Friday, March 25, 2016

memantau ke sekolah 250316

wah...baru 2 hari masuk kerja aku kena pergi memantau ke sekolah...BPK...ok jer....ikut jer jadual...no problem..

sebelum ke sekolah tu aku singgah minum dulu dengan en.husband driver aku sebab dah pencen.
sampai disekolah muka2 ceria dan gembira menyambut aku...wah seronoknya jumpa kawan2 lagi...
Pengetuanya juga aku kenal...dah biasa bercerita....
semakan BPK berakhir juga hingga jam 11.30 pg....siap dengan penutupnya oleh KU....memang best lah bos kami ni....sangat membantu....terima kasih bos....



Masuk kerja 230316

Alhamdulillah....seawal pagi sebelum subuh aku dah bersiap....masak untuk bekal ke ofis....aku masuk kerja dah
happy jumpa kawan2....masing2 bertanya khabar....jumpa muka2 baru...bos2 baru....
Pagi tu aku kena attend meeting untuk unit....pembahagian tugas kata bos ku yang baru...aku ok jer...terima dengan hati terbuka tugasan yang diberikan...bagi aku kerja2 tu satu amanah yang perlu aku siapkan....
terima kasih bos kerana memahami....kerja2 untuk aku tu boleh saja aku buat....no problem....dah jadi otai ni kerja2 tu dah juga aku lakukan sebelum ini....boleh jer....


Wednesday, March 9, 2016

MC bersambung lagi

Sepatutnya cuti sakit ku sehingga 4Mac. Tak sangka pula 4Mac tu aku kena masuk wad lah pulak sehingga 8Mac dan Dr bagilah cuti sehingga 11Mac.
11Mac ada temujanji lagi dengan Dr Pakar....tak pasti sama ada dapat cuti lagi atau kena kerja semula. Tunggu dan lihat sampai tarikh itu.

Monday, February 29, 2016

On Recovery

Alhamdulillah....syukur kepadaMU ya Allah....
kerana memberi aku kekuatan dalam menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 6 pusingan,
kerana dengan RAHMATMU aku telah selamat menjalani pembedahan
dan dengan izinMU aku masih lagi dapat menghirup udara segar, dapat melihat keindahan alam ciptaanMU, dapat melihat kegembiraan dan keceriaan suami, anak2, menantu2 dan cucu2 serta adik beradik dan keluarga, dapat membelai lagi bunga2 di laman, dapat bertemu kawan2 dan dapat lagi mengikuti kelas agama.
dan yang terpenting sekali dapat menjalankan kewajipanku sebagai hambaMU ya Allah.

My long2 MC

Setelah Dr mendapat keputusan tentang kesihatan aku ni mulalah aku diberi cuti panjang.....mulai 29/9/2015 hingga 4/3/2016 dan mungkin akan disambung lagi selepas temujanji pada 4/3 ini. Tak apalah yang penting cuti panjang bagi menjalankan rawatan itu ada hikmah disebaliknya. Allah maha mengetahui dan rehat yang panjang ni banyak membawa kebaikan kepada kesihatanku. Setelah menjalankan tugas2 dengan penuh didikasi dan tanggungjawab. Walaupun aku terkilan dan tidak menyangka mendapat cuti begini panjang tetapi sebagai penjawat awam aku akur dan patuh dengan nasihat Dr kerana mereka lebih arif dalam membuat keputusan. Terima kasih Dr2 dan jururawat2 yang telah merawat aku selama ini. Nama mereka tetap tersimpan kemas dalam ingatan dan mendoakan semoga perkhidmatan mereka mendapat keberkatan dari Allah swt.
Terima kasih dan penghargaan kepada rakan2 yang memberi kata semangat dan yang sudi melawat aku di rumah dan di hospital. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan RAHMAT dari Allah jua.

Sunday, July 19, 2015

Raya Tahun 2015


Sabarina- Ruslina - Annietie - Hajahjaliha - me n Zanahriah

di kesempatan ini diucapakan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri tahun 2015 maaf zahir batin kepada semua rakan2 yang kenal dengan kita....
semoga bertemu lagi kita di Ramadan akan datang....InsyaAllah.....dan merayakan hari raya tahun 2016......InsyaAllah.....

Wednesday, May 20, 2015

semakin serasi dan semakin terasa keseronokan bekerja

lebih kurang 2 bulan bertugas di  unit ini terasa ada keserasian dan keseronokan untuk bekerja...macam dalam tonggak 12 tu... seronok bekerja.....walau pun dalam tempoh belajar dan mengenal kerja2 di unit itu tidak terlepas dari penilaian orang lain yang sentiasa mencari ruang dan peluang membongkar kelemahan dan kekurangan kita...tapi apa pun kena terima dengan hati yang terbuka,,,reda dengan ketentuanNya dan bersabar dalam tindakan,,,,berhemah dan waras dalam berfikir agar mereka mempertikaikan sendiri kewajaran tindakan mereka terhadap kita.....

sorry to say...kita telah melalui pengalaman2 yang jauh lebih mencabar.....kita mula kerja dengan hanya sebuah typewriter manual....mesin gelek  dan peralatan serba kekurangan dan latihan yang sangat2 kurang...nak dapat kursus pun tak pernah lah ....kalau kita baik dengan orang pejabat...mudah2 saja dapat kursus walaupun hanya kerani sambilan bergaji hari...kita yang dilantik tetap ni....aduh...tak diberi peluang langsung.....mujurlah peperiksaan itu wajib untuk pengeshan jawatan maka tak boleh tidak kena hantar juga untuk duduk peperiksaan......berbanding sekarang kemudahan dan peluang yang mereka perolehi sampai nak termuntah pun ada....tapi Alhamdulillah...berbekalkan kesabaran....profesional dalam tindakan...tekun bekerja....faham tanggungjawab yang diamanahkan...boleh saja kita bersaing atau seiring dengan mereka yang celik komputer.....

harapan hati...semoga perjalanan sebelum bersara akan terus mendapat rahmat ALLAH....kerja2 yang diamanahkan dapat dilaksanakan selaras dengan kehendak pengurusan atasan,,,,,,tak kisah lah kalau tidak mendapat penghargaan.....yang penting tugas dapat dijalankan dengan sesempurna mungkin dan dapat memuaskan hati sendiri.....tepukan untuk diri sendiri saja.....tak perlulah mengharap penghargaan orang lain.....

pujian tinggi melambung....seolah2 benda yang dilambung itu akan tetap berada di atas.....tetapi kekurangan itu akan tetap terserlah di mana2.....dan kita masih dapat menyaksikannya sambil membandingkan kelebihan kekurangan kita di suatu ketika dahulu....namun luahan itu hanya di hati sendiri....biarlah mereka terbangun dan bermuhasabah diri bahawa mereka tidak layak lagi mendapat pujian setinggi gunung itu.

kesimpulan cerita2 kosong ini.....setiap insan itu masing2 ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.....mungkin dia ada kelebihan di situ tetapi ada kekurangan di sini dan begitulah sebaliknya...justeru sebagai ketua kena layanlah anak2 buah dengan adil...agar organisasi akan terus mantap dan keceriaan bukan saja persekitaran tetapi juga kecerian di hati,,,,,