Thursday, December 30, 2010

Lawatan ke Perigi Hang Tuah dan Banda Hilir sempena Konvensyen KPT pada 29 Disember 2010.


pemandangan dari hotel emperor tingkat 15 bilik 17

kenangan bersama Alimah, Kasuma dan Maimunah di luar Hotel Emperor


(8)
(7)

(6)

(5)

(4)


(3)

(2)

(1)

gambar2 (spt no.1,2,3,4,5,6,7,8) yang sempat saya ambil dari atas Menara Taming Sari


di ruang tempat duduk menara Taming sari yang tertutup rapat dan bercermin.

kami sempat menaiki Menara Taming Sari yang berketinggian 110 meter dan apabila kita berada di ketinggian 80 meter kita bebas melihat pemandangan yang indah seluruh negeri Melaka kerana ruang tempat duduk itu akan berpusing perlahan2 dan membolehkan kita melihat sekeliling.Tidak dinafikan kita akan merasa gayat apabila memandang ke bawah. Elakkan melihat ke bawah tetapi pandanglah di sekeliling dengan pemandangan yang indah.
Ianya memakan masa selama 10 minit dengan bayaran RM10.00 untuk dewasa bagi rakyat Malaysia.
Menara Taming Sari sebagai salah satu mercu tanda negeri Melaka. Ia kelihatan seperti bentuk keris (mungkin Keris Taming Sari seperti dalam lagenda Melaka)

beca dihias cantik yang masih popular di Melaka. Ia digunakan untuk membawa penumpang di sekitar bandar melaka terutama sekali di Banda Hilir.

Rumah Melaka terkenal dengan keindahan Tangga Batu Marmar yang dihias cantik. Rumah ini terletak berdekatan dengan Perigi Hang Tuah. Jika ingin meninjau hiasan di dalam maka anda akan dikena tol sebanyak RM1.00 sekali masuk.

jumpa kawan lama Siti Rohana berkaca mata hitam (bekas KPT SMK Lajau) dan
kini bertugas di SMK Dengkil, Selangor

Perigi Hang Tuah. Airnya Jernih, sejuk dan kelihatan sangat dalam. Saya terasa gayat untuk tengok ke dalam perigi dan tak berani ambil gambar sambil berdiri dan sebab itu saya ambil gambar sambil duduk (squatting).

Menghadiri Majlis Konvensyen Ketua Pembantu Tadbir Tahun 2010 di Hotel Emperor Melaka pada 27 hingga 30 Disember 2010

posing kenangan selepas menerima sijil penyertaan

tuah nombor 185 - hadiah bagi cabutan tiket bertuah

SUB CIk Zaidah, Timbalan SUB Pn Hjh Faridatul dan lain2 pegawai dari BPSM KPM sedang meneliti usul yang dikemukakan oleh KPT untuk kaji semula.

salah seorang KPT yang mengajukan usul kepada pegawai2 tinggi di BPSM KPM.

Majlis Makan Malam meraikan bakal2 pesara (KPT yang akan bersara mulai
Januari hingga Disember 2011)

wakil labuan sentiasa datang awal sebelum majlis bermula

wakil dari Jabatan Pelajaran W.P.Labuan
En. Azahari, Hjh Maziati, Pn. Rainah, Pn. ALimah, Pn. Kasuma, Pn. Dayang, Pn. Maimunah,
En. Mohd Taip dan En.Rosli


Konvensyen Ketua Pembantu Tadbir bagi Tahun 2010 telah diadakan di Hotel Emperor Melaka pada 27 hingga Disember 2010. Seramai 261 orang telah menyertai Konvensyen yang diada selama 4 hari 3 malam itu.

Thursday, December 16, 2010

Happy Birthday Ashabul - 17 Disember 2010






Pada 17 Disember 2010 sempat juga staf unit kewangan meraikan Hari Ulang Tahun Kelahiran Pn Ashabul yang ke 26 walaupun hanya dengan sebiji kek coklat cheese. Yang penting adalah ingatan dari kawan2 kerana menghargai hari ulang tahun kelahiran rakan lain. Happy Birthday Shabul semoga dimurahkan rezeki dan dipermudah semuanya terutama sekali ketika menyambut kehadiran cahayamata pertama nanti.

