Monday, September 16, 2013

Merdeka Raya JPWPL - 4/9/2013

Main menu ialah nasi briyani ayam dan air sirap limau selasih..........

 hidangan dari SKPP

 Satay dari Pej Pengarah dan SPM

 kolupis dan kuah kacang serta kek lapis sarawak dari SPS.....
Puding dari SJK, Bubur Pulut Hitam dari SPsK dan nasi putih/sup sayur dari SPPK


 mee rebus Johor dari SPA

Ais Krim dari BTPN

Open House SKPP - 27/8/2013

 macam2 hidangan disediakan.....UKA - soto dan mi sup lada hitam, UKP/UNP - kelupis, keropok, buah-buah, puding, kek, cocktail, UP - nasi empet/kuah kacang, UPB/UPPA/HRMIS/ULK - nasi briyani ayam

 Eby Mutiara sponsored Coolblog untuk warga JPWPL sempena open house SKPP......semoga dimurahkan rezeki dan dapat lagi sponsor untuk tahun hadapan........


Wednesday, August 7, 2013

ALHAMDULILLAH.....LALUI RAMADHAN TANPA BANYAK KERENAH......SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI UNTUK WARGA JPWPL

Ramadhan penuh keberkatan........Alhamdulillah....dapat dirasai Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.......In sha Allah.....Ramadhan tahun depan akan lebih baik lagi.......untuk mendapat yang lebih baik itu....kena bersedia dari sekarang........sendiri mo tau lah........Muhasabah.......

Anak2 bersiap untuk solat sunat Hari Raya

OFIS DAH LENGANG......7/8/13

ramai staf yang beragama Islam mengambil kesempatan bercuti untuk menyambut Hari Raya Puasa bersama keluarga......ada yang balik ke Sabah......ada yang balik ke Sarawak dan ramai yang balik ke Semananjung......tak kurang juga yang beraya di Pulau Mutiara Laut Cina Selatan termasuk lah kami sekeluarga........sesuatu yang tak dapat dielakkan......

Thursday, July 25, 2013

Rabbani VS Ramadhani

Tajuk tazkirah yang keempat bersama Ustaz Azzif orang local. Best juga tazkirah beliau ni yang diselang selikan dengan bahasa ibunda (kedayan). kata ustaz di zaman kita ini ada macam2 jenis muslim. Di antara yang masih ingat.....
Muslim Ramadhan:  sangat taat mengerjakan solat sunat terawih dan sentiasa di saf hadapan tapi tak nampak pula berada di masjid pada waktu solat fardhu.
Muslim Jumaat: rajin pergi solat jumaat tapi solat2 fardhu yang lain tidak dibuat.
Muslim Fesyen: busanah muslimah kunun tapi terlebih2 pulak.....pakai jubah tapi ketat....pakai tudung macam makhluk asing (alien) ada bonggol unta......dan macam2 fesyen lagi.....bagi Muslim fesyen yang sesuai ialah yang menutup AURAT bukan membungkus aurat.

Friday, July 19, 2013

My New Workstation

Renovation Sektor SKPP.

Menghadiri Program Ihya Ramadhan - Ahlan Ya Ramadhan di Pejabat Mufti

Setiap tahun Pejabat Mufti akan menganjurkan Ihya Ramadhan dengan mengadakan Tazkirah selama 1 jam. Kalau tahun2 sudah program ni diadakan setiap hari sepanjang bulan Ramadhan dan bermula jam 8.00 pagi. Tahun ni nampaknya pihak penganjur mengambil kira keselesaan peserta. Tazkirah diadakan 2 kali seminggu sepanjang ramadhan dan bermula jam 8.30-9.30 pagi.

Tazkirah pertama pada 2 Ramadhan tazkirah disampaikan oleh Ustaz Ibrahim Mat dengan tajuk Ahlan Ya Ramadhan. Ustaz lebih menekankan bahawa  ibadah yang wajib kita dahulukan ialah Solat......kerana orang yang solat itu pasti dia mengerjakan puasa dan orang yang puasa itu ada yang tak solat. Penuhi bulan Ramadhan ini dengan membaca Al Quran, berzikir setiap masa dan hayati makna puasa itu.

Tazkirah kedua pada 7 Ramadhan tazkirah disampaikan oleh Ustaz Najah dengan tajuk Haid. Memang best lah ustaz ini kerana beliau boleh menjelaskan masalah haid seolah2 beliau mengalami pengalaman haid ini. Ustaz ni banyak membuat kajian tentang haid. Bila ustaz menerangkan cerita haid nih....terasa diri ini banyak sangat kekurangan tentang ilmu berkaitan haid ini. Oleh kerana haid ini ada hubungkait dengan ibadah solat dan puasa maka wajiblah kaum wanita mempelajari sedalam2nya mengenai haid ini agar ibadah kita sempurna dan diterima ALLAH jua.

Tazkirah ketiga pada 9 Ramadhan tazkirah disampaikan oleh Ustaz Azuar dengan tajuk Solat VS Puasa. Kedua2 ibadat ini adalah perintah dari ALLAH maka wajiblah kita mengerjakannya tanpa gagal. Ustaz kata banyakkan berdoa di bulan penuh keberkatan ini.

Alhamdulillah......bersyukur sangat2 sebab disamping mengadap kerja2 di pejabat dapat juga kita mengunjungi taman2 syurga di awal pagi dengan izin dari boss (surat kebenaran keluar semasa bertugas).Insyaallah akan berkunjung lagi ke taman2 syurga minggu hadapan dengan tajuk cerita yang lain pulak.