Saturday, January 21, 2012

MESYUARAT MPT BIL 3/2012 - 20/1/2012

Dalam kesibukan MPT Bil.3/2012 tetap berjalan seperti dalam Takwim 2012. Pelbagai agenda telah dibincangkan. Masing-masing Sektor membentang aktiviti yang telah dan sedang dijalankan malah aktiviti dalam perancangan juga dimaklumkan kepada semua ahli mesyuarat. Inilah kebaikan MPT diadakan setiap minggu. Sekurang2nya kita tidak ketirisan maklumat. Apa tah lagi Unit Khidmat Pengurusan yang saban hari menerima pesanan untuk tempahan makan/minum untuk pelbagai mesyuarat/taklimat/bengkel/kursus dan lain2 aktiviti yang dijalankan.

Titik tolak daripada maklumat yang diberikan oleh Sektor dan Unit mengenai aktiviti yang telah mereka rancang untuk minggu2 seterusnya ini bermakna mereka sudah tahu tarikh2 aktiviti yang mereka akan adakan, tetapi yang menghairankan sekali kenapa pesanan tempahan makan minum hanya dihantar ke UKP pada saat akhir iaitu sehari sebelum aktiviti dijalankan dan paling menyakitkan hati apabila pesanan itu dihantar pada jam 5.30 petang (mujur saya tak balik lagi) dan keperluannya esok pagi atau petang. Hai!!!!!!! mujur pembekal yang ditelefon tu bersetuju memberi perkhidmatan dan pada masa itu juga terpaksalah saya menyediakan pra pesanan dan hantar ke UKA. Untuk Tahun 2012 UKA tidak lagi mahu berkompromi, kalau pra pesanan dihantar setelah perkhidmatan dijalankan sorry to say mereka tidak akan terima dan ditolak mentah2. Saya juga bersetuju dengan ketegasan UKA ini tetapi jika Sektor dan Unit masih mengamalkan sikap sambil lewa dan menghantar last minute ke UKP kami pulak yang kena bertanggungjawab. Tapi tak apa, UKP telahpun menghantar memo kepada semua Sektor dan Unit bahawa kelewatan adalah tanggungjawab mereka sebab kami dah bagi tempoh 1 minggu untuk urusan yang remeh temeh itu. Hai...bilalah mereka2 nih nak ubah sikap? Tahun dah berubah sepatutnya sikap pun ikut berubah kepada yang lebih baik supaya tidak menyusahkan pihak lain.

Kerahsiaan juga amat penting dalam MPT untuk ahli2 mesyuarat. Tapi tidak mustahil kalau ada juga yang terlepas sebab mulut manusia bukannya mulut tempayan yang boleh kita tutup. Apa yang dituntut dalam MPT adalah integriti setiap ahlinya.

MESYUARAT JPKA BIL1/2012 - 18 JANUARI 2012

Kedudukan peruntukan di akhir tahun dan dalam tempoh AKB adalah melebihi 100%. Ini disebabkan peruntukan emolumen yang tidak mencukupi dan tidak disalurkan sehingga akaun Tahun 2011 ditutup.

Walaupun terdapat kekurangan dan kelemahan pada hakikatnya Unit Kewangan & Akaun wajar diberi penghargaan dan pujian kerana berjaya memenuhi pencapaian yang telah ditetapkan. Tahniah kepada UKA.

Tuesday, January 17, 2012

MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH BIL.1/2012 - 17 JANUARI 2012 MULAI JAM 8.00 PAGI.

KPP BTPN En Ag Martin

KS SPM EN. Samsudin Yalla Pegawai yang cool

First Time hadir Mesyuarat Pengurusan Sekolah sebagai KS SKPP Pn. Azniza Azmi
Pegawai berwibawa

KS SPA Pegawai Cemerlang

Terakhir sebagai Timbalan Pengarah Dasar/KS SPPK En. Ismail Abdullah untuk Mesyuarat Pengurusan Sekolah

Urus setia Mesyuarat Pengurusan Sekolah En. OBM Timbalan Pengarah Operasi/KS SPS


Maklumbalas minit mesyuarat yang tidak mendapat respons dari sekolah seolah-olah Pengetua atau GB tidak prihatin dengan mesyuarat Pengurusan Sekolah yang sebenarnya melalui mesyuarat ini mereka mendapat maklumat, menyalurkan isu dan masalah dan berkongsi pengalaman dan kemahiran dengan rakan2 seperjuangan yang lain.

Pembentangan atau perkongsian ilmu bukanlah sebagai mukadimah untuk menghentam pihak atasan yang kebetulan tidak berada di situ. Kalau tak silap perbuatan ini boleh juga dianggap sebagai mengumpat sebabnya individu tersebut tidak dapat membela dirinya.

Perkongsian ilmu dan maklumat yang cantik dan jujur yang disampaikan oleh Guru Cemerlang Bimbingan & Kaunseling sangat tidak membosankan. Inilah contoh yang baik dan ahli-ahli mesyuarat yang lain disamping mendapat ilmu juga terhibur.

