Alhamdulillah....syukur...kerana saya tidak tergolong dari kalangan orang2 yang demikian. Semoga ALLAH terus memberi HIDAYAH dan kekuatan IMAN. Insyaallah.....
Friday, January 6, 2012
MESYUARAT TATATERTIB JABATAN - 5/1/2012
Kalaulah setiap penjawat awam itu memiliki intergriti dalam diri sendiri dan disertai dengan IMAN di dada nescaya AJK tatatertib tidak perlu diwujudkan di sesuatu jabatan. Tapi biasalah selagi manusia itu bergelar insan.....maka tidak lari dari melakukan kesilapan......tapi kalau kesilapan dilakukan sekali itu namanya kelemahan yang tak dapat dibendung.....apahal pulak kalau tersilap berkali-kali untuk benda yang sama......ini macam satu kebiasaan pulak......dengan alasan mangsa keadaan, bukan kah ini menyusahkan dirinya dan orang lain......tapi untuk insan2 macam nih masih mendapat pertimbangan, simpati, kesihan, budi bicara. Justeru itu insan2 ini naik tocang, naik lemak, naik syok dan macam2 lagi naik.
Mesyuarat lagi....... - 3/1/2012
Tirai 2012 dibuka dengan mesyuarat SKPP bil 1 bersma KU SKPP. Perkara pertama yang dibincang ialah isu yang akan dibawa ke MPT bil 1/2012 pada 6/1/2012. Lepas tu kehadiran KS SKPP yang baru yang akan melapor diri pada 9/1/2012 (Isnin). Biasalah sebagai urus setia UKP kena bersedia;
1. Membersih dan mengemas bilik KS SKPP.
2. Menyediakan senarai tugas staf SKPP
3. Menyediakan Program/Aktiviti SKPP yang telah dijalankan pada Tahun 201.
4. Menyediakan Perancangan atau aktiviti SKPP tahun 2012.
5. Input diperolehi dari setiap Unit.
6. Tugas saya ialah mengumpulkan maklumat dan menjilidkannya untuk diberikan kepada KS.
7. Tapi sedihnya......sehingga hari ini Jumaat hanya 2 unit sahaja yang dapat dikumpul....unit lain masih senyap membisu....padahal dah emel...dah infoblast.....esok hari Sabtu kena datang ofis lagi....untuk pastikan semuanya siap....tapi kalau takda info apalah saya nak buat....stres juga dibuatnya nih.......
malas tah ku ingau.....ingau tah ku jua.....bajarih, bakarih, baru tah belurih.......
Monday, January 2, 2012
SELAMAT TAHUN BARU 2012


Dalam kerjaya nampaknya tugas saya semakin mencabar dan perlu komitmen yang lebih dari sebelumnya. Kalau dulu semasa saya di UKA rutin kerja tak banyak berubah dari setahun ke setahun. Sibuk bermusim. Tapi apabila dah berpindah ke UKP tugas baru nampak lebih mencabar dan tumpuan juga kena lebih serius dari sehari ke sehari.
Sebelum tahun 2011 melabuhkan tirai 2 tugas telah diserahkan kepada saya melalui mesyuarat rasmi akhir tahun.
Pertama: Menjadi penyelaras 5S jabatan.
Kedua: Bertanggungjawab menjaga kunci pejabat.
Tanpa membantah saya akur dengan tugas yang diberi walaupun ianya mungkin sedikit berat buat saya tetapi dengan harapan dihati mendapat bantuan dan kerjasama dari ketua2 zon dan rakan2 AKS untuk merealisasikan Persijilan 5S di JPWPL.
Kalau di UKA saya hanya merancang bagi kerja2 harian yang biasa tetapi di UKP saya kena merancang strategi untuk memenuhi kehendak organisasi kepada yang lebih baik dari sebelumnya.
Saya kena pastikan:
1. Pengurusan fail yang up to date dan mesra pelanggan (mudah dicari atau dicapai apabila diperlukan).
2. Amalan 5S berterusan.
3. Perkhidmatan makan/minum diurus mengikut tarikh/masa dan tempat yang ditetapkan dan memastikan dokumen berkaitan pembayaran diurus sebaik saja perkhidmatan dilakukan.
4. Pegawai dan staf yang memerlukan kenderaan untuk pemantauan dan urusan rasmi diurus dengan cepat.
5. Semua permohonan ke luar negara mendapat kelulusan sebelum tarikh mereka berangkat.
6. Semua surat-surat yang memerlukan respons diambil tindakan segera.
7. Memastikan staf di bawah jagaan mematuhi peraturan kehadiran dan mengambil tahu keberadaan mereka setiap masa.
8. Mengambil tahu kebajikan staf di bawah jagaan dan membantu mereka jika menghadapi masalah.
Semoga ALLAH memberi Hidayah berterusan dalam saya merangka dan menjalankan tugas-tugas seharian. Insyaallah....
