Friday, April 27, 2018

HARI GURU TAHUN 2018 PERINGKAT WPLABUAN (260418-KHAMIS)

AKP Jabatan diberi tugasan sebagai penilai bagi guru2 sempena Hari Guru....antara yang dinilai ialah kehadiran, disiplin dan lain2 berkaitan.....
nampaknya hubungan dan keakraban rakan sejawat di antara guru2 ini semakin baik kerana ini boleh dilihat dari segi penampilan, keseragaman dan kerjasama di antara satu dengan yang lain. Baju yang sedondon nampak sangat menarik.....

Wednesday, April 25, 2018

MAJLIS APC 2017 - AJK PENDAFTARAN PENERIMA ANUGERAH (240418)

Majlis berlangsung di Tiara Hotel ...ditugaskan sebagai AJK pendaftaran bagi penerima anugerah.....majlis APC tahun ini diadakan di hotel setelah sekian lama majlis diadakan di sekolah-sekolah sahaja....Alhamdulillah....dah ada peruntukan kut......atau pihak hotel dah kurang bisnes sebab rm30 pun durang terima.....menu biasa jak bah...mee goreng ayam goreng kek span dan minuman panas kopi dan teh.......Alhamdulillah beberapa orang dari sektor kami hadir bersama untuk meraikan majlis......

Tuesday, April 17, 2018

HADIR BICARA ILMU WAKIL JABATAN - KEJAR DUNIA KEUNTUNGAN AKHIRAT DENGAN PENCERAMAH TERKENAL USTAZ SYAMSUL DEBAT - 18.04.2018 DI DEWAN SERBAGUNA PL

10 orang wakil jabatan ke Majlis Bicara Ilmu dengan tajuk yang menarik Kejar Dunai Keuntungan Akhirat. Penceramah terkenal Ustaz Syamsul Debat. kawan2 kata bestnya penceramah ini...tak sempat2 nak mengantuk...tau2 dah sampai ke penghujung....Ustaz Syamsul Debat menyampaikan perkongsian ilmu selama 1 jam setengah - 9.00-10.30. Penyampaian yang menarik, padat dan mudah difahami berkaitan kehidupan yang kita lalui hari2.

Sunday, March 18, 2018

gosip pejabat

macam2 cerita....

Monday, February 26, 2018

Mesyuarat SKT dan RETREAT SKPP di Kem Malanggang Temparuli - 22-25 Februari 2018

Seawal jam 7.30 ahli rombongan berkumpul di terminal feri kenderaan....8.30 pagi feri bertolak ke terminal feri menumbok...bertolak ke kem malanggang ....singgah di restoran lengkuas makan tengah hari dan singgah di Surau Imago untuk memnunaikan kewajipan ....solat jamak zohor dan asar....Alhamdulillah.....
kul 5.30 petang sampai ke destinasi yang dituju.....Alhamdulillah
kul 8.30 malam ceramah Pengurusan Stress oleh KS SPsK JPN Sabah...dapatlah ilmu sikit.....

23 Feb....Program bermula dengan solat subuh berjemaah, kuliah subuh dan senaman pagi.Kul 7.00 pagi sarapan....kul 8.00 pagi program bermula....semua berkumpul di dewan untuk berbahagi kumpulan...aku masuk dalam kumpulan .......'BIRU awesome'....kunun.....hahahahahaha
sebelah pagi 2 aktiviti dijalankan iaitu Flying Fox (kerubung terbang) atau wall climbing (memanjat dinding).....yang ni saya tak ikut sebab rasanya kurang sesuai untuk tubuh badan yang baru nak sihat.....orang muda2 bolehlah tak berpenyakit pulak tu....kalau zaman muda2 dulu gua gelinggi pun aku harungi tanpa masalah hahahahahaha
sebelah petang ada 9 inisiatif game untuk dilalui...1 game aku tak dapat sertai sebab memerlukan kekuatan tangan...risau juga bekas pembedahan aku tu tercedera so tak perlu memaksa diri....durang pun tak paksa....at the end of the day kumpulan lelaki lah yang mendahului...tak heranlah kan...kalau kumpulan lelaki kalah itu menghairankan.....kumpulan merah naib johan...kami tetap curutlah no 3 jak...takpa lah...kata jurulatih tu kalah menang tak penting.....yang penting semangat penyertaan dan kerjasama dalam kumpulan......hadiahnya setiap kumpulan dapat hamper ...bezanya kecil besar itu jaklah......
kul 8.30 malam mesyuarat SKT SKPP pulak sehinggan kul 9.30 malam......supper...lepas tu masing2 dah keletihan dan beradulah....untuk program esok pulak.....

24 Feb....Aktiviti Rafting....
Kul 6.00 pagi senaman pagi lagi....kali ni best pula senaman sambil menikmati tarian2 tempatan....dangdut...sumazau....slow dance tapi dalam bentuk senaman.....kul 7 pagi sarapan.....
Kul 8.00 pagi bermula perjalanan ke tempat rafting.....Wah memang best kedengarannya kan...tapi sekali lagi tubuh badan ini tak sesuai....hanya menghantar kawan2 di tepi sungai dan naik menyeberang jambatan gantung kiulu jaklah....
Kos menggunakan khidmat rafting ni lebih kurang seratus ringgit termasuk makan tengah hari...tapi oleh kerana makan tengah hari sudah disediakan di kem dan di turunkan di tepi kem malanggang saja makan bayaran adalah diskaun dan bayar rm50 jaklah.......anyway oklah tu dapat experienced yang berharga untuk kawan2....tak tau bila lagi berpeluang macam ni kan....
beberapa orang kawan2 balik seawal jam 4 pagi....masing2 ada alasan yang tersendiri
dan aku pun dengan beberapa orang kawan2  meninggalkan kem malanggang selepas makan tenghari lebih kurang kul 1 petang dengan alasan masing2...tapi kiranya kami yang balik sebelah petang ni dah sertai progam tu sampai habislah....kawan2 yang tinggal pulak mengisi masa mereka dengan keluar ke pekan tuaran untuk makan2 durian......
di sebelah malam program makan2....BBQ omputih bilang....kawan2 yang tinggal tu lah yang menikmati juadah yang disediakan....

dapatan dari program ini dapatlah kita melihat keakraban kawan2...kerjasama....dan sempat juga melihat telatah2 masing2.....kenangan yang tak mungkin terlupakan selagi hayat dikandung badan...
dan aku pun tak rasa menyesal tak berpeluang mengikuti beberapa aktiviti sebab fahamlah sendiri dengan kemampuan diri sendiri dan bersyukur tetap sihat dan tak tercedera di mana2......dapat menyertai program pun sudah memadai ....Alhamdulillah...
semoga semua kawan2 yang menyertai program ini terus sihat dan ceria2 selalu.....hindari stress minda sihat hidup pun sihat......dan jangan lupa berbaik sangka adalah sebaik2 amalan untuk badan sihat.....