Saturday, November 24, 2018

Peserta Terbaik Tahun 2018....

Peserta Terbaik tu maksudnya kehadiran terbaik untuk program Bacaan Yasin dan Tazkirah di jabatan.....tapi tak kisah lah tu....yang sangat diharapkan ialah catatan Malaikat mengenai kehadiran aku di majlis2 ilmu sepanjang tahun 2018....semoga kehadiranku pada tarikh2 sepanjang tahun 2018 mendapat keberkatan dan sebagai penambah pahala untuk bekalan aku di sana nanti...kalau bukan kita yang berusaha ke arah itu...siapa lagi......bila esok aku dah meninggalkan alam dunia ...mengharap doa pula dari anak2......

Wednesday, November 7, 2018

BEKAS STAF DI UNIT KEWANGAN TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH....

semoga roh sahabat kami itu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.....

kenangan bersama beliau......semasa bertugas di Unit Kewangan mengusik jiwa...banyak kenangan manis yang dilalui bersama staf Uk masa itu....sharing pengalaman....usik mengusik....cerita2 lawak yang menceriakan suasana.....sehinggalah beliau bersara di usia 58 tahun....selepas hari persaraan itu jarang2 sekali terjumpa dengan beliau di mana2.....namun saling bertanya khabar beliau melalui isteri dan kawan2.....sehinggalah suatu pagi semasa bersama si liau seorang kawan se ofis menelefon kawan kami itu baru saja kembali keRahmatullah beberapa minit kemudian.....Innalillahiwainnailaihirojiuun....semoga sahabat kami itu ditempatkan bersama orang2 yang beriman....
beliau pergi dalam usia 65 tahun setelah 7 tahun bersara dari perkhidmatan........

Sunday, September 9, 2018

SEMAK BPK BERSAMA SEKOLAH

KPI tahun 2018 untuk penyemakan BPK bersama sekolah akhirnya tercapai pada 22 November 2018...
Alhamdulillah......bulan disember ini nak kemaskini pula untuk staf jabatan....semoga kerja2 tahun 2018 bertambah baik dan tercapai hasrat meningkatkan mutu kerja.....looking forward 2019 iaitu tahun persaraan bagi ku...insya Allah....semoga aku meninggalkan nama yang baik dalam perkhidmatan setelah bertunngkus lumus selama lebih kurang 462 bulan .....lama juga tu....dari rambut aku ni hitam berkilat sehingga kini bertukar warna dah..... hitam tompok2 grey hahahahah....
dari tubuh badan slim giler pinggang 23 inci...kini 35 inci...nah...ambik kau.....
anyway...tak pernah nyesal pun.....kini aku dah mempunyai 5 orang cucu yang comel2....kalau esok dah besar mesti handsome dan jelita tu semua......

Sunday, September 2, 2018

21 years - from 03091997 to 03092018

it's been twenty one years i've been in JPWPL.....kira2 kalau masa tu melahirkan anak....kini anak tu dah berusia 21 tahun....boleh tahan lama juga....tapi jangan lupa ya...di kelamaan itu banyak kenangan manis dan pahit dilalui silih berganti......

Tuesday, August 28, 2018