tidak logik diterima.......inilah akibatnya kalau suka menangguh2 kerja....dan tidak langsung bertanggungjawab dengan kerja yang diamanahkan kepada kita.....bukan saja PT tetapi juga semua yang terlibat dengan pengurusan berkaitan kewangan di sekolah.

Monday, July 25, 2011

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU.....ROS AMIRUL......




Ros Amirul akan bertukar ke Bahagian Kolej Matrikulasi, KPM di Putrajaya. Walaupun lebih kurang 3 bulan sahaja bersama Amirul tetapi staf di Unit Kewangan tetap prihatin dan mengadakan majlis kecil2an meraikan perpisahan ini. Amirul bertukar ke Shah Alam kerana berhasrat untuk sambung belajar secara out campus dan peluang belajar di luar Labuan adalah amat luas. Semoga Amirul berjaya dalam hasrat dan impiannya selama ini.

Friday, July 22, 2011

BENGKEL PENYEDIAAN DAN PENGIRAAN EMOLUMEN SEBENAR TAHUN 2011-2012







En. Zeno dan Pn. Rainah selaku penceramah

Penceramah dan dibantu oleh Fasilatator

peserta sedang kyusuk mengemaskini kerja masing2

en. Zeno sedang menyemak pembentangan
dari en. Irwan SK Tanjung Aru dan Datu Rizuan dari SJK Chung Hwa

Pada 19 hingga 22 Julai 2011 Unit Kewangan telah menganjurkan Bengkel bagi Penyediaan dan Pengiraan Emolumen sebenar Tahun 2011-2012. Bengkel diadakan secara pakej di Tang Dynasty Hotel KK. Unit Kewangan mengharapkan dengan mengadakan bengkel selama 4 hari 3 malam dan jauh dari tempat bertugas, maka semua KPT atau PT dapat mengemaskini emolumen guru2 dan kakitangan sekolah masing2 dengan 'cun' dan zero kesilapan. Harapan tetap tinggal harapan, kerana di akhir bengkel tersebut masih ada lagi kesilapan2 yang terpaksa diperbetulkan, dikira semula, disemak lagi....walaupun bilangan guru dan kakitangan di sekolah2 mereka ini tidak pun mencapai ribuan orang. Paling sedikit 23 orang dan paling ramai 145 orang. Tapi itulah budaya kerja mereka.......mungkin kalau betul2 nak perfect.....tempoh bengkel dipanjangkan lagi kepada 2 minggu. Walaupun sudah ditaklimatkan berulang2 kali oleh Pn Rainah.....masih ada lagi mereka2 ini berminat meminta penjelasan 'face to face'.....seolah2 message tak sampai.