Wednesday, March 9, 2011

PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN FEBRUARI DAN MAC 2011

kenang-kenangan bersama pesara - Hj Ali Derus, Ustaz Yusof Man dan cg Rita Paujik

acara memotong kek ulang tahun (nyanyi dulu ramai2....)

wajah2 yang ceria

kontrol macho

barisan Guru Besar

yang bersara tetap dikenang

mungkinkah anda terlalu letih?

Kad Ucapan Ulang Tahun Kelahiran en. zeno (agak2...napa en. din gelak besar tu?)

staf of the month - cg zaharah

prihatin - sumbangan kepada guru yang kehilangan orang tersayang

Penghargaan kepada Pengetua yang bersara - Hj Ali Derus

Anugerah Sekolah berprestasi tinggi - SK St Anne (GB Pn. Shim)

amanat dari Pengarah

taklimat Akta Rahsia Rasmi oleh KS SKPP

Dimulakan dengan Bismillah......

PEMERIKSAAN BAJET (ABM) TAHUN 2012 & 2013 BERSAMA KPM - 09 MAC 2011






Setelah bertungkus lumus menyiapkan buku bajet sesempurna mungkin maka tibalah hari ini 9 Mac 2011 pemeriksaan bajet (ABM) 2012 & 2013 bersama pegawai2 dari Bahagian Kewangan yang diketuai oleh TSUB En. Khamis bin Hj Derus. Lima aktiviti utama telah disemak dan perlu diubahsuai lagi setelah mendapat Batas Perbelanjaan yang baru yang akan dihantar oleh Bahagian Kewangan, KPM pada 23 Mac 2011.


BENGKEL PATSKOM DI BTPN - 08 HINGGA 10 MAC 2011

Terima kasih Pn. Kasuma dari SK Lubok Temiang

Terima kasih Pn. Maimunah dari SMK Mutiara

Terima kasih Hjh Mariah dari SK Pekan 2

Terima kasih en. Azahari dari SMK Pantai

bertuahnya en. rosli dibantu oleh 2 fasi

en. azahari sedang membantu menginstallkan program PATSKOM untuk SK Sungai Bedaun

sibuk mengemaskini PATSKOM masing2



en. azahari sedang memberi taklimat sebelum mereka
mengemaskini PATSKOM sebagai panduan


Bengkel PATSKOM bagi Akaun Sekolah Kerajaan dan SUWA bagi Tahun 2010 diadakan di BTPN W.P.Labuan. Jabatan telah melantik 4 orang Fasilatator tetapi hanya 3 orang saja yang dapat membantu kerana Pn. Angeline menghadiri kursus di INTAN Sabah. Fasilatator yang sudi membantu jabatan ialah En. Azahari, CIk Hjh Mariah dan Pn. Maimunah. Seorang peserta yang sudi membantu ialah Pn. Kasuma. Jabatan telah menggariskan agar semua sekolah menghantar penyata tahunan akaun masing2 selewat2nya pada hari Isnin iaitu pada 14 Mac 2011 untuk dipanjangkan ke Bahagian Audit Sekolah Beaufort, Sabah. Tapi jabatan juga berharap semua sekolah selesai menyiapkan PATSKOM masing2 pada 10 Mac petang iaitu sebaik saja bengkel berakhir.

Tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah menyiapkan PATSOM masing2 dan telah menghantar ke Unit Kewangan sebelum bengkel diadakan iaitu:

1. SK Pekan 2
2. SMK Pantai
3. SMK Taman Perumahan Bedaun

Terima kasih kepada Fasilatator yang sudi membantu jabatan dan semoga bantuan yang diberikan itu mampu memberi menfaat kepada semua rakan2 dan semoga ilmu yang diturunkan dengan ikhlas ini akan menjadi pahala yang akan mendapat balasan yang sewajarnya. Tidaklah rugi untuk kita berkongsi ilmu malah akan menambahkan lagi ilmu yang sedia ada.

Syabas kepada semua peserta bengkel atas kepekaan anda dalam menyiapkan penyata tahunan ini kerana semua sedia maklum, kelewatan menghantar penyata ini akan menyebabkan sekolah anda mendapat Sijil Berteguran.

Alangkah baiknya jika di masa2 akan datang semua KPT dan PT dapat menyiapkan penyata tahunan Akaun Sekolah masing2 sebelum tempoh penghantaran tanpa perlu jabatan mengadakan Bengkel PATSKOM seperti ini, kerana adalah perkara mustahil (jika bengkel yang sama di adakan setiap tahun) anda gagal untuk menyiapkannya, kecualilah kalau KPT atau PT adalah lantikan baru dan belum pernah menyediakan penyata tahunan ini (PATSKOM).



Friday, March 4, 2011

ABM 2012-2013 DI HANTAR KE BAHAGIAN KEWANGAN KPM - 3 FEBRUARI 2011

Setelah bertungkus lumus menyelaras dan mensepadukan ABM bagi 4 aktiviti utama selama lebih kurang 11 hari akhirnya buku ABM bagi semua aktiviti telah pun dihantar ke KPM. Walaupun buku ABM yang dihantar tidak cukup sempurna tetapi sekurang-kurangnya hasrat untuk menyediakan bajet bagi tahun 2012-2013 terlaksana juga akhirnya.