Menyambut kedatangan Pengarah yang baru balik dari menunaikan Haji - 02 Disember 2010



Tuan Haji Mohd Zaki b. Mohd Yusof dan isteri Pn. Hjh Noraini selamat kembali ke Labuan selepas menunaikan Fardhu Haji (Rukun Islam yang kelima). Pesan mantan Pengarah...kalau nak pi Haji biarlah ketika umur masih muda sebabnya di Tanah Suci menuntut kekuatan fizikal dan mental. Lagi pun kalau di usia muda metabolisme masih kuat dan daya ketahanan badan juga kuat berbanding kalau usia sudah meningkat tua penyakit pun macam2 apa tah lagi kalau penyakit 3 serangkai sudah menyerang. Anyway....apa yang dipesan oleh mantan Pengarah itu memang betul sebab saya sendiri melihat bagaimana keadaan orang2 tua yang sudah uzur terpaksa menjaga diri sendiri ketika berada di Mina (tempat melontar jamrah), sebabnya bila sudah berada di situ jemaah masing2 dengan tugas masing2 dan tujuan ke situ ialah untuk menyempurnakan ibadat haji untuk diri sendiri dulu. Tapi kalau ALLAH beri kita rezeki dan kalau amalan kita baik semasa di Tanah Air Insyaallah semua ibadat yang akan kita laksanakan di sana semuanya mudah tanpa menghadapi masalah. Oleh itu persiapan kita ke sana bukan saja wang perbelanjaan tapi persediaan dari segi ilmu dan amalan kita di Tanah Air juga sangat2 dituntut. Kalau akhlak kita baik di sini maka Insyaallah akan baik juga yang kita lalui di sana. Semoga saya dapat lagi ke sana kerana jauh di lubuk hati, saya tetap merindui Madinah dan Mekah.

Wednesday, November 3, 2010

HAPPY BIRTHDAY NISHA,LYDIA, INA DAN FIZA


NOT IN PICTUE (FIZA)

kek yang dibeli oleh cik sharimah untuk adik2nya yg menyambut hari jadi


seronok kan tengok nisha dan ina memerhati cik sharimah memasang candle pada kek yang dibeli khas untuk mereka yg menyambut hari jadi bulan ogos, sep dan oktober. Kek coklat bercheese ....sedap dan moist lagi tu....semoga budaya meraikan hari jadi kawan2 ni akan berterusan....mungkin lagi sedap kalau setiap orang bawa masakan masing2 untuk 'majlis' ini...Happy Birthday Nisha, Lyadia, Ina dan Fiza semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semuanya (untuk Nisha dan Fiza cepat mengakhiri zaman pertunangan, untuk Lyadia cepat memperolehi cahaya mata, untuk Ina semoga anda mendapat jodoh yang baik).

Sunday, October 17, 2010

Majlis Penyerahan Tugas Pengarah JPWPLabuan pada 06 Oktober 2010.

Bersama KS

bersama SKPP

bergambar kenangan bersama Ketua Kampung

Tandatangan Nota Penyerahan Tugas Pengarah

Baca dulu sebelum TT

Persaraan Pengarah JPWPLabuan pada 05 Oktober 2010












5 Oktober 2010 bukanlah Tarikh Lahir sebenar Tuan Pengarah tetapi oleh kerana beliau akan pergi menunaikan Ibadat Haji dan akan bertolak ke KL pada 07 Oktober dan seterusnya ke Jeddah pada 11 Oktober 2010 maka Majlis Persaraan Pengarah diawalkan. Tarikh lahir Tuan Pengarah ialah pada 20/10/2010. Terasa kemeriahan pada majlis persaraan Pengarah kerana sifat beliau yang mesra, tidak sombong dan tidak memilih sama ada kita orang atas atau orang bawahan. Itulah keistemewaan Tuan Pengarah dan semua warga pelajaran terasa kehilangan beliau.