Thursday, February 3, 2011
5S lagi.........
Proses merealisasikan 5S masih diteruskan. Walaupun En. Zeno dan Cik Sharimah bercuti tapi staf yang tinggal tetap meneruskan aktiviti mencantikkan ruang kerja di Unit Kewangan seperti kata2 hikmah yang sudah terpampang di dinding ' don't put off until tomorrow what we can do today'.
HAPPY CHINESE NEW YEAR - 2011
Tuesday, February 1, 2011
Aktiviti Menyisih, menyapu, menyusun dan menyeragamkan ruang kerja masih diteruskan
Bermula pada 22 Januari 2011 aktiviti menyisih, menyapu, menyusun dan menyeragamkan ruang kerja di Unit Kewangan & Akaun dilakukan.
Oleh kerana kemuncak penghakiman program 5S akan diadakan pada 14 Februari 2011 (sempena Velantine's day) maka semua unit di SKPP masing2 sibuk menyisih, menyapu, menyusun dan menyeragamkan (dokumen dan ruang kerja) agar memenuhi kriteria 5S seperti yang dikehendaki oleh KS SKPP. Staf di Unit Kewangan & Akaun yang diketuai oleh En. Zeno juga sibuk merancang untuk merealisasikan program 5S dipraktik di Unit Kewangan & Akaun. Sehingga hari ini (1 Februari 2011) lebih kurang 60% kerja2 menyisih dan menyusun telah dilakukan. Tinggal nak menghias dinding2 dengan carta staf, sudut nota, kata2 hikmah, menghias dinding cermin dan yang utama iaitu menggantung sehelai daun berwarna hijau keemasan untuk mercu tanda 'ZON HIJAU'. Kerja2 untuk tagging di semua ruang kerja termasuk bilik dokumentasi hampir selesai 90%. Kalau dihitung dokumen yang telah disisih bermula dari 22 Januari yang lalu, lebih kurang muatan untuk 1 lori kecil. Betapa selama ini kita telah menyimpan dokumen2 yang tidak lagi diperlukan menyebabkan ruang kerja menjadi sempit. Setelah semua ruang disisih dan disusun rapi maka beberapa stapler, gunting, punch, clip, staples telah dijumpai yang mana kita ingat benda2 ini telah hilang. At the end of the day, hati kita rasa lapang, peralatan kerja mudah dicari, meja sentiasa kemas dan rapi (sebab telah di'tagging' atau dikurung) jadinya mood kerja pun sentiasa segar. Apabila 5S ini dilaksanakan barulah kita nampak kebaikan dan keindahan 5S itu sebenarnya. Kalau dulu pernah juga kita tanya program 5S ini, tetapi jawapan yang kita terima ialah SUSAH dan kita tak akan MAMPU buat. Tapi bila 5S sudah dilaksanakan, saya tak nampak pun ianya susah atau tak mampu buat, malah saya rasa seronok melaksanakan program ini. Mungkin lebih sesuai kalau kita tambah lagi 1S iaitu 6S - Sisih, Sapu, Susun, Seragam, Sentiasa amal dan Senyum. (sebabnya apabila 5S telah kita laksanakan maka hati kita senang, tiada STRESS dan bibir kita akan sentiasa dihiasi dengan SENYUMAN). Itulah kebaikan program 5S ini. Terima kasih dan tahniah untuk KS SKPP yang telah mensarankan program ini dilaksanakan di SKPP. Semoga program yang baik ini akan menjadi ikutan oleh sektor2 yang lain dan seterusnya menjadikan JPWPLabuan di antara jabatan yang tercantik di Labuan. Jabatan Pelajaran Labuan...boleh!
Pelaksanaan 5S:
22 Januari 2011 - aktiviti bermula (menyisih dokumen sendiri)
23 Januari 2011 - menyisih, membersih dan menyusun rapi (dokumen & ruang kerja)
24 - 28 Januari 2011 - tagging dan membuat hiasan
29 Januari 2011 - tagging dan membuat hiasan
30 Januari 2011 -menyisih dokumen di bilik dokumentasi, tagging di ruang kerja
01 Februari 2011 - menyisih, menyapu dan menyusun di bilik dokumentasi, tagging
Wednesday, January 26, 2011
Bersama Audit Sekolah Beaufort - 25 dan 26 Januari 2011
En. Yusof sedang menerangkan dapatan audit kepada Guru Besar En. Matlong Matusin
Pada 25-26 Januari 2011 Audit Sekolah Beaufort telah datang ke SK Lubok Temiang untuk pengauditan Akaun Sekolah tahun 2010. Oleh kerana SK Lubok Temiang tercalon sebagai Sekolah Berprestasi Tinggai bagi keputusan UPSR Tahun 2010 (47% -2009 dan 62% - 2010) maka pengauditan Akaun Sekolah Tahun 2010 dibuat lebih awal. 2 orang auditor dari Beaufort iaitu En Yusof dan En Fauzi didatangkan khas bagi membuat pemeriksaan Akaun Sekolah Kerajaan dan SUWA. Setelah membuat pengauditan selama lebih kurang 1 hari setengah beberapa penemuan telah dikesan tetapi tidaklah menyebabkan sekolah ini mendapat Sijil Berteguran.Tahniah dan Syabas kepada Guru Besar, KPT, PT dan PAP kerana telah dapat menaikan prestasi yang baik dalam Pengurusan Kewangan sekolah ini. Semoga sekolah ini akan terus berjaya dan cemerlang dalam pengurusan kewangan disamping prestasi akademik yang terus meningkat.
Monday, January 24, 2011
TAKLIMAT PERTAMA OLEH PENGARAH YANG BARU - PUAN MISTIRINE BINTI RADIN (24.1.2011)
Saturday, January 22, 2011
UNIT KEWANGAN & AKAUN SEDANG DALAM PROSES MELAKSANAKAN PROGRAM 5S - 22.1.2011

