Thursday, April 14, 2011

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS KEWANGAN DAN PERAKAUNAN SEKOLAH - 14 APRIL 2011

gambar kenang2an bersama KS SKPP (sebelum beliau bertukar).

penghargaan kepada penceramah kursus En. Zeno Magan dari Unit Kewangan JPWPLabuan

cenderakenangan untuk KS SKPP yang disampaikan oleh penghulu kursus En Azahari

ucapan alu-aluan dan perasmian oleh KS SKPP En. Mohd Salekhan Othman.
Ucapan penghargaan dari penghulu kursus en azahari dari SMK pantai

APA YANG KITA NAMPAK SEMASA LAWATAN KE SMK DATUK PETER MOJUNTIN




LAWATAN PENANDAARASAN KE SMK DATUK PETER MOJUNTIN, PENAMPANG SABAH - 13 APRIL 2011

Pintu masuk dan pondok jaga.
(first impression) bila kita nampak di luar cantik kita rasa di dalam lebih cantik lagi dan ternyata memang landskapnya cantik dan memang tepat kalau digelar sekolah dalam taman.







sekolah dalam taman

asrama putera (menempatkan atlit lelaki)

zon bebas sampah

lorong ke asrama puteri (yang menempatkan atlit perempuan)

landskap yang cantik dan bersih (sejuk mata memandang)

bilik guru - ruang kerja yang selesa

ruang menunggu yang selesa di pejabat am (set kerusi jati)

kaunter pejabat am sekolah

Pengetua Sekolah - Pn. Fauziah

Taklimat pengurusan kewangan sekolah oleh puan pengetua ini sangat mantap dan berwibawa sekali. Beliau memang faham hal2 berkaitan kewangan, perkhidmatan, pengurusan stor selain menjadi pentadbir yang cekap dengan urusan P&P. Taklimat yang bersahaja dan terasa kagum dengan kegigihan beliau selaku pengetua sekolah sukan dan sekolah lestari kecemerlangan mentadbir sekolah. Kepercayaan yang diberikan kepada penolong2 kanan, AKS dan guru2 menyebabkan beliau mendapat kerjasama yang sangat baik dalam memajukan sekolah.



ACARA2 SELINGAN SEMASA KURSUS

kek yang cantik dan sedap - tq to the hotel management

rakan2 peserta kursus bersama urus setia meraikan en. irwin dan cik kamariah yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan April. Kek di 'sponsor' oleh pihak hotel. 'SELAMAT HARI LAHIR UNTUK IRWIN DAN KAMARIAH, SEMOGA CERIA2 SELALU DAN MURAH REZEKI'.


Hunter Restaurant - selamat menjamu selera

KURSUS KEWANGAN DAN PERAKAUNAN SEKOLAH - 11 HINGGA 14 APRIL 2011 KINABALU DAYA HOTEAL KK.

Kumpulan 1 merupakan kumpulan terbaik dan menerima hadiah yang di 'sponsor' oleh pihak hotel. Ketua kumpulan cik hamidah dari unit kewangan menerima hadiah dari KS SKPP.

Kumpulan terakhir membentang ialah kumpulan 6 terdiri dari en. irwin dari unit pengurusan aset selaku pembentang bersama ahli2 pn. kasuma dari SK Lubok Temiang, pn, julynah dari SK Sungai Bedaun, cik khairunisha dari unit kewangan dan pn. jusipah amirlunjih dari SK Membedai. Kumpulan ini membawa tajuk PEROLEHAN.

Kumpulan 5 membawa tajuk Sejarah Belanjawan dibentangkan oleh en. datu riduan dari SJK Chung Hwa bersama ahli2 pn. zanahriah dari SK Patau-Patau, cik rowena dari BTPN, pn. rahmah dari SK Bukit Kalam dan cik Kamariah dari SK Rancha-Rancha.

Kumpulan 4 dengan tajuk KUMPULAN WANG DISATUKAN dibentangkan oleh pn. habibah dari SK Layang-Layangan dengan krew2 pengiring pn. fazila dari SMK Lajau, Pn. Azura dari SMK Mutiara, pn. Nasibah dari SK Pekan Satu dan pn. Mariam dari SK Bebuloh.

kumpulan 3 terdiri dari pn. baby hanita dari sk sg lada selaku pembentang, pn. angeline @ yuslinah dari SMK Taman P. Bedaun, pn. masni dari SMK Pantai dan pn. rafiah dari SK Pekan 2, cik afizah dari SMK Labuan (kurang sihat dan berehat di bilik). Kumpulan ini membawa tajuk AKAUNTABALITI. (accountability)

Kumpulan 2 dengan tajuk PERBELANJAAN KERAJAAN dibentangkan oleh en. Irwan Nain dari SK Tanjung Aru dengan diiringi krew2 cik ruziah abit dari SM St Anthony, cik azlina aziz dari Unit Kewangan, cik alimah dari SK Pantai dan cik nuraini dari Pusat Ko.