Laporan dan makluman dari Sektor2 sangat menarik. Walaupun hanya mengambil masa 1 minggu KS SKPP yang baru berjaya mengikut dan menyesuaikan diri dengan ahli mesyuarat dan dapat pulak memberi penjelasan berdasarkan pengalaman di tempat kerja yang lama. Makluman ringkas tetapi padat telah dapat beliau sampaikan dengan jelas sehinggakan Pengetua dan GB tidak terfikir untuk mengemukakan soalan remeh temeh. Tahniah kepada Pn KS.

Q & E dari ahli mesyuarat mengambarkan ada Pengetua atau GB yang merasa tertekan kerana kekurangan AKS. Walaupun jawatan AKS itu wujud di sekolah mereka tetapi body tidak berada di sekolah mereka. Masalah AKS yang tidak hadir bertugas berbulan2 malah sudah melangkau tahun ini wajar diambil tindakan tatatertib kerana perilaku mereka menyusahkan sekolah dan jabatan.Timbul sedikit kekeliruan mengenai peruntukan Bantuan Perkapita bagi warga asing tetapi dapat diperjelaskan oleh KU kewangan yang berpengalaman.

Rumusan Pengarah tidak kurang menarik. Ringkas tetapi padat.

Mesyuarat berakhir lebih kurang jam 5 petang.

Saturday, January 14, 2012

PERHIMPUNAN GURU 1LABUAN TAHUN 2012 - 14/01/2012





1Malaysia






PERHIMPUNAN BULANAN PERTAMA TAHUN 2012 - 12/1/2012

Cg Norismah dari SM Teknik ditempatkan di Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan sebagai Ketua Sektor menggantikan Cg Ismail yang bertukar ke SMK Labuan sebagai Pengetua.
Tahniah Cg Norismah dan Cg Ismail atas kenaikan pangkat masing-masing.

Cg Mahani ditempatkan di Sektor Pengurusan Sekolah sebagai KU Rendah menggantikan Cg Hj Yunus yang beralih ke Unit Perhubungan & Pendidikan Swasta menggantikan tempat Cg Yunos Kadir yang telah bersara. Tahniah Cg Mahani atas kenaikan pangkat.





Urus Setia Majlis Perhimpunan Bulanan - AJK Hadiah/Cenderahati

Friday, January 6, 2012

PERBINCANGAN 5S BERSAMA KETUA-KETUA ZON - 6/1/2012

Tujuannya adalah untuk menyampaikan pesanan pengarah tentang 5S kepada ketua2 zon yang tidak hadir mesyuarat pada 30/1/2011.

Audit dalam 5S kali kedua akan diadakan pada 18/1/2012.
Ketua2 zon kena bekerjasama dengan ahli2 untuk menambahbaik 5S sebelum ini. Untuk zon-zon Laidin, phyllis dan horiah mereka kena kerja lebih sedikit sebab sebelum ini macam2 sudut 5S terdapat di zon-zon tersebut. Semuanya kena satukan. Tapi dengan ahli2 yang ramai dan punya daya kreatif pulak tu tidak mustahil zon-zon yang dikejatkan ini bersaing hebat.

Urus Setia pulak kena sediakan Sudut 5S induk. Pelan lantai induk. Informasi 5S. Disamping membantu ketua2 zon dan menjaga kebajikan ahli. Ya ALLAH....berilah HIDAYAH dan kuatkanlah semangat kami untuk merealisasikan Persijilan 5S di jabatan ini.

Hanya berbekalkan kecekalan hati dan keseronokan bekerja bisa mengatasi kekurangan dan kelemahan yang ada. Kalau nak difikir2kan....berada di UKP ini terasa bahang cabaran bukan kerana kerja yang banyak dan rencam tetapi sikap insan2 yang tidak percaya dengan kemampuan kita. Kadang2 terasa down .......Sebelum ini tak pernah saya mengimpikan untuk mengambil alih kerja2 di UKP ini.....dan kalaulah saya ada pilihan atau saya ada kuasa untuk menolak......saya pun tidak berminat langsung untuk meneruskan kerja orang lain yang tidak ada hujung pangkalnya. Tanpa rujukan yang nyata, tanpa panduan yang jelas saya meneruskan kerja2 dengan kemampuan dan pengalaman sendiri.

Mudah-mudahan Puan KS yang baru ini memahami situasi dan membantu saya menyelesaikan jika ada masalah yang timbul di UKP. Suspen menunggu KS baru pada 9/1/2012 ini.

MESYUARAT MPT BIL 1/2012 - 6/1/2012

Mesyuarat pertama Pengurusan Tertinggi Jabatan Tahun 2012. Tema untuk Tahun 2012 Melonjakkan Prestasi Akademik Labuan dan mencari pulak makna dalam bahasa berunai/kedayan. Ramailah ahli2 yang mahir berbahasa berunai/kedayan menyumbang ide seperi;

1. inda majal inda luih (tidak berusaha tidak akan mendapatkan hasilnya)
2. bejarih, bekarih baru tah belurih (setelah melalui kesengsaraan, berusaha bersungguh2 akhirnya mendapat hasilnya)
3. inda baungkayah inda belurih (tidak sanggup berusaha tidak mendapat hasilnya)
4. barabis tah kitani (all out)

akhirnya ahli bersetuju memilih "berabis tah kitani" makna all out.