Aktiviti Menengah disediakan oleh KU Kewangan sendiri en. zeno .
Aktiviti Rendah disediakan oleh sharimah, midah dan hj yunus (perjanjian prog & Ringkasan eksekutif 2012-2013).
Aktiviti Pentadbiran Negeri dan Pusat Ko oleh kak ti dan nisha (gaji).
Bantuan KPM oleh lyadia.
Aktiviti Pra Sekolah oleh pn. hasnah.
Pembangunan oleh laidin dan
Aset oleh miedy.

Staf unit kewangan yang lain membantu membuat memprint, fotokopi, membinding dan mem'packing' buku2 ABM yang telah siap untuk dihantar ke KPM. Itulah mereka nisha, ina, zila dan ashabul. Buku ABM yang telah siap ini dihantar oleh cik sharimah ke KPM dimana kebetulan beliau ada mesyuarat ABT di Putrajaya.

Tapi....cerita ABM belum selesai lagi kerana akan ada pemeriksaan bajet pada 9 Mac 2011 oleh pegawai2 dari Bahagian bajet KPM yang diketuai oleh SUB en. khamis derus. Untuk itu pada hari sabtu dan ahad staf unit kewangan akan berkampung lagi untuk membuat fotokopi bagi persediaan menghadapi pemeriksaan itu nanti. Pada 7 Mac ini akan ada pra pemeriksaan bajet bersama pengarah dan Ketua Aktiviti akan membentangkan peruntukan bajet bagi tahun 2012 dan tahun 2013. Dan yang pastinya bajet kali ini tidak menjanjikan pembayaran bonus tetapi kepada mereka2 yang telah bertungkus lumus dan ada yang sanggup tidur di pejabat dan ada juga yang migrin gara2 menyiapkan bajet ini maka anda semua pasti akan dibayar OT walaupun ia melebihi satu pertiga dari gaji pokok anda.

Terima kasih banyak2 kepada semua sektor, semua unit dan pusat ko yang telah membantu memberi input, data dan sumbangsaran dalam kami menyediakan bajet untuk jabatan. Tanpa kerjasama dan input dari anda semua mungkin bertambahlah buntu dan stress kami di unit kewangan dalam menyediakan ABM.

Kepada mereka2 yang mungkin terlibat menyediakan ABM tetapi tidak tersebut dalam blog saya ini harap maaf kerana saya catat apa yang saya nampak sahaja.

Wednesday, February 16, 2011

BENGKEL PENYEDIAAN BAJET (ABM) BAGI TAHUN 2012-2013 DI DEWAN SEMARAK SMK MUTIARA W.P.LABUAN.- 16 HINGGA 18 FEBRUARI 2011.

SM St Anthony

SMK T.P. Bedaun

SK Patau-Patau

SMK Lajau

SK Kerupang

SK Bebuloh

SK Membedai

SMK Labuan

SK Layang-Layangan

urus setia




SK Sungai Lada

SK Pekan 2

SK Tanjung Aru

SJK CHung Hwa

SK Sungai Bedaun

SK Bukit Kalam

SK Lubok Temiang

SK Pantai

Bengkel penyediaan bajet bagi tahun 2012-2013 diadakan di Dewan Semarak SMK Mutiara pada 16 hingga 18 Februari 2011. Kumpulan Pendidikan Pra Sekolah dan Rendah yang dihadiri oleh Guru Besar, KPT dan PT, kumpulan Pendidikan Menengah dihadiri oleh Pengetua, KPT dan PT, Pembangunan yang dihadiri oleh Guru Pembangunan, Pengurusan Aset yang dihadiri oleh guru aset dan Bantuan yang dihadiri oleh guru HEM. Taklimat pengenalan bajet disampaikan oleh KU Kewangan En. Zeno Magan. En. Omar Baki pula menghuraikan dengan terperinci tentang penyediaan bajet dan seterusnya memantau setiap aktiviti yang sedang disediakan oleh peserta bengkel.

Syabas kepada semua Pengetua, Guru Besar, Guru Pembangunan, Guru aset, guru HEM, KPT dan PT yang hadir kerana semua anda telah berusaha menyediakan bajet untuk sekolah masing-masing dengan penuh tanggungjawab. Insyaallah dengan kerjasama ini maka akan mudahlah pihak jabatan mengumpul data dan input untuk dibukukan untuk menjadi satu rekod bajet yang lengkap untuk dihantar ke Bahagian Kewangan, KPM.

Ribuan terima kasih kepada Pengetua, Guru PKI (Cg Jamatin), KPT, PT dan PAP yang turut membantu kami urus setia menyusun kerusi meja selain meminjamkan Dewan Semarak dengan ikhlas kepada jabatan bagi penyediaan bajet tahun 2012-2013.


Tuesday, February 15, 2011

JABATAN PELAJARAN W.P.LABUAN JOHAN SEPANDUK SEMPENA MAJLIS MAULIDUR RASUL - 15.2.2011



Cg Ismail sebagai ketua kontinjen menerima Sijil penghargaan dan wang tunai RM700.00 hadiah JOHAN pertandingan SEPANDUK sempena Hari Wilayah 1.2.11.


Tahniah kepada warga Jabatan Pelajaran W.P.Labuan kerana berjaya mendapat JOHAN pertandingan sepanduk sempena MAULIDUR RASUL pada 15.2.2011. Tahniah kepada Ustaz Mohd Farihi yang mengetuai penyediaan sepanduk dan sebagai urus setia program ini.