SEBELUM - meja Nisha

SEBELUM - Meja Lyadia

SEBELUM - Meja Midah

SEBELUM - Meja Fazilah dan Kak Ti

SEBELUM - Meja Ina

SEBELUM - Meja Sharimah

sedang melakukan SEIRI (sisih)
Hari ini warga Unit Kewangan & Akaun masing-masing sibuk mengemas ruang kerja masing-masing. Paling teruk kena buat seiri (sisih) ialah saya sendiri, sebabnya konon2 saya lah warga yang paling lama berada di tempat ini iaitu sejak tahun 2005. Sebelum ini Unit Kewangan ditempatkan bersama-sama dengan Unit Perkhidmatan dan Unit Pembangunan. Oleh kerana staf Unit Kewangan pada masa itu perlu ruang kerja yang luas dan juga mengambilkira keselamatan dokumen-dokumen kewangan maka dipindahkanlah Unit Kewangan ini bersebelahan dengan bilik ICT. Ubahsuai dilakukan berterusan, maka bilik ICT dipindahkan pula ke sebelah bilik Pengarah (dahulunya ialah ruang bacaan). Semakin luaslah Unit Kewangan, tetapi kena berkongsi ruang pula dengan surau pejabat. Oleh kerana staf Unit Kewangan pada masa itu hanya 5 orang saja maka ruang belakang ditutup untuk bilik dokumentasi (tempat menyimpan salinan baucar dan pelbagai dokumen kewangan). Pada tahun 2009 jawatan W telah wujud dalam waran perjawatan JPWPLabuan maka sebuah bilik lagi terpaksa diubahsuai iaitu dengan mengecilkan ruang surau bagi menempatkan Penolong Akauntan W32. Bilik sedia ada digunakan oleh N32 (Ketua Unit Kewangan pada masa itu). Pada bulan November 2009 7 orang PT Kew ditempatkan di Unit Kewangan dan PTPO yang ada dipindahkan ke Unit Perkhidmatan. Unit Kewangan pun dipeluaskan kepada Unit Kewangan & Akaun. Ketua Unit N32 dipindahkan ke Unit Perkhidmatan dan Penolong Akauntan W32 pula memegang jawatan sebagai Ketua Unit Kewangan & Akaun. Namun saya masih berada di sini (setelah menolak dipindahkan ke SMK Bugaya Semporna). Oleh kerana 'kelamaan' itu maka banyaklah dokumen-dokumen kursus, bengkel, latihan dan rujukan2 yang saya simpan dalam almari, laci dan di bawah2 meja. Setelah menyisihkan dokumen2 yang perlu dan tidak perlu lagi berada dalam simpanan , barulah saya perasan betapa selama ini telah tersimpan sampah sarap dalam ruang kerja saya tadi. Apabila telah siap disisih dan disusun semula, alangkah selesanya ruang kerja ini dan indah dipandang mata. Oleh kerana kerja-kerja 'tagging' belum selesai maka setakat ini saja info yang dapat saya kongsikan bersama. Insyaallah...minggu hadapan staf Unit Kewangan & Akaun akan duduk di ruang kerja yang selesa, cantik dan ceria. Semoga dengan ruang kerja yang selesa ini nanti akan menjadi ikutan kepada warga jabatan dari sektor2 yang lain khususnya dan kepada warga anggota kakitangan sokongan di sekolah amnya. TAHNIAH ...untuk staf Unit Kewangan (pelaksana 5S), Ketua Unit (sebagai penasihat 5S) dan KS SKPP (selaku penaraju 5S) yang sama2 menjayakan program 5S ini. Satu lagi peningkatan untuk JP WPLabuan.
Friday, January 21, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)


















