Friday, July 19, 2013

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI PENUH MAKNA

Kesibukan bekerja .....akhirnya kita dah sampai ke bulan Ramadhan. Hari ini ialah hari yang ke 10 kita berpuasa. Alhamdulillah......nampaknya perjalanan ibadah di Ramadhan tahun ini sedikit lancar dan bertenaga. Hari pertama puasa sempat berkunjung ke Masjid Biru (masjid AlMuhamadiah Kg Lajau - lokasi berhampiran dengan Kolej Vokasional dulu dikenali sebagai SM Teknik). Hari kedua berkunjung pula ke Masjid Jamek Layangan. Hari ketiga berkunjung ke masjid Al Muttaqin Kerupang. Hari keempat dan hinggalah malam ini saya berterawih di rumah saja.memang seronok solat terawih di Masjid kerana kita dapat pahala berjemaah. Disamping dapat pula mengerjakan solat sunat tahiyatul masjid dan sunat rawatib. Tapi......nampaknya jemaah wanita kita masih lagi kurang menghayati adab2 solat berjemaah nih.Sana sini saf nampak berlobang2...takda sapa peduli nak memenuhi ruang yang kosong.....membawa anak2 kecil dan dibiarkan terbaring2 di barisan saf.....bukankah suasana begini menggangu emosi orang lain yang datang dengan harapan dapat bersolat terawih dengan kyusuk untuk mendapat pahala. Kalau sedar kita tu membawa anak2 kecil yang belum mumayiz duduklah di bahagian belakang sekali......kerana situasi ini ada lah kawan2 yang memendam perasaan dan rela solat terawih di rumah saja. Kalau di rumah kita boleh terus mengaji QURAN kata mereka. Kalau dikira begini betul juga.....Ustaz kata dalam tazkirahnya....daripada hati kita ada perasaan tidak senang terhadap orang lain dan stress lebih baik kita solat di rumah.

Rasanya setiap tahun pengalaman ni kita lalui. Betullah kata Ustaz dan Ustazah menuntut ilmu agama itu sangat2 penting untuk diri kita dan juga untuk kebaikan orang lain.


Friday, July 5, 2013

just be cool my dear heart

sebagai makhluk yang dipanggil insan pasti ada perasaan yang macam2.....salah satunya..... paling tidak perasaan geram.....dan bila dah keterlaluan akan menjadi benci.......paling menyampah dengan orang2 yang hipokrit dan pandai berpura2 baik.....selama ini....masih merenung2 cerita kawan2...ye ker ? tapi bila dah dilalui dengan mata kepala dan telinga sendiri mendengar pembohongan yang berlaku....oh kini sedarlah hati....patutlah kawan2 marah, menyampah dan dan tak puas hati.....tapi tak apa....akan sampai juga masanya tu.....bangkai gajah tidak akan dapat ditutup dengan nyiru.....semakin lagi bermotivasi diri untuk terus menyediakan bekal untuk dibawa ke sana....pujuk hati untuk terus mengingat ALLAH.......semoga diberi HIDAYAH dan dijauhi dengan sikap2 mazmumah........INSYAALLAH......

Tuesday, June 25, 2013

Audit MS ISO 9001:2008 25-28 Jun

Setiap tahun terpaksalah mengadap Auditor. Sebagai orang yang kena audit ni walaupun kunun2 cukup bersedia tapi bila sampai masa diaudit ada2 sajalah yang kurang dan perlu penambahbaikan. "Pengurusan rekod awak ni memang cantik....kemas dan mengikut peraturan arkib.....tapi.".....tulah kan mesti ada tapi di belakang......"walau bagaimanpun saya tetap ucapkan tahniah"....lega rasa hati sikit......Ya Allah semoga dipermudahkan kerja2 hambaMU ini.....
Esok mengadap lagi dengan tajuk lain...maklum balas pelanggan dan tahap kepuasan pegawai & staf......agak2 apalah yang mereka tu tanya....kalau kena auditor banyak idea tanya itu ini......hai terpaksalah buka silat sikit......Kalau audit ni tiba2 teringat nak audit pasal penyelenggaraan kenderaan.....kena lagi lah mengadap.......anyway terima sajalah......dah itu kerja kita.....macam tak biasa pulak......berdebar juga menunggu exit conference 28 Jun nih.....

Thursday, June 20, 2013

Seminar Pelaksanaan Amalan 5S untuk Sabah dan WP Labuan - 18 hingga 19 jun 2013 di INTAN Sabah.

di antara pembentang2 dalam seminar 5S.

 Jabatan Perangkaan

 DBKK

antara peserta yang hadir

Pusat Kesihatan Teknologi Mara UITM Shah Alam

 SESB KK

Sekolah Tunas Bakti, Sabah

berlatar belakangkan INTAN Kampus Sabah.

Wednesday, June 5, 2013

Saturday, April 6, 2013

BADAN SIHAT MINDA SIHAT - 6 APRIL 2013

Jabatan telah mengadakan program pemeriksaan kesihatan untuk staf. Kita sedar kita dalam kategori yang mana.....preobese....tapi bila nampak makanan......tak sedar diri pulak......ikut sedap selera saja......




lemak saya berlebihan di bahagian perut.........ohhhh tidakkkkkkk..........


 saya preobese.....risau nih.......


masa kecil nampak comel montel....tapi bila dah menginjak dewasa 'lu pikirlah sendiri'



saya dalam kategori overweight......BMI 27.5 he he he.....mo kasi kurang sikit untuk mendapat berat badan yang ideal.....

ENGLISH COURSE PHASE 2 - (4-5 APRIL 2013)

Attending English Course for a staff like us is fun. Every love  to speak English actually but well....since English is not our mother tongue ....it is sad to say that we can't speak it fluently even though we do understand every basic word of it. Our weakness is making sentences with a good grammar.Some of us bring along their Malay English dictionary for reference.

I came to think that if we are given the chance to attend Englis Course for about six months continuosly, I believe we all can speak English freely.