MESYUARAT AJK KESELAMATAN JABATAN BIL 1/2011
Dalam carta AJK Keselamatan tugas saya adalah - ' kunci pejabat'.
Saya perlu menyediakan Buku Rekod Kunci Pejabat dan Buku Rekod Pergerakan Kunci Pejabat. Selepas ni semua kunci yang dipegang akan direkod. Tapi ini bukanlah bermakna saya yang akan membuka pintu pejabat tiap-tiap pagi. Adalah orang2 yang terpilih ditugaskan untuk membuka pintu pejabat.
Saya difahamkan anak kunci mesti ada 3. 1 disimpan di bilik Pegawai Keselamatan Jabatan, 1 disimpan oleh Pengarah dan 1 lagi untuk individu yang ditugaskan membuka pintu. Maknanya walaupun ditugas menjaga kunci pejabat saya sendiri pun tidak ada kunci pejabat, tapi merekodkannya sahaja. Itulah hakikatnya.
MESYUARAT 5S - 30 DISEMBER 2011 (9.00 PAGI)
Penyelaras 5S bertukar tangan atas kehendak organisasi. Saya terima walaupun jauh di sudut hati saya tertanya2 sendiri....mampukah saya jadi penyelaras 5S di jabatan ini ke arah Persijilan dengan kerenah yang macam2. Saya tidak berpengalaman mengarah orang tapi saya banyak pengalaman kerja di bawah orang. Saya lebih suka ada ketua untuk tempat saya merujuk. Tapi apakan daya....saya tiada kuasa untuk menolak. Mungkin saya jenis yang obedient.
Ada rakan2 yang simpati dan ada rakan2 yang suka kerana mereka boleh bekerjasama dengan saya. Ada rakan2 yang sedia bekerjasama tapi ada juga yang menakut2kan saya seperti.....kalau ada pelawat untuk penandaarasan 5S penyelaraslah yang akan membentang kepada mereka. Mujurlah saya ada ide sedikit....kenapa pulak saya.......itu tugas KS....tugas saya menyelaras dan menyediakan bahan. Saya hanya CC saja bah........Bukanlah saya takut tak tentu hal sebab kita takut kepada ALLAH saja bah....tapi tak SESUAI lah kalau kita pula....apa peranan ketua kita.......malas tah ku ingau........saya faham....bukan senang untuk membuat orang senang kepada kita......tapi taklah susah untuk orang membuat kita susah......susah2 saja.
Sunday, December 25, 2011
BENGKEL SKT TAHUN 2012 ANJURAN SJK/SPM/SPsK - 19 HINGGA 21 DISEMBER 2011.
Bengkel terakhir untuk Tahun 2012 buat saya. Terima kasih Cik Khaziayati kerana sudi menyenaraikan nama saya untuk mengikuti bengkel ini. Oleh kerana senarai tugas di UKP berlainan dengan di UKA maka kenalah saya menyediakan SKT yang lain dan terperinci untuk Tahun 2012. Alhamdulillah....hasil bimbingan KS SJK maka fahamlah saya cara menyediakan SKT yang betul. Kalay tak silap seakan-akan sama macam menyediakan bajet. Ada masa, kuantiti, kualiti, kos dan lain-lain. Bengkel selama 3 hari 2 malam diadakan di Novotel 1Borneo KK semua peserta berjaya menyiapkan SKT masing-masing dengan gembira.
Pada 21 Disember sebelum Check out dengan diketuai oleh Pengarah Pn. Mistrine kami sempat membuat lawatan 5S ke SPA, JPSabah dan JNJK Sabah. Tahniah kepada staf SPA, JPSabah yang dapat merealisasikan 5S dengan cantik dan mematuhi peraturan bukan mentadikakan nya.Bolehlah dijadikan contoh untuk menambahbaik lagi 5S di JPWPlabuan.
Lawatan singkat ke JNJK Sabah juga banyak membantu dan mencetuskan idea untuk kami menambahbaik 5S di jabatan kita. Semoga 5S kita selepas ini akan lebih mantap dan berjaya dipersijilkan...Insyaallah...
Pada 30 Disember ini akan ada mesyuarat termasuk 5S dan episod seterusnya ialah pelancaran baru 5S jabatan dimana zon dipecahkan mungkin kepada 6 bahagian sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)