Pembentangan dari kumpulan 1 oleh Cik Hamidah Johanshah dari Unit Kewangan JPWPLabuan yang bertajuk HASIL bersama krew2 iaitu en. agro dari SJK Chi Wen, en. hamiedy dari Unit pengurusan aset, pn. faridah dari SK St Anne dan cik Pamela Francis dari SM Teknik.

cenderakenangan dari JPWPLabuan utk pn. Laura

Pn. Laura Basi dari Audit sekolah juga tidak kurang hebat dalam menyampaikan penjelasan berkaitan perakaunan sekolah. Dengan 'slang' kadazandusun yang digunakannya membuatkan kita orang sabah ni suka mendengar dan rasa terhibur. Pn. Laura telah bertugas di Audit Sekolah Sabah selama lebih kurang 8 tahun dan mulai Mei 2011 akan bertukar ke Jabatan Pelajaran Sabah sebagai penolong juru audit di Bahagian Akaun. Tahniah Pn. Laura dan semoga ceramah yang disampaikan itu memberi menfaat dan amalan kepada semua peserta yang hadir.

Penceramah yang berpengalaman dalam bidang kewangan dan akaun sedang menyampai ceramah beliau - en. zeno magan ketua unit kewangan & akaun JPWPLabuan. Penjelasan yang detail dan sangat memberi menfaat kepada bidang kerja kita seharian.


Tuesday, April 5, 2011

MESYUARAT JPKA BERSAMA SEKOLAH - 05 APRIL 2011










Hari ini Mesyuarat JPKA bersama sekolah dengan disertai oleh Pengetua dan Guru Besar. Atas permintaan Timbalan Pengarah Bhg Operasi iaitu En. Omar Baki Matusin agar Pengetua dan Guru Besar perlu dilibatkan dalam mesyuarat ini supaya pentadbir sekolah maklum prestasi perbelanjaan sekolah dan keperluan peruntukan tambahan. Oleh kerana mesyuarat ini diadakan setiap bulan bersama KPT dan PT Sekolah sahaja maka adalah lebih praktikal jika mesyuarat ini diadakan bersama Pengetua dan Guru Besar 4 kali setahun memandangkan kesibukan mereka dengan urusan rasmi di sekolah dan mesyuarat2 jabatan bersama Pengarah dan KS.

Mesyuarat sepatutnya dipengerusikan oleh KS SKPP En. Mohd Salekhan Othman (untuk terakhir kali mungkin) sebelum beliau bertukar ke INTAN kerana dinaikkan pangkat ke M48, tetapi oleh kerana keperluan yang lebih penting di tempat lain iaitu sebagai penemuduga untuk jawatan PPLD maka mesyuarat diteruskan oleh Ketua Unit Kewangan En. Zeno Magan yang tidak kurang hebatnya dalam mengendalikan mesyuarat seperti ini. Tahniah kepada En. Zeno kerana berjaya mempengerusikan mesyuarat ini dan dengan santai menjawab soalan2 power dari Pengetua dan Guru Besar. Inilah contoh terbaik seorang penjawat awam....cool and steady.....
Sedikit kesalahfahaman antara sekolah dengan pihak SPPK berkaitan pengagihan peruntukan Pakaian Seragam tanpa memaklumkan kepada sekolah. Kekeliruan ini dijelaskan oleh Pn. Rosmariati dari SPPK yang mengurus bantuan tersebut tetapi pihak sekolah masih tidak berpuashati. Suasana riuh rendah sekejap kerana tidak puas hati cara pengurusan bantuan Pakaian Seragam oleh Bhg Bantuan di SPPK. Pada pandangan peribadi saya, sama ada di pihak sekolah atau di pihak Bhg Bantuan SPPK masing2 ada kelemahan sendiri. Di Bhg Bantuan SPPK lewat menurunkan Cek Bantuan Pakaian Seragam tersebut iaitu pada hujung November 2010 di mana sekolah telah pun bercuti. Di pihak sekolah pulak tidak ada inisiatif untuk menguruskan peruntukan tersebut (iaitu menghantar data murid yg memerlukan bantuan pakaian seragam ke SPPK). Oleh kerana masing2 nak menang maka akhirnya En. Mohd Jamatin dari SMK Mutiara mencadangkan agar En. Zeno menghubungi Audit Sekolah sama ada peruntukan tahun 2010 boleh digunakan untuk tahun 2011 dan memaklumkan kepada sekolah kemudian. Mesyuarat berakhir jam 12.00 tengah hari.

Saturday, April 2, 2011

Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Suri Dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) W.P. Labuan Kali Ke 22 - 02 April 2011



appertizer sebelum makan nasi

Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Penolong Setiausaha (PUSPANITA)

Pagi tadi lebih kurang jam 8 pagi saya ke Grand Dorsett untuk menghadiri mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA bagi mewakili Jabatan Pelajaran W.P.Labuan. Hanya 4 orang saja dari JPWPLabuan yang hadir iaitu Pn. Maimoon, Cik Khaziyati, Pn. Rohana dan saya sendiri. Oleh kerana saya belum lagi menjadi ahli PUSPANITA maka saya diberi borang untuk terus menjadi ahli. Tujuan utama persatuan ini ialah lebih kepada sebagai sukarelawan untuk menyumbang bantuan atau tenaga kepada yang lebih memerlukan. Antara aktiviti2 yang telah dilaksanakan pada tahun 2010 ialah

1. Majlis Bacaan Yaasin Awal Tahun
2. Aktiviti kraftangan dengan surat khabar - bagi tujuan kitar semula
3. Hari keluarga PUSPANITA - bagi tujuan mengeratkan silaturrahim antara ahli dan keluarga
4. Lawatan isteri menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar - sempena Sambutan Hari Wilayah
5. Penganjur acara sambutan Labuan International Sea Challenge (LISC) Tahun 2010.
6. Seminar 'Kesihatan Hari Ini Kebahagian Hari Esok' - bagi tujuan pendedahan mengenai kepentingan menjaga aspek kesihatan diri bagi menghindari daripada pelbagai penyakit.
7. Lawatan AJK ke Bandung.
8. Penyampaian Sumbangan - kepada warga Labuan yang kurang berkemampuan sempana Ramadhan.
9. Majlis Bacaan Yaasin - sempena peperiksaan untuk anak2 ahli PUSPANITA.
10. Rumah terbuka Aidilfitri.
11. Kejohanan Bola Jaring.
12. Kelas masakan.
13. Program gotong royong menanam pokok bunga.
14. Malam jasamu dikenang - untuk Pengerusi PUSPANITA Y. Bhg. Datin Noraini bt Idris ke Putrajaya.

Untuk Tahun 2011

Pengerusi - Pn. Hamidah bt Md Yatim
Timbalan Pengerusi - Pn. Siti Maznah bt Haji Awang Damit
Setiausaha - Pn. Jah Murniwaty bt Markum
P.Setiausaha - Pn. Maszanah bt Sazali
Bendahari - akan dipilih oleh AJK kemudian
P. Bendahari - Pn. Dgku Liha bt Mostapa
AJK Kecil :
Ybg Datin Dayang Pungut Abdul Jalil - surirumah
Pn. Mirani Majidi - Jabatan Kastam
Pn. Maimoon Matnoh - Jabatan Pelajaran
Pn. Nur Adlina Goh - MPL
Pn. Wahidah Abdullah - RML
Pn. Suzanah Md Saat - MPL

Yuran masuk untuk ahli biasa ialah:

Isteri pegawai dan wanita dalam kumpulan pengurusan tertinggi -
Yuran masuk = 20.00 Yuran Tahunan= 30.00

Isteri pegawai dan wanit dalam kumpulan pengurusan dan profesional -
Yuran masuk = 20.00 Yuran Tahunan = 16.00

Isteri pegawai dan pegawai wanit dalam kumpulan sokongan 1 (gred 17 - 26)
Yuran masuk = 10.00 Yuran tahunan = 10.00

Isteri pegawai dan pegawai wanita dalam kumpulan sokongan 11 (gred 1-16)
Yuran masuk = 2.00 Yuran Tahunan= 4.00

Keahlian seumur hiduap - 100.00.


Untuk kawan2 yang belum jadi ahli, saya syorkan jadilah ahli sebab mungkin banyak kebaikan yang kita akan dapat apabila menyertai persatuan ini. Bolehlah kita masukkan dalam LNPT kita sebagai aktiviti luar untuk tambah2 markah.